Bosan dengan masakan ayam macam biasa? Meh ni aku nak share 1 resepi ayam masak minang.. memang sedap kalo makan sekali sekala.. boleh naik selera makan orang cakap.. hehehe aku pun sebab sayang cili padi tu banyak sangat.. kang nak buat apa simpan lama2.. nak buat ayam masak cili padi macam dah bosan.. so cuba lah menu baru ni ayam masak minang.. yang pasti masak dalam noxxa.. cepat jer... Dah jom tengok bahan2nya..
Bahan-bahan :-
~ Bahan kisar
* 2 biji bawang besar
* 4 biji bawang putih
* 1/2 inci halia
* Kunyit hidup @ serbuk kunyit
* Cili padi ~ nak banyak sila letak banyak ya
* Cili merah
* 3 batang serai diketuk
* 3 helai daun limau purut
* 3 helai daun kunyit disimpul
* 1 kotak santan kecil
* Tomato
Cara-caranya :-
Panaskan minyak dalam periuk noxxa dengan mengunakan kaedah STIR FRY, tumiskan bahan kisar dengan serai yang diketuk. Apabila tumisan dah naik minyak dan nampak garing, masukkan ayam dan daun2 gaul hingga rata. *yang ni aku tak tunggu sampai pecah minyak pun sebabnya masak dalam noxxa akan pecah minyak sendiri masa HP nanti.. Setelah itu masukkan sedikit air. offkan stir fry, tutup periuk noxxa dan HP selama 10 minit.
Setelah 10 minit, releasekan wap dan tekan stir fry. masukkan santan kotak & sedikit air.. agak yer korang suka pekat macam mana. Masukkan garam, gula serta pak aji. gaul sehingga mendidih.
Last sekali masukkan tomato dan biarkan seketika. Dah siap...
Ayam masak minang noxxa..
Regards,