Benar la ramai mengatakan kecantikkan diri adalah bermula dari dalam. Yer mama tak nafikan perkara ni. Jika kita menjaga dari dalaman diri kita, insyaAllah luaran kita cantik dari segi kulit. Nak cantik dari dalaman haruslah mengamalkan pemakanan tambahan untuk menyerlahkan kecantikan dari dalaman yer tak. Kalau nak harapkan makan buah-buahan memang susah la tapi tak mengapa sekarang ada jer makanan tambahan yang memudahkan iaitu dari InnerShine.
InnerShine satu produk yang tidak asing lagi bagi wanita yang ingin mencantikkan diri dari dalaman kerana bahan-bahan yang terkandung dalam InnerShine adalah dari pati buah prune dan buah berry. Oh ya InnerShine Pati Berry merupakan produk terbaru pada tahun ini. Makin bertambah-tambah cantik la wanita-wanita di luar sana kalau mengamalkan InnerShine ni tau. Dah la mudah sahaja hanya goncang botol InnerShine, buka tudung botol dan minum.
Semakin bertambah umur ni makin berkuranglah kolagen dari tubuh badan kita. Masa ni lah kulit muka jadi kusam, kedutan di wajah, muka nampak berusia dari usia sebenar dan lain-lain lagi. Mama akui untuk makan sebarang supplement memang asyik lupa jer. Huhuhu pernah juga mama amalkan tapi sekerat jalan rasa macam susah sangat nak konsisten makan supplement. Tak boleh jadi mama tukar ke InnerShine yang sangat mudah nak amalkan setiap hari. Hanya minum sebotol InnerShine sebelum tidur dapat mencantikkan semulajadi dari dalam badan. No wonder la duta dia Fasha Sandha tu cantik jelita sepanjang masa. Inilah rahsia dia rupanya.
InnerShine Pati Prune diperkayakan dengan Vitamin E ini mengandungi serat yang tinggi dan maltodekstrin serta serat larut yang menggalakkan pergerakan usus biasa. InnerShine Pati Prune juga membantu melindungi sel-sel daripada pengoksidaan serta mengekalkan kecantikan secara menyeluruh dan berser-seri dari dalam.
Selain itu Prune dari California ini dapat menggalakkan sistem pencernaan yang sihat dan juga berkesan melambatkan proses penuaan. Dengan Vitamin E yang terdapat dalam prune ini juga sangat kaya dengan antioksidan bagi memerangi kerosakan radikal bebas. Ia juga melindungi dan membaiki sel-sel kulit mati serta menyuburkan kulit dari dalam.
InnerShine Pati Berry terbaru ini pula diperbuat dari 7 jenis beri iaitu Blackcurrant, Blueberry, Chokeberry, Cranberry, Elderberry, Strawberry dan Acai Berry dari Eripah dan juga Amerika. Memang tidak dinafikan lagi buah-buah beri ini mengandungi Vitamin A, C, E dan Zinc serta juga dikenali buah mengandungi paras antioksidan yang tinggi. InnerShine Pati Berry ini dapat membantu melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas daripada pendedahan UV yang bahaya. Jadi bagi ingin mengekalkan kecantikan dan melindungi kulit kita dari kerosakan UV ini bolehlah amalkan InnerShine Pati Berry.
7 Kebaikkan buah beri yang terkandung dalam InnerShine ini adalah :-
- Blueberries - Mengandungi anthocyanins bagi melegakan mata letih dan meningkatkan peredaran darah
- Blackcurrant - Rasa yang lasat, kaya dengan Vitamin C serta flavonoid
- Cranberry - Sumber anthocyanin dan antioksidan yang melimpah bagi merawat kerosakan radikal bebas
- Chokeberries - Tinggi dengan antioksidan untuk mengurangkan risiko keradangan mata
- Strawberri - Terdapat pelbagai antioksidan bagi melindungi mata dan potassium untuk menstabilkan tekanan mata
- Acai Berries - Dengan kandungan anthocyanin yang tinggi dapat mencegah kebocoran kapilari dan mengurangkan keletihan
- Elderberries - Sumber nutrien yang sangat baik dan memberi manfaat kepada kapilari, urat, arteri dan baik untuk mata
Mama sendiri tak pernah dengar nama berry-berry yang lain tu hahaha punya banyak berry dalam satu botol ni. Dengan khasiat buah berry ini mengandungi Vitamin A yang membantu mengurangkan kulit kering dan kedut serta membantu mengawal masalah jerawat. Yer ini memang menjadi dekat mama sebab muka mama senang naik jerawat. Kemudian amalkan InnerShine Pati Berry ni jerawat cepat jer kecut. Manakala Vitamin C dapat melindungi kulit daripada kerosakan radikal dan melambatkan pengeluaran melanin bagi pemutihan kulit. Vitamin E pula melambatkan proses penuaan kulit dan zink dapat membantu menyembuhkan kulit yang rosak akibat terdedah dengan pancaran UV.
Hampir 2 minggu mama amalkan InnerShine Pati Prune dan juga InnerShine Pati Berry ni memang mama rasa kulit wajah mama rasa lembut dan kurang berminyak. Yang penting kulit jadi glowing dan berseri-seri! Dengan penjagaan luaran seperti penjagaan harian kulit wajah mama turut minum InnerShine Prune dan Berry selang sehari sebelum tidur. Dah minum InnerShine ni jangan lupa minum air kosong 2 liter sehari untuk dapatkan kulit yang lembab. Paling mama suka minum InnerShine ni time sejuk memang sedap rasa manis buah sebenar dan masam-masam. Dengan mengamalkan InnerShine ni sistem pencernaan lancar setiap hari. Takder rasa sembelit lagi dah. Yeaa.. Kulit wajah pun dah kurang naik jerawat.
Betul la kan kalau nak cantik semulajadi dari dalam kenalah minum InnerShine yang bagus untuk kesihatan. Kulit wajah semakin glowing, cerah dan dapat melindungi kulit dari sinaran UV yang bahaya. Malah bukan itu sahaja dengan InnerShine Pati Berry dapat mencantikkan mata juga tau. Kalau korang nak cantik macam Fasha Sandha tu amalkan jer InnerShine Pati Prune dan InnerShine Pati Berry. Mama akan cuba konsisten minum dua InnerShine ni untuk merawat kulit wajah yang bermasalah.
Untuk maklumat lanjut boleh layari :-
Website : www.brandsworld.com.my
Facebook : www.facebook.com/BrandsSmartLiving
Instagram : www.instagram.com/innershineclub