Resepi

Bubur Jagung

12:50 PM

Bahan-bahan :-
  • 4 tongkol jagung - dikikis ambik isinya *eden guna yang jagung yang dalam peket tu jer.
  • 3 sudu besar sagu putih - cuci dan ketepikan
  • 4 sudu gula melaka yang hancur *eden guna gula pasir jer.
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 2 cawan air
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan - disimpul
Cara-caranya :-
  • Didihkan air bersama gula melaka dan daun pandan hingga gula hancur dengan api yang sederhana.
  • Masukkan isi jagung, santan dan secubit garam.
  • Jerang sehingga mendidih dan jagung masak.
  • Masukkan sagu dan kacau sebentar dan tutup api.
  • Sedia untuk dihidang.

Nyum nyum.. walaupun pucat lesi tapi rasanya bubur jagung juga.. heheheh jadilah kan.. ;)


/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook