Benda paling best sebagai seorang wanita adalah shopping time!! Yeaa tak kira la waktu dan masa kalau dapat shopping adalah terapi seorang wanita. Hahhh gitu. Heheh dulu nak shopping kena pergi mall kan sekarang hahh tak payah depan pc jer ko shopping. Pilih, tekan, masuk cart, buat pembayaran dan tunggu jer barang shopping ko sampai depan rumah. Tambah shopping dari China menerusi website SGshop, lagi la memacam rasa nak beli tau!!!.. Seingat mama last mama shopping SGshop ni masa tahun lepas. Yer masuk jer November mama dah gatal tangan nak shopping dekat sini. Jom kita tengok apa barang yang mama shopping dekat SGshop Malaysia sempena Double 11 Online Shopping.
Untuk pengetahuan korang semua, SGshop merupakansatu website dimana korang boleh shopping barang-barang direct dari China. Kalau korang duk scroll website dia ni memang 4 hari 4 malam tak habis-habis sebab barang-barang dia banyak. Tapi SGshop ini hanya menjadi "orang tengah" bagi seller yang terlibat dalam website SGshop ini.
Contohnya senang jer, kalau korang beli 5 barang pada 5 seller di China yang berbeza, kemudian barang-barang tersebut akan dikumpulkan di dalam gudang SGshop sebelum mereka bungkus dan hantar ke alamat korang. Jadi SGshop ini menjadi orang tengah untuk korang membeli sesuatu barang. Antara barangan yang terdapat di SGshop adalah pakaian, kasut, bag, barangan makeup, barangan elektrik, perabot dan banyak lagi barangan dekat sini. So korang rajin finger walking yer..
Tengok la 1 box besar dan 1 parcel dari hasil shipping di SGshop baru-baru ni. Mama ni kalau dah start scroll SGshop memang habis masuk cart benda apa yang mama nak beli untuk kegunaan seisi keluarga. Serius mama tak boleh tahan website SGshop ni sebab murah-murah uolls.. Tapi korang kena pandai cari dan pilih harga yang berpatutan ok. Jom tengok pengalaman mama shopping di SGshop dari China ni, mana tau nanti korang pun boleh refer dari cerita mama ni.
Mama start shopping 22 September - 24 September. Hahhh 2 hari 2 malam ko mama duk scroll website nak shopping sampai naik lenguh jari jemari la pilih mana yang nak beli. Hehehe.. kejap padam kejap masuk cart punya lah nak cari barang yang memang mama nak guna je. Kemudian mama start bayar harga barang pertama pada 25 September dan masa ni korang akan dapat mesej mengatakan barang dah sampai dalam gudang SGshop. Kesemua barang yang mama beli sampai pada 27 September hingga 4 October. Ambil masa 8 hari juga sebab seller yang berlainan.
Selepas itu mama buat pembayaran ke 2 untuk delivery pada 5 October. Ok memandangkan delivery ni mama cadangkan kalau korang nak beli make sure beli barang jangan terlalu besar sangat. Macam mama memang agak besar kotak tu dan harga delivery mahal skit tapi takpa sebab memang mama nak sangat benda tu. Kemudian pada 8 October, pihak SGshop dah post parcel semua ke airport. Ok time ni korang tak perlu risau nak buat bayaran lagi sebab masa pembayaran ke 2 kita dah buat semua bayaran untuk penghantaran dari China ke Malaysia. Jadi masa ni pihak kastam akan check dan declare barang untuk pos ke Malaysia melalui kapal terbang atau kapal laut. So korang boleh pilih yer.
Dalam masa 10 hari penghantaran barang shopping SGshop dari China ke Malaysia. Ini pun korang boleh check detail melalui tracking number diberi untuk proses kastam dan manakala pihak delivery Malaysia pula adalah dari Skynet akan collect barang tersebut untuk hantar ke alamat rumah korang. Barang shopping mama selamat sampai pada mama 22 October, fuh memang ngam-ngam satu bulan tau. Alaa sebulan sekarang kejap jer pejam mata pejam mata dah sebulan yer tak. Jom kita tengok barang apa yang mama beli.
Women Cotton Short Sock [RM13.72] | http://bit.ly/2RjuvzY
Yang pertama mama beli stokin ni. Puas hati beli stokin ni kain cotton dia ok nice, pendek memang mama suka dan paling mama berkenan dekat warna dia ada 8 warna. Size stokin ni free size memang muat jer dengan kaki. Siap boleh sharing stokin ni dengan anak mama sekali tau. Harga pun not bad murah 8 helai RM13.72 je hahh.. boleh la pakai stokin ni buat pergi jogging ker zumba ker kan..
Sport Bra [RM13.72] | http://bit.ly/2Aykucz
Yang ke 2 mama beli sport bra. Pun murah 2 helai RM13.72. Size sport bra ni free size tapi musykil why tak muat. hahaha selalu beli free size muat jer kekdahnya. So sport bra ni bagi dekat adik la nanti. Hahah. Kain pun sedap boleh la nak guna untuk aktiviti sukan.
Men Tshirt [RM16.67] | http://bit.ly/2Q3HEgj
Girl Dress [RM13.72] | http://bit.ly/2SuzGPa
Yang ke 3 mama beli Men Tshirt untuk en papa. Kain cotton lembut, jahitan kemas dan sejuk memang sedap la pakai ni. Size mama ambik XXL sebab en papa besar kan. Harap en papa muat la yer. Yang ke 4 mama beli dress untuk Qeisya. Dress ni pun cantik gabungan 2 kain cotton dengan apa ntah bahagian skirt tu. Dress Qeisya ni mama saja ambik yang besar sebab boleh dia pakai banyak kali. Harga pun murah jer.
