Event Review
Majlis Pelancaran Jonlivia Pertama Activewear Lifestyle Club Di SS2, Petaling Jaya
4:54 PM
Hi korang. Pada 25 Mei 2017 minggu lepas, mama dapat jemputan untuk menghadiri Majlis pelancaran Jonlivia Pertama Activewear Lifestyle Club di SS2, Petaling Jaya. Jonlivia merupakan satu jenama pakaian gaya hidup aktif untuk bersukan khas buat pelanggan tidak kira umur atau jantina. Pelancaran Jonlivia Lifestyle Club (JLC) bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia berubah ke arah hidup sihat dan gaya yang aktif semasa bersukan serta dalam masa yang sama bergaya kemana sahaja.
Untuk menambah kemeriahan majlis tersebut, beberapa artis Malaysia turut hadir seperti Fauzi, Lisdawati, Agnes, Meow, Jane, Syaa dan Emily. Terdapat pelbagai hadiah menarik yang bernilai lebih RM500 bagi acara cabutan bertuah dan cabaran individu disediakan oleh penaja. Bagi yang hadir dan mendaftar akan menerima goodies bag dan cenderahati yang bernilai lebih daripada RM500.
Menurut kata pemilik Jonlivia iaitu Mr Jon, sempena dengan pelancaran JLC di SS2, Jonlivia menawarkan keahlian percuma khas buat pelanggan untuk datang ke JLC ini. Antara faedah keahlian termasuklah pass akses percuma untuk flying yoga, kelas zumba dan TRX di studio Jonlivia. Mr Jon berkata pihak Jonlivia akan menjalankan beberapa aktiviti yang menarik dalam masa setahun. Untuk maklumat lanjut boleh layari website Jonlivia www.jonlivia.com dan ke laman Facebook untuk mengetahui aktiviti menarik di sini.
Pelbagai barangan Jonlivia yang diperbuat daripada bahan-bahan yang berprestasi tinggi dengan menggabungkan teknologi terkini untuk memastikan bahawa produk-produknya sentiasa menjadi trendy dan up-to-date. Dengan JLC adalah kelab gaya hidup yang pertama dengan menggabungkan studio kecergasan pelbagai fungsi di sin. Ini menunjukkan komitmen untuk memimpin ahli-ahlinya ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan lebih aktif.
Pada majlis pelancaran tersebut, satu pertunjukan fesyen telah dijalankan untuk memaparkan ke semua trend activewear ke dalam aktiviti seharian kita.
Persembahan penutup Flying Yoga.
Di JLC SS2, Petaling Jaya juga turut terdapat butik Jonlivia yang menjual segala produk-produk Jonlivia seperti hotpants, sport bra, tshirt dan macam-macam lagi di sini.
Hotpants dari pendek hingga panjang pun ada.
Sport bra dan juga singlet
Tshirt dan aksesori yang lain
Turut terdapat slimming shaper seperti gambar di atas ini
Bagi yang ingin mencuba boleh menggunakan fitting room di sini.
Jadi bagi yang ingin mengekalkan kecergasan serta ingin mengubah gaya hidup yang sihat bolehlah bertukar kepada barangan Jonlivia dengan reka bentuk tinggi dan terbaik. Dengan jenama Jonlivia ini bukan sahaja anda sangat berstyle malah anda boleh mengurangkan berat badan serta menghilangkan kilo apabila memakainya. Oleh itu, setiap orang berhak untuk mengayakan dengan activewear Jonlivia ini semasa anda berjalan-jalan di taman, bergimnasium atau keluar membeli-belah dengan rakan-rakan anda.
Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :
JONLIVIA LIFESTYLE CLUB (JLC)
No. 70A, 70B & 70C,
Jalan SS2/67,
Petaling Jaya, Selangor
Website : www.jonlivia.com
Facebook : www.facebook.com/jonlivia
Instagram : www.instagram.com/jonlivia