Mungkin setengah rakyat Malaysia wajib mengambil sarapan pagi sebelum memulakan tugasan harian yang mencabar bukan. Tetapi adakah hidangan sarapan pagi yang kita ambil itu benar-benar berkhasiat? Bagi setengah rakyat Malaysia gemar menghirup secawan kopi atau teh untuk mengelakkan mengantuk pada pagi hari. Sebenarnya susu juga merupakan penawar khas untuk dalam badan kita yang diperlukan pada sarapan pagi.
Selain itu, hampir satu daripada dua kanak-kanak tidak cukup pengambilan kalsium setiap hari. Untuk pengetahuan semua, dua hidangan susu setiap hari dapat membantu memenuhi keperluan pemakanan yang sihat dan sekurang-kurangnya 200 mg kalsium ke dalam badan anak-anak anda. Dengan minum susu setiap hari dapat membantu kanak-kanak untuk menguatkan tulang dan gigi mereka.
Pada minggu lepas, mama dikejutkan dengan satu kotak sarapan pagi dari pihak Dutch Lady Malaysia sempena Cabaran 7 hari Sarapan Pagi untuk minum susu pada setiap pagi. Mama teruja betul dengan kotak sarapan pagi bersama 7 kotak susu dari Dutch Lady ni. Mana taknya mama sendiri memang pengemar minum susu setiap hari tidak kira pagi mahupun sebelum tidur. Minum susu pada setiap sarapan pagi sangatlah penting untuk mendapatkan tenaga sebelum memulakan hari yang mencabar.
Pentingnya pengambilan sarapan pagi kerana :-
- Membantu mengawal berat badan selepas berpuasa semalaman
- Memberi sepenuh tumpuan dan fokus di dalam aktiviti seharian
- Membantu menurunkan berat badan kerana tubuh mempunyai metabolisma sehingga berlakunya pembakaran lemak di dalam tubuh badan
- Menjana perkembangan otak dan daya tumpuan anak-anak tengah membesar
- Mencegah sakit jantung kerana jika kita mengambil sarapan pagi dengan bijirin dapat menyerap kolestrol yang terdapat di dalam tubuh badan kita
Box Sarapan Pagi sempena Cabaran 7 Hari #SarapanDutchLady
Kebaikkan susu bukan sahaja daripada sekadar kalsium malah kaya dengan nutrien yang penting untuk ada di dalam tubuh badan kita. Satu contoh ialah protein, yang memainkan peranan utama dalam pertumbuhan, seperti pembinaan tulang, otot dan tisu. Selain itu, Vitamin A adalah penting untuk fungsi mata yang sihat, manakala Vitamin B2 menyokong fungsi-fungsi selular yang mengubah makanan kepada tenaga dan Vitamin D3 pula menyerap bantuan kalsium dan fosforus.
Untuk pengetahuan semua, jika kita amalkan minum susu setiap hari sangat bermanfaat kepada tubuh badan kita kerana ia boleh mencegah osteoporosis, menguatkan tulang, membantu pertumbuhan, menjaga kesihatan kulit serta mengurangi stress. Dengan pengambilan susu kita kena mewajibkan anak-anak minum susu setiap pagi kerana ia boleh melindungi dari kerosakan gigi dan masalah kaviti.
Selain itu, khasiat susu juga baik kepada kaum wanita iaitu dengan pengambilan susu dapat mengurangkan gejala PMS kerana ia menjadi sebagai ubat penenang yang sangat hebat serta meningkatkan tahap tenaga di dalam diri kita. Susu juga merupakan anti-asid yang sangat baik. Oleh itu, pengambilan susu ketika pedih ulu hati dapat menenangkan keradangan sakit tersebut malah boleh mencegah ulser perut.
Mari kita tengok sarapan apa yang mama sediakan untuk menyahut cabaran 7 Hari Sarapan Dutch Lady ni. Yang penting sarapan yang mama sediakan cukup berkhasiat untuk diri mama yang sedang hamil serta berkhasiat untuk anak-anak mama tengah membesar. Jom kita tengok beberapa hidangan untuk sarapan pagi yang bagi mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang berkhasiat.
Day 1 - Sarapan disediakan oleh pihak Dutch Lady | Sekotak Susu Dutch Lady Full Cream Milk + Sandwich Tuna & Semangkuk Oat bersama buah strawberi
Day 2 - Sekotak Susu Dutch Lady Full Cream Milk + Roti Sosej Cheese Telur
Day 3 - Sekotak Susu Dutch Lady Low Fat Milk + Bihun Goreng bersama telur mata
Day 4 - Sekotak Susu Dutch Lady Low Fat Milk + Nasi Lemak
Day 5 - Sekotak Susu Dutch Lady Full Cream Milk + Spaghetti Cabonara
Day 6 - Sekotak Susu Dutch Lady Full Cream Milk + Koko Krunch
Day 7 - Strawberry Banana Milkshake yang dikisar dengan Sekotak Susu Dutch Lady Full Cream Milk + Butter Cake
Tidak kira la bagaimana anda mengambil sarapan pagi yang pasti ia mestilah berkhasiat untuk diri anda serta anak-anak anda. Jika tidak sempat mengambil sarapan pagi cubalah minum sekotak Susu Dutch Lady sudah cukup memadai kerana susu sahaja sudah menjadi makanan pelengkap pada setiap hari. Oleh itu, dengan pengambilan susu setiap hari dapat menyedarkan orang ramai bahawa susu dapat memberikan kalsium serta mengurangkan penyakit seperti tulang dan gigi.
Jadi apa lagi jom semua minum susu Dutch Lady pada setiap hari untuk mengekalkan kesihatan dan nutrisi dalam badan!! Ingat susu ingat Dutch Lady kerana ia susu no 1 sarapan anda.
Untuk maklumat lanjut sila layari :
Website Dutch Lady : www.dutchlady.com.my
Facebook : Dutch Lady Malaysia
Instagram : @dutchladymy
Love,