Ketika bulan Ramadhan sajalah kita sebagai umat Islam dapat melakukan amal ibadat, solat terawih dan berpeluang berkumpul berbuka puasa bersama keluarga tersayang. Dan masa ini jugalah kita perlu menjaga pemakanan yang sihat dan seimbang agar memastikan diri kita sentiasa cergas sepanjang bulan puasa. Sebagai seorang ibu di rumah, mama akan mencari idea untuk hidangan berbuka yang berkhasiat untuk keluarga dengan hidangan Kentang A.S.
Untuk pengetahuan semua kebaikan nutrien pada sebiji Kentang A.S ini adalah ramuan yang sangat baik dan pelbagai untuk digunakan dalam penyediaan makanan bagi iftar dan juga sahur. Antara kebaikkan Kentang A.S. ini ialah :
- Kaya dengan sumber karbohidrat yang baik serta kaya dengan Vitamin B6 dan C. Kentang bersifat serba guna dan mengenyangkan, menjadikannya sumber makanan yang berkhasiat tinggi.
- Selain itu, Kentang A.S. diminati ramai kerana mutunya yang tinggi. Ini kerana suhu penanaman yang ideal, tanah yang subur, pemprosesan terkini dan kepakaran yang diwarisi sejak turun-temurun. Semua faktor ini menjadikan kentang A.S. antara kentang yang terbaik dunia. Tambahan lagi, piawaian ketat industri yang memenuhi semua spesifkasi Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S. agar memastikan Kentang A.S. ini selamat dan bermutu tinggi.
- Tidak mengandungi lemak, natrium atau kolesterol. Malah, ia hanya mempunyai 110 kalori setiap hidangan.
Mesti ada yang nak tahu resepi mudah untuk masak Kentang A.S ini. Mama akan kongsikan dari pakar diet dari KPJ Damansara, Cik Rushda
Adiba Ismail mengenai khasiat dan juga memberi tips pemakanan yang sihat dalam bulan Ramadhan. Beliau juga sudi berkongsi 2 resepi
yang sedap menggunakan Kentang A.S sebagai ramuan utama.
Antara tips pemakanan yang penting dalam bulan Ramadan adalah seperti berikut :
- Kekal hidrasi sepanjang tempoh 13 jam berpuasa dengan minum air masak secukupnya semasa bersahur dan Iftar. Cadangan hidangan adalah minum segelas air masak setiap jam sebelum tidur.
- Sayur-sayuran dan buah-buahan amat digalakkan ketika bersahur dan Iftar kerana dapat membekalkan serat dan dapat mengelakkan masalah sembelit.
- Tidak lupa juga pengambilan sumber protein seperti ikan, ayam, telur, daging, soya, susu dan produk tenusu.
- Bersahur setiap hari dan digalakkan melewatkan bersahur sebelum masuk waktu Imsak. Pilihan makanan sahur yang dicadangkan daripada sumber karbohidrat kompleks seperti beras perang, roti bijirin penuh, kentang, oats dan lain-lain.
SUP SAYUR DENGAN KENTANG A.S (U.S Potatoes)
Bahan-bahan :-
- 1 biji kentang A.S Russet, dipotong dadu
- 1/2 batang lobak merah, dipotong panjang
- 1 biji tomato, dipotong 4
- Bunga kobis
- Sawi
- 300g isi ayam, potong kecil
- 3 sudu makan minyak masak
- Secubit garam
Bahan Menumis :-
- 1 batang kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 2-3 tangkai cengkih
- 3 biji buah pelaga
Bahan Ditumbuk atau kisar :-
- 1 inci halia
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
Cara-cara penyediaan :-
- Panaskan minyak dalam periuk.
- Tumis bahan tumis bersama bahan kisar/tumbuk sehingga naik bau dan pecah minyak.
- Masukkan air, kentang A.S, lobak merah dan isi ayam. Masak sehingga empuk.
- Kemudian masukkan sawi, bunga kobis, tomato dan didihkan sebentar.
- Setelah itu, masukkan garam secukup rasa dan sedia untuk dihidang.
UBI KENTANG A.S (U.S potatoes) BAKAR INTI SAMBAL BILIS
Bahan-bahannya :-
- 4 biji ubi kentang A.S Russet (Sederhana besar)
- Garam
- Keju Mozarella
- Brokoli potong kecil, stim
- Minyak masak
Untuk inti :-
- 15 tangkai cili kering
- 2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 50g ikan bilis
- 2 sudu makan asam jawa
- Secubit garam/gula
- Bersihkan semua kentang A.S dan rebus tanpa dipotong dan tidak perlu dibuang kulit. Rebus sehingga empuk.
- Taburkan garam ke dalam air rebusan.
- Apabila empuk, angkat dan dibiarkan sejuk.
Untuk intinya pula :-
- Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih.
- Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga garing.
- Sementara itu, goreng ikan bilis dalam kuali berasingan.
- Setelah sambal garing dan pecah minyak, masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula.
- Masukkan ikan bilis dan gaul rata.
- Setelah sambal bilis siap, belah ubi kentang A.S dan keluar isi di bahagian tengah.
- Gaulkan isi kentang A.S tadi dengan sambal ikan bilis.
- Masukkan gaulan tersebut ke dalam kentang A.S yang dikorek tadi.
- Taburkan keju mozarella di atas permukaan tersebut.
- Bakar selama 5-10 minit pada suhu 200'c dan akhir sekali hiaskan dengan hirisan brokoli dan siap sedia untuk dihidang.
Mama yakin untuk dapatkan karbohidrat kompleks yang mudah serta membekalkan tenaga bagi umat Islam berpuasa ketika bulan Ramadhan ini pilihlah ubi kentang. Ini kerana sebiji ubi kentang dapat memberikan rasa kenyang yang lebih panjang. Manakala aras gula darah akan lebih terkawal dengan pengambilan karbohidrat ini semasa bersahur atau Iftar. Jadi dengan pengambilan kauntiti yang sederhana dan seimbang dapat membekalkan tenaga berpanjangan semasa seharian berpuasa.
Yang paling menarik tentang kentang ini juga terdapat kalium yang mengekalkan fungsi otot dan menjaga keseimbangan cecair dalam badan. Malah sebiji ubi kentang mengandungi vitamin C yang diperlukan oleh tubuh manusia bagi menguatkan sistem imuniti badan ketika seluruh dunia dilanda wabak Covid-19. Jadi kita patut bersyukur untuk mendapatkan ubi kentang sangat mudah.
Jadi pilihlah Ubi Kentang A.S yang berkualiti dan kita boleh pelbagaikan variasi masakan tempatan dan masakan barat yang sedap dan enak. Menyediakan juadah berbuka puasa atau semasa sahur dengan pemilihan ubi kentang A.S ini amatlah digalakkan kerana sangat ringkas dan dapat membekalkan tenaga dan nutrien yang penting dalam tubuh badan manusia. Untuk mengetahui lebih tentang Kentang A.S, sila layari laman web www.uspotatogoodness.com.my