Resepi Nasi Dagang Noxxa

12:50 PM

Resepi Nasi Dagang Noxxa | Dah lama teringin nak makan nasi dagang. Bulan 3 hari tu pergi Terengganu tapi tak dapat makan. Yer lah time tu kena pantang lagi lepas bersalin kan. Satgi kang makan pulut berangin badan ni. Hehehe baby pun dah 11 bulan apa lagi kan mama nak makan la puas2. hahaha.. Memula takut nak buat sebab kena kukus bagai. Heyy malas dik non... Masak dengan Noxxa lagi senang sumbat jer dalam Noxxa. Hahahah.. Jom tengok Resepi Nasi Dagang Noxxa dan cara-caranya. 

Resepi Nasi Dagang Noxxa
Bahan-bahan :-
* 2 cawan beras wangi
* 1 cawan beras pulut
* 2 cawan air
* 1 cawan santan pekat
* 3 biji bawang merah
* 1 inci halia
* 1 sudu makan halba
* Garam secukup rasa 

Cara-caranya :-

Rendamkan beras pulut dalam 30 minit dan basuh beras pulut dan beras wangi, kemudian toskan.

Masukkan beras wangi dan beras pulut ke dalam periuk Noxxa. Kemudian satukan santan pekat dengan halba, bawang merah, halia dan garam.

Masukkan air 2 cawan kemudian gaul sehingga sebati. Tutup periuk Noxxa dan tekan Hp selama 7 minit.

Setelah selesai 7 minit, biarkan bunyi bep bep sampai hilang bunyi serta biarkan wap hilang sendirinya atau biarkan selama 5 minit.

Buka periuk Noxxa dan gemburkan perlahan-lahan. Hidangkan dengan gulai ikan tongkol dan acar timun. 

Selamat Mencuba

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook