Product Review

PLAYBOY | King & Queen Of The Game

9:55 AM

PLAYBOY Fragrances For Men & Women | Penggodaan hanya dalam haruman. Playboy Fragrances Malaysia telah mengeluarkan satu rangkaian seksinya yang terbaru iaitu King & Queen of the Game dengan haruman yang menggoda dan seksi.

Eau de toillette dan deodoran semburan merupakan rangkaian khas kepada pemuda yang bakal melonjak menjadi lelaki dewasa serta khas kepada gadis yang tidak gentar untuk memulakan langkah pertama untuk mencapai apa yang diidamkan.

Playboy King & Queen of the Game ini adalah yang terbaik untuk lelaki dan gadis kerana harumannya yang menghairahkan agar mereka lebih yakin dalam arena sosial.


Rangkaian King of the Game dikhususkan untuk lelaki kerana haruman koktel sangat sesuai khas mereka tampil kelakian dan keberanian untuk mengharungi cabaran. Haruman yang digabungkan dari lemon, buah pelaga dan lada hitam serta sedikit kopi hitam, Granny Smith Apple dan Jagerbomb membuatkan mereka sangat berani dan diimbangi oleh sedikit sentuhan lembut vanilla, cedar dan minyak nilam.

Gabungan daya penarik ini dilengkapkan dengan pencapaian cemerlang teknologi deodoran semburan King & Queen of the Game. Invovasi SkinTouch ini sangat menonjol kerana wangiag ini direka untuk mengekalkan kesegaran dan haruman selama 24 jam sehari. Apabila deodoran ini disembur dan mengeluarkan manik-manik haruman dilepaskan ke atas kulit serta mengaktifkan sepanjang hari. Produk ini membuatkan seseorang berbau wangi sepanjang hari. Oleh itu dedorang semburan Playboy SkinTouch memberikan kawalan bauan dan kesegaran selama 24 jam.


Playboy Fragrances mencipta bentuk bungkusan yang berani termasuklah tudung semburan yang ditempah khas untuk deodoran lelaki dengan grafik yang menarik dan tinggi serta berbentuk anggun. Tudung semburan yang berkilat, berbutang penekan berwarna perak yang menghias di bentuk kepala arnab direka untuk memberi kekuatan di hujung jari anda.

Dengan adanya butang Play-Pause on-off pada botol deodoran ini mereka boleh menyimpan di dalam beg gym atau bag kerja dengan selamat.


Berbeza dengan rangkaian Queen of the Game yang terdiri dari sentuhan bungaan yang anggun. Haruman manis dan lincah dari gabungan jasmine sambac dan orange blossom yang diserlahkan oleh passionflower, coffee foam dan coffee absolute. Di sebalik haruman yang penuh berahi, keenakan sentuhan coklat, tonka bean, cedar dan patchouli mengundang daya penarik.


Untuk memadankan wangian yang menggoda dan menarik ini, Playboy Fragrances telah mengubahsuai semua reka bentuk produknya termasuklah King & Queen of the Game

Dapatkan Playboy King and Queen of the Game di kedai, farmasi dan pasaraya di seluruh negara. Untuk harga runcit King of the Game eau de toillete adalah RM39.90 manakala harga runcit Queen of the Game adalah RM42.90. Bagi kedua-dua deodoran berharga RM18.90 setiap satu. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook Playboy Fragrances Malaysia


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook