Hampir setahun negara kita kena wabak pandemik Covid-19 dan selama setahun la juga tak
dapat nak melancong ke luar negara. Sebelum ni mama pernah planning teringin sangat nak
pergi Bali, Indonesia. Tapi tu lah kita hanya merancang kan dan Allah yang tentukan semuanya.
Sangat kecewa tak dapat pergi sana coz mama paling suka makanan Indonesia yang sedap.
Biasalah kalau pergi melancong bukan setakat pergi melihat tempat mereka tapi mencuba
sendiri makanan mereka tu yang paling best.
Memandangkan kita tak dapat makan di Indonesia, uhukk jangan risau coz kita boleh jer makan
makanan Authentic Indonesian Homestyle Cuisine di IndoAsli. Fuhhh korang boleh jer
feeling makan di Indonesia. Untuk pengetahuan korang, IndoAsli merupakan restaurant
makanan dan minuman traditional Indonesia yang terdapat di 2 cawangan iaitu di :
● LG-58 IndoAsli Central i-City, Shah Alam
● LG-36 IndoAsli IOI City Mall, Putrajaya
Sebenarnya mama biasa jer makan makanan Indonesia ni macam Bakso, Sambal Tempe dan
lain-lain lagi tapi banyak lagi mama tak pernah makan lauk pauk dari sana. So, ini kalilah mama
nak cuba rasa dan mama akan share dengan korang rasa makanan dari sana. By the way,
kebanyakan makanan Indonesia di sini banyak inspirasi dari daerah yang lain seperti Bali,
Padang, Bandung, Jimbaran, dan lain-lain lagi. Dah-dah jom kita tengok menu terbaru mana la
tahu boleh juga korang tukar selera sempena berbuka puasa yang akan tiba ni.
Kisahnya IndoAsli ini diwujudkan adalah 20 tahun yang lalu seorang pengembara yang suka
sangat pergi ke Indonesia untuk mencari makanan asli di sana. Dan beliau banyak singgah di
pelbagai tempat dan daerah untuk mencuba makanan Indonesia. Tapi semenjak beliau balik ke
rumah dan mendapati rempah dan ramuan untuk makanan Indonesia susah nak jumpa. Jadi
beliau pergi balik ke sana dan belajar kesemua masakan asli dan pulang ke Malaysia terus buka
restaurant IndoAsli.
Pertama kali kalau korang ke IndoAsli ni korang wajib mencuba air minuman paling laris
iaitu Es Alpukat (RM13.90), Jus Alpukat Teristimewa IndoAsli (RM12.90) dan Soda Serai
(RM6.90). Alpukat atau buah Avocado sangat popular di sana dan antara buah yang paling
banyak khasiatnya. Untuk Jus Alpukat Teristimewa IndoAsli dan Es Alpukat tu rasanya sangat
lemak-lemak buah dan tak der rasa manis dari sebarang gula. Memang sedap sangat. Kalau
minum tu jer boleh terus kenyang.
Sebelum nak menjamu makanan berat, apa kata cuba dulu appetizers iaitu Tempe Sira
(RM4.90). Kalau nampak rupa Tempe Sira ni macam sambal tempe yang selalu kita buat. Tapi
kan kalau rasa lain sikit dari yang kita buat di rumah. Maybe Tempe Sira di IndoAsli ni manis
kuahnya dan sangat sedap untuk makan dengan nasi panas memang terangkatlah.
Antara menu baru yang buatkan rasa nak makan adalah Tahu Telur. Oh ya di dalam adunan
Tahu Telur ni terdapat tahu digoreng garing bersama telur yang disajikan tinggi tower dengan
sos kicap yang super sedap. Rasa pedas sos kicap digabung dengan Tahu Telur tu membangkit
selera untuk menjamu selera. Satu gabungan yang cukup menarik untuk menu Tahu Telur ini.
Harga not bad tak mahal hanya RM11.90.
Ok jom kita tengok menu main course di restaurant IndoAsli pula. Kalau menu-menu ni of coz
la makan dengan nasi panas baru lah sedap. Memandangkan IndoAsli menyediakan pelbagai
menu makanan dari pelbagai daerah Indonesia, antara makanan yang disajikan seperti Ayam,
Kambing, Sapi, Cumi, Ikan dan lain-lain lagi.
Antara menu ayam di IndoAsli iaitu Ayam Bakar Sate (RM19.90) dan Gulai Ayam Padang
(RM16.90). Untuk kedua-dua menu ayam ni memang sesuai bagi yang suka sangat makan ayam
boleh mencuba dan rasa kesedapan Ayam Bakar Sate sangat rasa perapan rempah ratus dekat
ayam ni dan sangat juicy isinya. Tambah ayam pula dibakar nampak smoky sangat mengena
yer. Manakala Gulai Ayam Padang seperti ayam masak lemak di Malaysia cuma gulai ni tak
pedas dan rasa macam gulai kuning pun ada.
