Korang tahu Malaysia adalah negara yang mempunyai paling ramai orang gemuk di Asia sejak tiga tahun yang lalu. Laporan ini bukan rekaan tau dan separuh daripada penduduk Malaysia mempunyai berat badan berlebihan dengan kadar obesiti meningkat 300% dalam masa hanya dua tahun. Ok ini sangat menakutkan. Jadi ada berita baik untuk mereka yang ingin menjaga badan dan yang sedang berdiet tu boleh la menikmati makanan hijau, ringan, lazat dan sihat dari Kubis & Kale.
Pada Khamis lepas, mama telah dijemput untuk menghadiri satu majlis pelancaran restaurant terbaru iaitu Kubis & Kale di Bandar Sunway. Kubis & Kale diasaskan oleh Chef Aaron Lim merupakan perintis gaya makanan poke
bowl (sajian nasi bercampur dengan ikan mentah perap yang berkhasiat dan segar, dihidangkan
dalam mangkuk) di Malaysia. Kubis & Kale membawa trend ini ke mercu lebih tinggi dengan
hidangan sihat “Poke, Cooked Foods & Vegans In A Bowl.”
Dengan pembukaan restoran baharu ini tepat pada waktu semakin ramai rakyat Malaysia
mengamalkan tabiat makan tidak sihat jadi dengan wujudnya Kubis & Kale ini dapat membantu rakyat Malaysia yang ingin berdiet dan menjaga badan dengan mudah. Siapa kata makanan sihat ini tidak sedap? Selepas mencubanya makanan sihat ini ternyata sangat sedap dan mama yakin korang boleh makan dengan mudahnya.
Menurut Aaron, Kubis & Kale merupakan tempat untuk menikmati makanan biasa, bermusim, dan
sihat. “Kami memberi penekanan kepada pilihan apa yang kita makan, sumber dan cara
penyediaannya. Falsafah kami ialah masak dari mula dengan menggunakan bahan-bahan
bermusim yang sihat, menjalin hubungan dan bekerjasama dengan masyarakat petani, pembekal
& masyarakat yang menyokong dan memperjuangkan makanan sebenar,” kata Aaron.
“Kami berusaha menyenangkan kita untuk menjamu selera, menjadikan makanan mudah didapati
dan pada harga yang termampu. Tidak ada masalah untuk makan di sini, kerana pelanggan boleh
memesan pelbagai sajian makanan yang sihat dalam suasana minimalis tetapi persekitaran hijau
mendamaikan yang selesa. “Kami menyediakan keperluan untuk mereka yang mahu menikmati
makanan ringan dan hijau dengan sedikit daging untuk mereka yang masih mahu makan daging. Sajian makanan kami sangat menarik untuk seluruh generasi baharu, khususnya pengguna media
sosial. Kami ingin menganggap diri kami sangat mengikuti trend tetapi tetap berpaksi kepada
makanan yang sihat,” jelas Aaron.
Menurut beliau, ‘poke bowl’ tetap menjadi makanan ruji utama dalam menu Kubis & Kale. Kegilaan terhadap makanan ini yang telah berlarutan sejak beberapa tahun lepas nampaknya
akan berterusan. Daya tarikannya terletak pada keupayaan orang yang makan untuk
menyesuaikan masakan dari Hawaii ini dengan pelbagai bahan asas, ramuan dan sos – dengan potongan isi ikan mentah yang diperap, biasanya tuna – yang kemudian diletakkan di atas nasi
atau soba atau quinoa dengan taburan sayur dan sos umami di atasnya.
