Annyeong Haseyo! Sebut sahaja ayat tu mesti ramai minat K-Drama yang selalu menonton drama kisah cinta, aksi, cerita seram dan semua yang K-Popular. Termasuklah mama pun suka sangat dengan drama Korea ni malah bukan itu sahaja makanan Korea pun telah menambat hati mama dan juga hati semua rakyat Malaysia. Kemarin mama terima satu kejutan kotak besar dari Domino's Pizza. Mama ingatkan kotak biasa-biasa jer tapi sekali dapat oh mak besarnya kotak. Memang tak sabar nak unboxing dengan anak-anak.
Untuk pengetahuan semua, surprise box yang mama dapat ini adalah kejutan sempena Pizza Ssamjeang telah kembali ke Domino's Pizza. Oh yeahh mama sangat teruja sebab hampir sebulan mama tak makan pizza Domino's ni. Anak-anak lagilah tak sabar nak makan pizza Domino's. Rakyat Malaysia pasti gembira dengan berita ini khas peminat makanan Korea dan penggemar makanan pedas mesti tak sabar untuk menjamu selera dengan Pizza Ssamjeang yang popular.
Domino's sekali lagi membawa kembali produk yang menjadi kegilaan ramai untuk memuaskan selera rakyat Malaysia yang gilakan makanan pedas. Rasai kelazatan dan kepedasan "So Spicy, So Drama" dan nikmati Ssamjeang Pizza yang didapati dengan tiga menu yang berbeza iaitu Ssamjeang Beef Pizza, Ssamjeang Chicken Pizza dan Ssamjeang Tuna Pizza.
Rahsia kelazatan Domino's ini ialah sos pedas Korea yang dicipta khas oleh Domino's sebagai asas piza bagi Ssamjeang Pizza. Dengan gabungan kepedasan dan kemanisan dari sos Ssamjeang yang unik ini pasti membuat semua orang mengidamkan rasanya selepas cubaan pertama.
Bagi melengkapkan kemuculan semula Ssamjeang, Domino's juga membawa kembali Ayam Haseyo Chicken Wings, sajian sampingan kepak ayam yang dibakar dengan sempurna dan juga salutan sosSsamjeang yang lazat serta ditaburi bijan dan juga parsli kering yang digemari ramai. Ayam Haseyo ini merupakan sajian ayam paling laris pada tahun 2018. Untuk set Ayam Haseyo ini hanya RM13.90 sahaja.
Sempena dengan tawaran hebat sepanjang kempen "So Spicy, So Drama" dengan promosi seperti Ssamjeang Buddy Combo yang menawarkan 1 Ssamyeang Pizza Regular, 1 Cheezy Cheddar Stix / Mozarella Stix, 1 Ayam Haseyo dan 2 tin minuman ringan pada harga RM39.90, yang memberikan penjimatan RM25.60. Selain itu, pelanggan juga boleh membeli Ssamjeang Super Combo yang menawarkan 1 Ssamjeang Pizza Regular, 1 Piza Regular, 1 Chezzy Cheddar Stix / Mozarella Stix, 1 Ayam Haseyo dan 1 botol minuman ringan pada hanya RM54.90 dengan penjimatan sebanyak RM37.60.
Untuk nilai lebih hebat, pelanggan boleh juga memesan 2 Pizza Deals dan dapatkan piza Ssamjeang dengan tambahan keju, yang boleh didapati pada harga daripada RM35.90 untuk dua piza regular, RM56.90 untuk dua piza Large dan RM77.90 untuk dua piza Xtra Large. Selain itu, Ssamjeang Pizza saiz personal dengan tawaran Super Tueasday pada setiap hari Selasa pada harga RM3.90 untuk pesanan bawa pulang dalam talian dan RM4.90 untuk pesanan dari kaunter. Ssamjeang Pizza adalah juga sebahagian daripada promosi Domino's Ohsem Hari-Hari pada harga hanya RM5.00 untuk setiap piza personal.
Ssamjeang Pizza boleh didapati di semua cawangan Domino's Pizza dan boleh datang ke cawangan Domino's atau boleh buat pesanan dalam talian di www.dominos.com.my atau hubungi 1300-888-333. Jangan lepaskan peluang untuk berkongsi gambar atau video detik-detik indah korang semasa menikmati Domino's Ssamjeang Pizza di media sosial dan tag @dominosMY serta hashtag #DominosMY #DominosSsamjeang #SoSpicySoDrama & #ItsAllAboutYou
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Ssamjeang Pizza dan promosi lain oleh Domino's Pizza, sila ke laman www.dominos.com.my
Love,