The Chicken Rice Shop (TCRS), sebuah restoran rangkaian keluarga halal tempatan, dengan bangganya meraikan tahun ke-24 mereka dalam menyatukan orang ramai melalui hidangan yang enak. Meraikan satu lagi tahun yang menawarkan kelazatan nasi ayam, TCRS dengan besar hati memperkenalkan menu baharu, Chicken Chup!
Boleh didapati di pasaran di seluruh negara dari 10 Jun hingga 11 Ogos 2024, Chicken Chup! merupakan hidangan unik dengan potongan ayam yang lembut bersama sos sentuhan lada hitam dan limau. Ciptaan inovatif ini menawarkan pengalaman rasa yang lain daripada yang lain dengan dagingnya yang lembut dilapisi dengan sos yang kaya dengan perisa lada dan sentuhan limau yang menyelerakan.
Selama 24 tahun, TCRS telah menjadi mercu tanda dalam industri makanan Malaysia dan menawarkan suasana yang selesa di mana pelanggan daripada pelbagai lapisan masyarakat dapat berkumpul untuk menikmati hidangan yang lazat. Ditubuhkan atas prinsip menyediakan masakan Malaysia yang autentik, TCRS terus berkembang dari sebuah kedai makan tunggal kini menjadi rangkaian yang meluas ke seluruh negara, melayan jutaan pelanggan yang berpuas hati.
Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd, berkongsi rasa syukurnya atas kekuatan dan sokongan pasukan yang telah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan perniagaan ini selama bertahun-tahun. "Perjalanan ini tidak terlepas dari cabaran, tetapi sokongan yang tidak berbelah bagi dari pelanggan setia kami dan keikhlasan pasukan kami telah menjadi daya pendorong di sebalik kejayaan kami."
"TCRS kekal teguh, memperlihatkan dedikasi kami untuk menyajikan masakan asli Malaysia. Keupayaan kami untuk mengatasi rintangan dan menjadi lebih kuat mencerminkan kepercayaan dan kesetiaan yang kami peroleh dari pelanggan kami selama 24 tahun," tambah Kah Yong.
Dari permulaan yang sederhana, TCRS terus berkembang, menyesuaikan diri dengan perubahan citarasa dan kegemaran disamping terus menerus setia kepada akar budayanya. Pengenalan Chicken Chup! adalah bukti semangat inovatif mereka dan komitmen terhadap kecemerlangan masakan. Selama beberapa tahun, TCRS telah memperkenalkan pelbagai hidangan popular, setiap satu mencerminkan pelbagai rasa dan citarasa kaya dalam masakan Malaysia. Evolusi berterusan ini telah mengukuhkan reputasinya sebagai sebuah restoran makanan yang dikasihi ramai.
Untuk memenuhi keperluan kumpulan yang berbeza, Chicken Chup! menawarkan tiga set: Set Chup Satu, Chup Dua, dan Chup Empat. Selain itu, untuk melegakan dahaga anda, TCRS memperkenalkan minuman terhadnya, Chup and Chill, minuman berkarbonat dan menyegarkan sebagai pelengkap pada hidangan terbaru ini.
"Menu yang baru dilancarkan adalah cara kami untuk mengungkapkan rasa terima kasih kepada pelanggan setia kami atas sokongan mereka yang tidak pernah putus. Kami berharap menu ini dapat membawa kegembiraan dan kepuasan kepada setiap orang yang mencubanya. Kami akan terus berusaha untuk menyediakan pengalaman makanan yang terbaik dan memperluaskan jangkauan kami ke seluruh negara," demikian disimpulkan oleh Kah Yong.
Sempena sambutan Ulangtahun ke-24 TCRS, sertai pertandingan Chup and Snap untuk mendapatkan peluang memenangi ganjaran yang luar biasa. Teruskan mengikuti khabar terkini mereka dengan mengikuti @thechickenriceshop di Instagram. Untuk maklumat lanjut, lawati laman web www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook mereka di https://www.facebook.com/thechickenriceshop/.
Love,