Di Kubis & Kale, Aaron telah mencipta rasa, bahan-bahan dan perisa baru untuk membawa ‘poke
bowl’ ke tahap seterusnya dengan memperkenalkan 3 jenis makanan baharu untuk vegetarian /
vegan dan mereka yang mahu menikmati makanan sihat :
- ‘Poke Bowl’ (mentah & masak)
- Makanan masak
- Menu makanan untuk vegetarian / vegan
Kubis & Kale membawa faktor “makanan sihat” ke satu lagi tahap dengan bahan-bahan perap
yang unik, diekstrak secara semula jadi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Beberapa
faktar menarik tentang ‘Poke’ (mentah / segar) dan makanan vegetarian / vegan :
- Menggunakan lebih banyak bahan makanan segar / sejuk / diperap sendiri, khususnya ikan salmon, tuna, ayam dan sebagainya
- Lebih banyak makanan segar / dimasak
- Menawarkan menu bermusim
- Pilihan sos vegan
- Menawarkan lebih banyak pilihan protein untuk vegetarian / vegan
- Pelbagai sos yang dibuat sendiri
Kubis & Kale menggunakan sayuran karbon seperti yang dibekalkan oleh Pakar Perladangan
Karbon Janaan Semula Bandar dan Pertanian – Perintis Tumbuhan Karbon (teknologi pertaniah
terbaharu digunakan di Australia dan Perancis, pertama di Malaysia). Sayuran karbon mempromosikan amalan makan sayuran hijau yang bersih dan selamat, dengan
kandungan nutrien yang tinggi. Penggunaan kaedah pertanian penjanaan semula karbon yang
bebas daripada bahan kimia dapat mengurangkan logam berat, menyerap karbon ke dalam tanah,
tidak berbau dan merangsang kaedah pertanian jitu.
Pakar diet Indra Balatratnam menjelaskan tentang fakta pemakanan dan cara mengimbangkan
makanan seseorang dalam satu mangkuk untuk kehidupan moden. Menurutnya, apa yang kita
makan dalam sehari boleh mempengaruhi perasaan, kesejahteraan dan keadaan kesihatan kita. “Makanan secara langsung boleh menambah baik mood kita, membuat kita rasa bertenaga dan
melenyapkkan rasa kembung dan senak perut kita.
“Bagi mereka yang sentiasa sibuk dan mendapati sukar untuk mengambil makanan yang sihat, poke bowl menawarkan peluang kepada mereka untuk mencampur padan pelbagai bahan seperti
protein pejal, kacang, sayuran warna-warni, kekacang, bijian dan bijirin untuk membentuk
kombinasi bahan masakan untuk sajian makanan mereka. Sajian yang begitu menyenangkan, mengandungi kebanyakan nutrien yang anda perlukan dan bersahaja untuk dimakan, kesemuanya
dalam satu mangkuk dengan sukatan yang betul untuk keperluan makanan anda,” jelas Indra.
Bagi mama restaurant Kubis & Kale telah memberi kesedaran kepada orang ramai terutamanya bagi mereka berbadan obesiti ini kerana wajib menjaga kesihatan daripada pemakanan yang kita ambil. Dengan harga yang ditawarkan sangat berpatutan malah mereka boleh menjadikan hidangan sihat ini sebagai satu makanan ruji untuk mereka yang menjaga amalan gaya hidup sihat bagi kesihatan yang cergas dan bertenaga.
Apa tunggu lagi boleh segera datang ke Kubis & Kale yang terletak di Bandar Sunway untuk menikmati juadah hidangan sihat serta mengamalkan tabiat makanan yang sihat walau gaya hidup yang sibuk. Sempena Hari Vegan Antarabangsa, Kubis & Kale menawarkan promosi "Beli 1 Percuma 1" dari 1 November hingga 3 November 2019 untuk langkah menggalakkan gaya hidup lebih sihat.
Untuk maklumat lanjut :
Kubis & Kale
Lot 2 & 4, Ground Floor
Jalan PJS 11/5 Bandar Sunway
46150 Petaling Jaya
Selangor
Operation Hour : 10.30 am - 10.00 pm
Facebook : www.facebook.com/kubis&kale
Instagram : www.instagram.com/kubisandkale