Large Wallet Men [RM13.66] | http://bit.ly/2PwI69Q
Card Holder [RM6.55] | http://bit.ly/2CMDg1z
Yang ke 5 mama beli wallet untuk en papa. Hehehe kesian tengok wallet dia dah koyak rabak. Tu pasal mama beli wallet dekat dia. Ehh memang cantik la design ni memang dia suka boleh letak bahagian card tu banyak. Jahitan benang dekat wallet ni kemas. Tengok la harga pun murah namatey. Yang ke 6 mama beli card holder untuk mama. Yeaa mama suka card holder banyak slot gini sebab mama memang banyak sangat card ic la, card bank la, card mykid anak-anak, ehh macam-macam la.. Pilihan warna of coz la pink.
School Bag [RM20.60] | http://bit.ly/2RobTid
Yang ke 7 mama beli school bag untuk hero-hero mama. Hoyeh boleh la dia orang guna masa sekolah tahun depan. Sebelum ni mama beli bag ni untuk dia orang memang tahan lama tau. Itu pasal mama beli lagi. Walau harga dia sebiji RM20.60 tapi kualiti memang elok sangat. Bebudak ni pun dah cakap tak nak mahal-mahal sebab guna setahun jer. Next year boleh beli lagi hehehe. Sepatutnya beli warna biru dan hitam, memandangkan hitam sold out terpaksa la mama beli warna pink macam ni. redha jer lah Qeram pakai bag pink katanya bag budak perempuan hahahah. tapi mama suka sebab cantikkkk
Background Paper Wood [RM4.64] | http://bit.ly/2RocEb3
Yang ke 8 mama beli background paper untuk photoshoot barang blogging mama. Yeahh dah lama sangat nak beli so nampak jer dekat SGshop ni terus beli sampai 3 design. Hehehe harga pun murah sekeping RM4.64 sahaja. Kertas ni takder lembut dan tak la keras sangat kira ok untuk shoot barang buat flatlay memang cantik. Setiap kertas ni ada 2 design depan belakang so boleh la nak guna bahagian mana pun. Ehh suka la macam nak beli lagi design lain pulak.
Bench Sofa Storage Box [RM96.15] | http://bit.ly/2QaVWvW
Yang akhir sekali kotak paling besar mama beli adalah Bench Sofa Storage Box. Dah lama mama nak beli sebab nak letak mainan anak-anak dalam box ni. Harga storage box ni RM96.15 jer tapi untuk delivery a little bit mahal sikit sebab besar dan berat. Mama tak kesah sebab memang mama dah lama cari storage box ni. Untuk storage ni dah check semua ok takder terkoyak ker apa. So far memang sangat berguna storage box ni boleh duduk dan letak barang dekat bahagian dalam dia.
Permukaan atas storage box
Bahagian dalam storage box.
Teruja giler dapat barang tak percaya korang tengok video yang mama sempat rakam ni. Hahhh baru sikit ni kalau banyak lagi tak tahu la memang lompat sampai bintang gamaknya. hahaha.. Dah korang layan video unboxing shopping di SGshop ni yer.
Untuk pengetahuan korang sempena Double 11 Online Shopping di SGshop tengah mengadakan kempen jualan 11.11 pada bulan November ni. Antara yang menarik sempena kempen jualan ni yang perlu korang grab adalah :-
- Memperkenalkan keahlian "SHIOK"
- Pre-Order sempena 11.11 item diskaun
- Beli satu dapat satu percuma dalam masa 2 jam
- Money Money Come
- Rebut Lucky Red Packet untuk memenangi SGRewards
- Lucky Slot
- Produk DISKAUN & Caj Perkhidmatan PERCUMA
- Kejutan tanpa henti dengan caj perkhidmatan PERCUMA
Paling mama teruja sempena Double 11 Online Shopping di SGshop ni adalah beli satu dapat satu percuma dalam masa 2 jam. Untuk promosi ini hanya sah produk diskaun BUY-FOR-ME pada 1 November 2018 dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang sahaja. Korang beli cari hanya taipkan "Flash Sale" dan setiap pembelian di bawah RM50 akan dapat unit tambahan setiap item secara percuma.
Selain itu, korang boleh Rebut Lucky Red Packet untuk memenangi SGRewards dari 6 November - 7 November dan bermain permainan percuma dantanpa had untuk memenangi hadiah (RM10, RM5 dan RM2 SGreward). Manakala dari 8 November - 10 November jangan lupa main permainan Slot Lucky untuk memenangi SGreward, Voucher Tunai dan Kod Diskaun. Setiap hari korang berpeluang 3 kali untuk putar Lucky Slot.
Untuk mengetahui lebih lanjut boleh baca di sini : https://www.sgshop.com.my/activity/treasurehunt
Untuk maklumat lanjut mengenai SGshop Malaysia, boleh layari :-
Website : www.sgshop.com.my
Facebook : www.facebook.com/SGshopMalaysia
Instagram : www.instagram.com/sgshop_malaysia
Jangan lupa shopping di SGshop Malaysia sempena Double 11 Online Shopping Festival