Sebut sahaja Marrybrown mesti terfikir apa menu terbaharu kali ni. Yerrr ada menu terbaharu bakal mengejutkan warga Malaysia dengan letupan pedas dari Ayam Goreng. Marrybrown kini memperkenalkan menu yang bakal memikat citarasa iaitu MB Mala Fried Chicken yang bermula dari 28 Oktober 2020 hingga 13 Disember 2020. Bagi penggemar rasa pedas mesti akan sukakan menu ini gerenti puas!
Dengan motto, "something different", hidangan terbaharu Marrybrown merupakan gabungan meletup lada Sichuan yang diperap dengan cili kering khas buat pengalaman gastronomi yang luar biasa! Peminat Mala dapat menikmati kehangatan berbisa pada gigitan pertama ayam goreng MALA-tup yang menjanjikan rasa pedas yang memukau!
Menurut Dato’ Joshua Liew iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, inspirasi utama dalam menghasilkan menu terbaharu ini datangnya dari minat dan rasa cinta anak-anak Malaysia pada santapan penuh rempah sambil mengikuti trend ledakan Mala.
"Rakyat Malaysia seringkali dikaitkan dengan rasa cinta-benci pada rempah ratus namun sebenarnya ia tidak dapat dipisahkan - ketagihannya bagai dilamun cinta! Sama ada dalam nasi lemak, atau hidangan tumisan seharian. Sejak kebelakangan ini, Mala sudah menjadi hidangan yang digilai ramai, jadi kami menyediakan versi yang halal untuk santapan semua,” kata Dato’ Joshua.
Kini rakyat Malaysia boleh menikmati MB Mala Fried Chicken yang hangat dan pedas di Marrybrown bukan hanya dengan satu tetapi empat hidangan berbeza! Peminat ayam goreng pedas mempunyai dua pilihan kombo iaitu Ayam Goreng 2 ketul atau Ayam Goreng 3 ketul. Kedua-dua kombo ini dihidangkan bersama Mashed Potato dan Vegetable Salad.
Bagi yang inginkan kepedasan sederhana, ada juga pilihan yang sesuai untuk mereka menikmati iaitu Kombo Bubur Ayam MALA dimana sesuap bubur dapat menghilangkan rasa bisa kepedasan Ayam Goreng Mala. Walau hanya bubur ayam sahaja tapi kelazatan Mala tetap dapat dirasa pedas ayam tersebut.
Bagi mereka yang berani menyahut cabaran untuk pengalaman Mala sepenuhnya, pilihan keempat iaitu Mala Box Meal adalah pilihan terbaik dengan gabungan Ayam Goreng mala, Chicken Burger, Vegetable Salad dan gegelang bawang rangup yang digemari ramai. Set kombo ini juga dihidangkan bersama kentang goreng Mala yang unik.
“Selama bertahun perkhidmatan kami, Marrybrown telah menyajikan pelbagai hidangan yang memikat hati peminat. Tujuan utama yang tidak pernah berubah adalah untuk terus berusaha dalam menyediakan hidangan terbaik kepada para peminat MB serta sentiasa mencipta sesuatu yang berbeza dan melazatkan seperti MB Mala Fried Chicken yang terbaharu ini,” kata Dato 'Joshua.
Macam mama sendiri memang suka pedas so untuk Ayam Goreng Mala Pedas ni memang pedas biasa saja bagi mama. Bagi yang tak berapa makan pedas mungkin pedas berapi dan bikin menangis la air mata tu. hehehe. Mama suka pedas lada tu dia macam menyengat tak macam pedas cili padi. Kira Marrybrown memang sangat teliti dengan pemilihan menu terbaru yang kena tekak citarasa rakyat Malaysia.
AYAM GORENG MALA 2 PCS COMBO
(Termasuk Kentang Putar, Sayur Salad & Minuman Coca-Cola)
Bermula daripada RM15.90
AYAM GORENG MALA 3 PCS COMBO
(Termasuk Kentang Putar, Sayur Salad & Minuman Coca-Cola)
Bermula daripada RM18.80
BUBUR AYAM MALA-TUP COMBO
Bermula daripada RM14.60
MALA-TUP BOX MEAL
(1 Ayam Goreng Mala, 1 Burger Ayam, Sayur Salad, Gegelang Bawang, Kentang Goreng Mala & Minuman Coca-Cola)
Bermula daripada RM22.60
Apa tunggu lagi bagi yang sukakan pedas dan nak merasa Mala-Tup Ayam Goreng Mala dalam mulut korang tu boleh la terjah Restoran Marrybrown yang berhampiran. Bagi menu terbaharu ini bermula dari 28 Oktober hingga 13 Disember 2020 sahaja. Mama dah rasa memang berbaloi la kepedasan ayam Mala-Tup tu. Oh ya boleh juga buat pembelian melalui penghantaran di http://marrybrown.com/mb-delivery/
Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:
Website : www.marrybrown.com
Facebook : Marrybrown Malaysia
Instagram : Marrybrownmy
Twitter : MarrybrownMY
Youtube : MarrybrownTV
Delivery : http://marrybrown.com/mb-delivery/
Love,