SAFI SHAYLA Kini dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics untuk Rambut Sihat & Lebat
11:22 AMRambut adalah mahkota bagi setiap wanita. Bagi yang berhijab lagilah para wanita mengambil berat tentang perjagaan rambut supaya kesihatan rambut harus dijaga agar tampil degar dan berkeyakinan sepanjang hari. Safi Shayla salah satu jenama yang tidak asing lagi bagi para wanita telah memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu Hijab Scalp Biotics.
Safi Shayla memperkenalkan produk terbaru mereka dengan teknologi pertama Breakthrough Hijab Scalp Biotics dan ianya merupakan pakar rambut untuk wanita yang berhijab. Produk ini dapat mengekalkan keseimbangan dan kesihatan mikrobiom kulit kepala bagi mencapai rambut berhijab agar lebih sihat dan lebat.
Objektif utama Safi Shayla ialah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan wanita berhijab perlukan penjagaan khas bagi kulit kepala dan rambut mereka. Teknologi baharu Safi Shayla - Hijab Scalp Biotics kini tersedia untuk membantu para wanita berhijab agar lebih rasa selesa walau bertudung sepanjang hari.
Malah Safi Shayla ini diperkuatkan dengan 7 Habbatus Sauda Complex bagi mengekalkan nutrien yang secukupnya untuk kulit kepala dan rambut agar rambut kekal kelihatan segar, kuat dan bermaya. Hasilnya pelbagai masalah kulit kepala dan rambut seperti kelemumur, rambut gugur dan kulit kepala berbau serta gatal boleh hilang dengan menggunakan shampoo Safi Shayla ini.
Hasil penyelidikan Safi Research Institute (SRI) , kesihatan mikrobiom kulit kepala wanita berhijab didapati kurang seimbang berbanding dengan kulit kepala yang tidak berhijab . Komposisi bakteria jahat yang ada pada permukaan kulit kepala adalah berlebihan daripada bakteria yang baik . Akibat faktor cuaca yang panas dan lembap.
Bagi membantu mengatasi masalah rambut kepam ketika wanita berhijab, rangkaian Safi Shayla ini dapat mempertingkatkan serta memberi keharuman yang berpanjangan sehingga 72 jam. Antara rangkaian shampoo Safi Shayla ini adalah :-
- Syampu Anti Kelemumur Safi Shayla - berkesan mengatasi masalah kelemumur dengan menghilangkan 99.9% penyebab kelemumur , serta legakan kegatalan kulit kepala dengan sensasi dingin .
- Syampu Licin Terurus Safi Shayla - melembut dan melicinkan rambut yang kering dan susah diurus . Rambut licin , lembut & senang disikat , tidak lagi frizzy dan serabut .
- Syampu Itch Kontrol Safi Shayla - menghilangkan kegatalan kulit kepala segera dengan sensasi dingin agar rasa lega dan selesa .
- Syampu Kawalan Rambut Gugur Safi Shayla - menguatkan struktur rambut dari akar , kurangkan keguguran rambut dan membaiki rambut yang rapuh.
- Syampu Segar Bermaya Safi Shayla - rasa segar dengan sensasi dinginnya , syampu ini akan membersih secara mendalam dan mengurangkan minyak pada kulit kepala agar rambut ringan , segar dan bermaya .
Bagi yang mempunyai masalah rambut boleh mencuba produk shampoo Safi Shayla dengan teknologi Hijab Scalp Biotics bagi mengekalkan rambut sihat dan lebat walau seharian bertudung. Bagi mama sendiri masalah rambut gugur selepas bersalin dapat dirawat Syampu Kawalan Rambut Gugur Safi Shayla agar mengurangkan rambut gugur serta merawat rambut yang rapuh agar kelihatan ikal dan bermaya.
Manakala harga shampoo Safi Shayla ini amat berpatutan di pasaran dan boleh didapati di mana-mana stor yang berdekatan dengan anda seperti Mydin, Econsave, Lotus, 99 Speedmart, Giant, TF Value, Watson, Guardian dan sebagainya. Boleh juga dapatkan dari laman sesawang e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee.
0 Comments