Blogger Review
You Need A Holiday Lah | Bali Percutian Bulan Madu Sempena Anniversary 10 Tahun
7:45 AM
Benda paling mama teringin giler nak pergi ke satu tempat adalah Bali, Indonesia. Memang dah lama mama impikan nak pergi ke sana untuk bulan madu tapi kan satu jer masalah mama sebenarnya mama takut nak naik flight. Hahahaha. Orang kata kalau dah sampai sana dan tengok permandangan indah dan cantik yang takut naik flight terus hilang takut. Betul ker?
Sebelum benda yang mama teringin ni menjadi satu kenyataan baik mama berangan dulu kan. Mana lah tahu satu hari nanti benda akan jadi kenyataan yer tak. Alaa berangan bukan keluar modal duit pun. Mana la tahu satu hari nanti mama dapat jejak ke sana. Kita doa sama-sama agar berangan ini akan menjadi satu impian sempena ulang tahun perkahwinan ke 10 tahun mama.
Kenapa mama pilih Bali? Semenjak dua menjak yang lalu, destinasi pelancongan di Bali, Indonesia menjadi menarik minat orang ramai kerana kos ke sana murah dan banyak tempat menarik yang boleh kita lawati. Selain itu, di sana mudah untuk dapatkan makanan Halal serta bahasa perantaraan pun kita tidak perlu risau. Kalau sebut sahaja hendak bercuti ke sana mama akan terfikir satu laman web iaitu Traveloka.
Traveloka merupakan sebuah laman web di mana kita boleh memilih untuk pencarian tiket flight dan hotel dalam satu masa. Ia sangat mudah dan harga sangat berpatutan. Bagi mama laman web seperti ini sangat memudahkan mama yang tak perlu mama nak mencari laman web yang lain. Untuk mendapatkan gambaran percutian yang menarik korang boleh cari hashtag #MyTravelokaEscapade. Di Traveloka menawarkan pelbagai promosi yang menarik untuk para pelanggan. Oleh itu, korang kena rajin-rajinkan diri untuk check di website www.traveloka.com.my untuk dapatkan info menarik.
Cantik kan. Mama dah berangan nak duduk kat batu-batu untuk mama bergambar kat sana.
Tempat pertama yang mama teringin nak jejaki adalah Tanah Lot. Tanah Lot terletak kira-kira 20 km dari Denpasar iaitu kawasan kuil Hindu Tanah Lot di Bali ini adalah ikon kebanggaan Bali. Oleh kerana kawasan tepi laut berbatu ini mempunyai permandangan yang sangat cantik pada waktu senja. Kawasan istimewa ini orang kata sangat sesak dengan pengunjung dari seluruh dunia. Bagi untuk ke kuil Hindu ini tidak boleh dilawati ke dalamnya tetapi pengunjung boleh berjalan di kawasan batuan untuk menuju ke kaki kuil ini pada waktu air surut. Dah sampai di Tanah Lot, boleh juga menonton tarian tradisi yang dipanggil Kecak di sini dan boleh duduk melihat permandangan yang indah pada waktu senja sebelum pulang ke hotel.
MasyaAllah cantiknya. Kalau depan-depan mesti lagi cantik ni.
Tempat ke dua di Bali tidak lengkap untuk singah ke Pura Luhur Uluwatu. Ia terletak 30 minit dari Denpasar, kuil yang dibina di tepi tebing tinggi ini adalah antara kuil yang terpenting di Bali kerana dianggap sebagai penolak kejahatan dari laut. Disini juga boleh menimba pengalaman mengasyikan iaitu matahari terbenam dari tebing tinggi. Ini adalah antara sebab utama ia menjadi tumpuan orang ramai.
Tengalalang pun menarik jugak
Tempat ke tiga di Bali mama teringin tengok sendiri satu tempat iaitu Tengalalang. Susah betul nak sebut nama tempat ni sampai terbelit-belit lidah. Tengalalang adalah satu kawasan penanaman padi huma bertingkat tradisional yang cukup indah dan mengujakan. Menariknya kawasan ini kita boleh turun ke kawasan padi dan boleh bergambar bersama petani di sini. Kalau malas nak turun jalan ke kawasan padi korang boleh duduk di cafe sambil minum kopi dan menikmati permandangan padi yang sangat cantik.
Pantai Jimbaran Bali memang tempat sangat terkenal di Bali.
Yang terakhir mama nak pergi Pantai Jimbaran Bali untuk menikmati makan malam dengan hidangan seafood bakar yang enak di tepi pantai. Wahhh memang romantik habis kalau dapat makan berdua-duaan di sini dengan melihat matahari terbenam. Pantai Jimbaran Bali adalah salah satu pantai pasir putih di pulau Bali yang sangat terkenal untuk menikmati permandangan matahari terbenam. Di sini boleh menikmati makanan seafood yang segar tapi kebanyakkan mama baca survey orang ramai katanya agak mahal sedikit. Tapi tak mengapa bukan selalu nak pergi sini boleh jer makan untuk dapat moment yang indah.
Korang tengok hadiah lumayan blink blink mata mama tau!!
Gigih betul mama berangan. Heheh.. Kalau dapat pergi 3 hari 2 malam pun jadi lah. Sebenarnya mama join satu contest dari Traveloka. Mana la tahu rezeki terpijak dapat hadiah pergi ke Bali sempena contest ni kan. Mudah-mudahan yer doakan mama tau. Korang yang mana berminat nak join contest ni boleh ke Traveloka Blog untuk mengetahui cara-cara untuk join contest ni. Semoga impian mama untuk berhoneymoon sempena 10 tahun di Bali tercapai.