Minggu lepas mama berkesempatan sambut hari lahir anak perempuan mama yang ke 10 tahun. So mama dengan anak-anak planning nak sambut hari jadi dia pergi makan-makan di sekitar Semenyih. Hari tu memang panas sangat bayangkan dalam kereta dengan aircond pun still rasa bahang. Sekarang pun musim tak menentu dengan panasnya, jerebu kemudian hujan.
Disebabkan nak sambut hari jadi punya pasal kami sanggup bertahan la dengan cuaca sekarang ni. Masa makan dan nyanyi selamat hari jadi tu dah perasan muka anak dara mama tu dia tak happy. Biasalah anak ramai ni tak sempat nak teliti sorang-sorang kan. Ada je masing-masing nak bersembang dengan mama.
Naluri mama kuat mengatakan dia mesti tak sihat ni. So mama check badan dia panas rupanya tapi dia tak nak bagitau yang dia tak sihat sebab nak sambut hari lahir dia.
Lepas je makan terus pergi Caring Pharmacy di Eco Mall Semenyih nak cari ByeBye-FEVER.
Menariknya ByeBye-Fever ni bukan untuk kanak-kanak jer tau malah untuk bayi dan juga orang dewasa pun ada. Mama terus beli sebab kebaikkan ByeBye-FEVER dia ada cooling sensation untuk bagi rasa sejuk dengan cepat.
Kalau korang nak tahu cooling sensation ni boleh bertahan sehingga 10 jam. So tak perlulah nak tukar dengan kerap. Satu lagi mama nak share mama suka simpan ByeBye-FEVER sheet ni dalam peti ais. Dia punya kesejukan tu lagi kaw sejuk tu.
Tengok la masuk je dalam kereta terus mama pakaikan ByeBye-FEVER ni kat kepala anak dara. Patut la muka mencuka rupanya panas. Orang kata beralih tahun tu yang berubah keadaan badan yer tak.
Lepas ni mama memang kena sediakan ByeBye-FEVER dalam bag atau letak jer dalam kereta senang nak guna bila-bila masa dan dimana jua. Jadi kita sebagai mak-mak wajib sediakan ByeBye-FEVER ini untuk kegunaan masa anak tak sihat.
Nak pakai ByeBye-FEVER ni mudah jer. Keluarkan ByeBye-FEVER dari packaging. Oh ya setiap peket ni terdapat 2 keping. So korang boleh simpan lagi satu kat dalam paket tersebut dengan lipat sahaja. Kemudian buang plastik pada permukaan gel dan lekat pada bahagian dahi anak. Sebelum tu lap bagi bersih dan elakkan terkena bahagian yang terluka.
Elakkan gel lekat dekat dengan sekitar mata, mulut dan hidung. Kalau masa korang pakai tu ada tanda-tanda kemerahan ke, iritasi atau gatal sila berhenti menggunakan sheet tersebut. Selepas guna ByeBye-FEVER ni korang terus buang tau jangan ulang-ulang pakai pulak yer.
Kalau korang nak dapatkan ByeBye-FEVER ni korang boleh dapatkan di Caring Pharmacy yang berdekatan. Macam mama beli ni mama ambil jenis ByeBye-FEVER Children dan juga terdapat untuk bayi serta untuk dewasa.
Happy ByeBYe-FEVER Day! 10.10
Happy ByeBYe-FEVER Day! 10.10
Untuk maklumat lanjut mengenai ByeBye-FEVER ini boleh layari di :-
Love,





