Tahniah diucapkan kepada OGAWA Malaysia diatas pembukaan semula OGAWA Concept Store di Mid Valley Megamall. OGAWA Malaysia mengembangkan jenama mereka dengan menyediakan pengalaman dalam kedai yang baru. OGAWA Malaysia turut memperkenalkan hibrid teknologi pintar dan pengalaman gaya hidup yang dipertingkatkan untuk menjadikan pengalaman di concept store lebih menarik kepada pembeli.
OGAWA Concept Store yang serba baharu lagi canggih ini bakal menawarkan pilihan teknologi, inovasi, kehidupan global serta pengalaman menarik bagi pengunjung. Jadi mereka menjadikan OGAWA Concept Store ini "Smart Living" yang mengasyikkan.
Gabungan teknologi pintar dan pengalaman gaya hidup yang selesa dengan menggunakan "rose gold" dan putih sebagai warna tema yang dipadankan telah memberi reka bentuk OGAWA Concept Store ini lebih menyerlah, tampak lebih elegant dan santai serta pelanggan lebih mengasyikkan ingin mencuba kesemua mesin urut jenama OGAWA ini.
Selain itu, perkhidmatan pelanggan juga dinaik taraf apabila pelanggan yang melawat OGAWA Concept Store ini akan lebih rasa eksklusif khas untuk pelanggan mereka yang setia dengan produk OGAWA. Bagi pelanggan yang ingin merasai produk OGAWA iaitu Master Drive AI 2.0 juga dibina dengan sehingga 5,184 kombinasi urutan untuk penyelesaian kesihatan yang meluas, serta menampilkan kecerdasan buatan (AI) yang serba canggh termasuklah pengecaman muka, penjejak kesihatan dan pengimbas dan Automatik Berkuasa AI. Penganalisis dengan menggunakan algoritma dapat mengumpul dan mengurus data bagi menyesuaikan kerusi urut kita tersendiri apabila diprogramkan dengan masalah kita dengan tepat.
Sempena Pembukaan Semula OGAWA Concept Store di Mid Valley ini, OGAWA Malaysia menawarkan jualan Krismas eksklusif di mana pelanggan boleh menikmakti diskaun sehingga 50%, dengan pelan 0% sehingga 68 bulan, hanya tersedia di cawangan OGAWA Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai OGAWA Concept Store sila layari https://www.ogawaworld.net/ .
Love,