Bagi yang penggemar daging pula mama nak suggestkan menu Rendang Sapi
(RM22.90) dan Rendang Kambing (RM27.90). Jangan terkejut pula dengar Sapi tu apa yer.
Sapi tu adalah lembu yang dipanggil di Indonesia. Pertama kali mama cuba rendang Indonesia
ni agak berbeza dengan rendang di Malaysia. Rasa rendang ni manis sedikit tapi sangat sedap!
Selain itu, makanan laut pun turut terdapat di restaurant IndoAsli. So tak perlu risau khas kaki
makanan laut boleh jer pilih menu ni. Menu ini diilhamkan oleh menu popular dari Bali
iaitu Cumi Bakar Jimbaran (RM35.80). Menu ni memang sangat popular di Pantai Jimbaran,
Bali. Kalau mama perasan siapa pergi sana mesti makan menu ni di tepi pantai sambil tengok
matahari terbenam. Fuh romantik habis kalau dapat makan dekat sana kan. Tapi nak buat
macam mana kita feeling-feeling jer lah sambil makan sotong segar yang dibakar dengan sos
Cumi Bakar khas.
Ada yang tanya menu ikan takder ke? Yer ada yer.. Ni hahh tengok la Ikan Talapia tergolek
cantik atas pinggan. Ehh bukan untuk hiasan tapi untuk kita makan yer. Ikan Talapia Goreng
Renyah Sambal Nusantara (RM39.90) dihidangkan bersama Sambal Berlado, Sambal Ijo dan
Madura Sauce. Wah wah nama pun renyah kan terus rasa renyah nak bikin menu ni. Siapa yang
hantu makan ikan macam mama, menu ni confirm bikin korang akan meratah.
Isi ikan yang cukup manis dimakan dengan sambal yang tersedia membuatkan menu ini sangat
enak yer. Oh ya sambal berlado, sambal ijo dan madura sauce tu betul-betul berapi pedas. Tapi
makan dengan ikan lagilah sedap yakmat. Hahaha ini bukan puji main-main yer sebab mama is
hantu makan ikan so memang ni citarasa mama. Suka sangat sambal-sambal dia sebab pedas,
manis, masin serba-serbi cukup perfect!.
Ok menu main course yang terakhir adalah Terung Raos Khas Bandung (RM11.90). Ini pun
menu best walau nampak simple tapi rasanya sumpah sedap. Terung digoreng dengan celup
tepung ditambah bambu-bambu cili padi, bawang dan sos pedas membangkit selera yer. Bak
kata mama walau simple tapi cenggini sedap hahh. Mama tak sempat makan dengan nasi tapi
mama makan saja gini pun sedap dah.
Korang kalau yang dah biasa pergi Indonesia mesti pernah dengar Nasi Tumpeng kan. Yer
disana sangat popular Nasi Tumpeng Ayam Bakar Percik Bali (RM25.90). Untuk set ni
sangat berbaloi dengan harga coz setiap hidangan dengan nasi, ayam bakar percik bali, acar
timun, tempe goreng, kerepek melinjo dan sambal balado serta sambal ijo. Satu gabungan yang
menarik dengan semua hidangan dalam satu pinggan.
Selepas makan di IndoAsli ni jangan lupa makan dessert pula. Uhuuuu memang recommended
la dessert Jeli Dalam Telur (RM8.90) dan Popia Pisang (RM12.90). Lepas kenyang makan
pekena pula dessert sejuk-sejuk lalu dekat tekak memang nyaman dan asyik sekali yer. Jeli tu
makan dengan ais krim vanilla sangat sesuai yer gabungan jeli dan aiskrim. Dan lagi satu dessert
korang wajib cuba Popia Pisang ni dengan taburan parutan cheese dan sos coklat memang
waduhhh enak banget sih. Tibeh terkeluar cakap Indonesia pula. Hahaha.
Ok mama dah rasa menu-menu terbaru di IndoAsli, so korang bila lagi nak datang boleh jer
datang ke 2 cawangan yang mama nyatakan di atas yer. Mana lah tahu korang nak bawa family
berbuka puasa dengan makanan Indonesia yang sedap-sedap ni. Tak dapat bercuti di Indonesia
tapi dapat makan makanan dari sana pun jadi lah. Heheheh so mama recommended sangat
datang makan di IndoAsli yer.
*Menu baru dari IndoAsli kini eksklusif di IndoAsli IOI City Mall, Putrajaya dan akan datang
tidak lama lagi di IndoAsli Central i-City, Shah Alam
Untuk maklumat lanjut boleh layari :
IndoAsli
Authentic Indonesian Homestyle Cuisine
IndoAsli IOI City Mall, Putrajaya : Lot No : LG-36
IndoAsli Central i-City, Shah Alam : Lot No : LG-58
Instagram : @indoasli_official | Facebook : IndoAsli_Official
Love,