Street Churros Outlet Baru Di SOGO Kuala Lumpur | Bagi pengemar Street Churros pasti
akan ternanti-nanti outlet baru yang bakal dibuka berhampiran korang kan. Mama pun tak
terkecuali sebab mama memang penggemar Churros ni. Street Churros merupakan cafe yang
menjual churros terkenal dari Korea dan sekarang di Malaysia telah mendapat di hati peminat
untuk makanan ini. Diperbuat daripada tepung berkualiti tinggi dan segar yang diimport dari
Korea bagi mendapatkan Churros yang sangat ranggup dan lembut didalamnya. Korang tahu
ada Street Churros Outlet Baru Di SOGO Kuala Lumpur..
Street Churros Outlet Baru Di SOGO Kuala Lumpur |
Pada Sabtu lepas, mama dapat undangan untuk perasmian outlet terbaru Street Churros di SOGO
Kuala Lumpur. Sempena perasmian outlet yang ke 7 Street Churros ini mama berkesempatan
untuk merasai dan mencuba menu terbaru churros. Untuk pengetahuan semua, Street Churros
adalah rangkaian cafe terbesar di dunia yang bermula di Korea Selatan dimana ia sangat terkenal
dengan makanan tepi jalan di sana. Manakala Churros ini dibuat dengan segar untuk
mendapatkan kualiti Churros yang terbaik apabila mengigitnya.
Bagi yang pertama kali datang ke cafe Street Churros ini cafe ini agak kecil dan terhad kerana
konsep Street Churros ini adalah take away. So korang boleh datang beli dan disediakan
beberapa meja dan kerusi untuk makan serta lepak sekejap. Antara menu churros yang paling
popular di sini adalah Cinnamon Churros. Selain itu, Original Chorrus, Filling Churros, Stick
Churros, Ice Cream Churros dan yang terbaru Churro Fries serta minuman yang sangat sedap di
sini.
Street Churros - Cinnamon, Chocolate & Cheese | RM5.90
Dipping Sauce - Chocolate, Cream Cheese, Blueberry & Butterscotch | RM1.90
Filling Churros - Chocolate, Cream Cheese & Korean Strawberry | RM7.90
Ini paling mama suka Filling Churros dengan siap inti di dalam so tak perlu lagi nak dip sauce
dia. Hehehe paling menjadi kegemaran mama chocolate dan cream cheese memang sedap kalau
makan time panas-panas. Rasa ranggup di luar dan lembut didalam memang korang rasa
kepuasan makan churros yang besar ni. Anak-anak kalau makan churros ni mama bagi makan
banyak pun tak apa sebab churros ni bukan junk food ok. So memang healthy food dan sangat
fresh.
Stick Churros (Choose up 2 flavours) - Chocolate, Cinnamon, Cheese | RM9.90
Ice-Cream Churros - Swiss Cheese (Plain) | RM7.90
Topping (+RM1) - Chocolate Cheese, Blueberry Cheese, Butterscotch Cheese | RM8.90
Ice Cream Churros ni korang kena wajib cuba tau sebab sedap rasa cheese dia lalu tekak memang
menarik sangat. Boleh juga korang makan Churros dengan ice cream pun sedap jugak tau. Yang
penting tak rasa muak makan ice cream ni. Cair jer kat dalam mulut gitu. Bagi yang suka topping
boleh pilih samada chocolate, blueberry atau butterscotch lagi sedap!!. Harga pun tak mahal la
memang berbaloi sangat makan.
Churro Fries - Sour Cream, Tomato & Seaweed | RM7.90
Antara menu terbaru di Street Churros adalah Churro Fries. Kira macam ala-ala kentang gitu tapi
ini adalah daripada churros. Anak-anak pun boleh makan dan boleh pilih perasa yang mana
korang suka. Mama suka sour cream dan juga seaweed. Mula-mula macam pelik Churro Fries
Seaweed tapi dah rasa ok not bad dimakan ketika panas. Yang bestnya Churros ni kalau dah
sejuk pun still lembut takder liat hahh tu yang bestkan.
Di Street Churros kalau korang tak order air memang tak sah kan. Mama nak suggest kalau
korang nak minum boleh cuba air seperti Fruit Ade - Lemon, Passionfruit, Korean Citron.
Ketiga-tiga ni mama suka sebab rasa masam-masam buah. Bagi yang suka Coffee boleh cuba
Caramel Macchiato, Spanish Latte. Bagi pengemar non coffee boleh pilih Chocolate, Green Tea
dan Milk Tea. Manakala untuk air terbaru seperti Shake O'My Mango dan juga O'My Coconut.
Fruit Ade - Lemon, Passionfruit, Korean Citron | RM7.90
(Coffee) Caramel Macchiato, Spanish Latte | Hot RM8.90 / Iced RM9.90
(Non Coffee) Chocolate, Green Tea, Milk Tea | Hot RM7.90 / Iced RM8.90
Shake - O'My Mango, O'My Coconut | RM9.90
Menu yang mama order pada hari tu.. Ohnomnomnom.. sedap sangat. Air tu berebut uolls dengan anak-anak. Sebelum balik siap mama take away lagi.. Punya lah suka makan!!
Saranghae Street Churros
Street Churros Outlets :
One Utama Mall
Lot LG319A Lower Ground Floor, 1 Utama Shopping Centre 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama City Centre, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya Selangor
Tel : 03-7681 0710
IOI City Mall
LG-66a Lower Ground Floor IOI City Mall, 62500 IOI Resort City, Putrajaya
Tel : 03-8959 2110
Sky Avenue
Lot No T2-12, level T2, Sky Avenue, Genting Highlands Resort, 69000 Genting Highland, Pahang
Tel : 03-6101 3110
Berjaya Times Square
Lot LG-36, Lower Ground Floor, Berjaya Times Square, No 1 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2110 6210
MyTOWN
Lot No B1.046, Basement 1 Floor, MyTOWN Shopping Centre 6, Jalan Cochrane, Seksyen 90, Taman Maluri, Cheras, 55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-9201 1099
Empire Shopping Gallery
LK02A, Lower Ground floor, Empire Shopping Gallery, Jalan SS16/1, SS16 47500 Subang Jaya, Selangor
Tel : 03-5612 1055
STREET CHURROS SOGO KL
LG-L4, Kompleks Sogo
190 Jalan Tunku Abdul Rahman
50100 City Centre
Kuala Lumpur
03-2202 8898
Website : www.streetchurros.com.my
Facebook : www.facebook.com/StreetChurrosMY
Instagram : www.instagram.com/streetchurrosmy