Michan The Cat

Michan The Cat | Mandulkan Kucing Betina

7:17 PM

Alhamdulillah hampir seminggu Michan mandul. Lega betul lepas tengok luka dia sembuh. Sebelum mandul kucing ni banyak juga mama baca pasal penjagaan kucing selepas mandul. Fuhh nampak macam susah. Rasa jaga budak pantang sunat lagi senang dari kucing kot. Hehehe


Sebelum mandul mama siap search youtube macam mana mandulkan kucing betina. Wehh scary betul tengok doc vet tu operate. Korang bayangkan kucing tu terlentang atas meja dan perut kucing kena toreh skit. Adui kesian pun ada. Huwaa tapi mama terpaksa sebab mama tak nak banyak kucing. Cukuplah Michan sorang jer ehh sekor jer.

Prosedur untuk mandulkan kucing betina ni korang kena tanya doc dekat klinik vet yer. Doc vet sini bagitahu kucing perlu dipuasakan sehari sebelum kena operate. Means dari 10 malam - 10 pagi. Kemudian pagi tu terus hantar Michan kat klinik vet dan tinggal kat sana. Petang dalam jam 5 petang baru datang ambik.


Ehh dah tinggal kucing kat klinik vet pun mama tak torah nak duduk kat rumah ni. Risau jadi apa2 kat dia. Hehehe. Sayang kucing ni macam sayang anak sendiri dah. Petang tu klinik vet call suruh datang ambik. Terus cepat2 pi ambik Michan.

Masa ambik tu doktor cakap ubat pelali masih ada dekat kucing so jangan risau kalo tengok kucing terbaring jer. Sedih weh rasa menitik air mata. Lembutnya hati mama. Sampai jer rumah terus keluarkan Michan dari carrier ke cage dia. Cage dia pun mama bersihkan dan letak kain untuk Michan baring.

Tempat operate Michan

Memula tu Michan macam agressive skit. Tibeh jadi garang!! Tapi mama tau dia garang sebab dia nak protect diri dia. Mama tak kacau cuma panggil nama dia siap dia kalih tengok lepas tu baring balik. Heyy sebak tau!! Paling sedih dia lapar nak makan tapi badan tak larat.

Korang bayangkan Michan sangkut dagu dia dekat bekas makanan. Huwaa mama nagis giler time ni. Kesian sangat. Doktor pesan Michan kena pantang pasir jer. Sebab takut kena infection dekat tempat jahit tu. Satu lagi kena check luka dan jangan bagi Michan jilat dekat situ.

Esoknya tengok Michan dah boleh bangun pusing cage dah. Tapi mama perasan dia duk kaih-kaih tempat takung dia cari pasir. Sah kompom dia nak berak/kencing tu. Adehh susah jugak kalau kucing nak yeyak tp tak boleh. huhuhu


Senang jer jaga Michan ni. Risau gak sebab ada terbaca dekat blog lain kata lepas bius habis, kucing akan memeow kesakitan. tapi Michan takder la pulak. Fuhh lega.. Lepas seminggu tu doc suruh bawak Michan pi klinik untuk bukak jahitan balik. Yang pasal benang jahit ni tak tau kenapa kena bukak. Heheheh. 

Sekarang tengok dia dah semakin aktif, kuat makan tido, main. Semua lah!! Lepas Michan mandul ni dia lagi bertambah manja weh. Hehehe. Cumanya mama kena bersabar la nak tunggu bulu dekat tempat operate Michan tu tumbuh balik. Hehehe.

Takper Michan nanti dah betul sembuh mama rewards bawak pi spa kucing ya. Kasi grooming kucing bagi wangi balik. Huntongla kucing sekarang siap pegi spa. Tuan kucing pun dah berzaman tak pi spa tau. Hahahaha

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook