Blogger Review
Jom Shopping Raya Di Lulu Hypermarket Kuala Lumpur & Berpeluang Memenangi Hadiah Yang Menarik!
10:00 AM
Ini kali ke 2 mama datang ke Lulu Hypermarket yang terletak di Kuala Lumpur. Nasib jauh kalau kata dekat mau kata setiap minggu mama datang ke Lulu Hypermarket ni tau. Dengar kata Lulu Hypermarket akan bakal dibuka di sekitar Bangi Selangor. Woww best giler kalau akan di buka kat tempat mama ni. Heheheh korang tahu tak sebab apa mama kata best shopping kat Lulu Hypermarket ni sebabnya harga murah dan susun atur barang-barang dia memang tip top ok. Orang kata nak shopping pun senang!!
Baru-baru ni mama berkesempatan untuk pergi shopping di Lulu Hypermarket. Kiranya ni mama shopping sebelum puasa lah yer. Dapat la mama beli barang untuk persiapan bulan puasa esoknya. Hahh untuk pengetahuan semua, memandangkan ramai yang tanya dekat mana la Lulu Hypermarket ni kan. Lulu Hypermarket ni terletak di Jalan Munshi Abdullah Kuala Lumpur. Alaaa tepi Jakel Mall tu hahh.. Ok korang dah nampak kan so senang la lepas korang shopping kat sana boleh jer singgah Lulu Hypermarket pulak.
Sempena bulan Ramadan, Lulu Hypermarket mengadakan promosi Ramadan sehingga 31 May 2018. Korang kena wajib datang sini sebabnya harga-harga barang seperti barang basah, sayur, grocery, barang kelengkapan rumah, toys kanak-kanak dan luggage yang sangat berbaloi untuk penjimatan yang berganda. Tambah bulan Ramadan ni korang boleh dapatkan kurma terbaik yang diimport dari seluruh dunia. Dan jangan lupa dapatkan Kudhri, Mejdoul atau kurma lain dengan harga yang menarik.
Kurma diimport dari luar negara.
Ini air pun dari Arab jugak.
Kuih raya pun dah ada weh.
Yang bestnya di Lulu Hypermarket ni korang akan nampak dessert yang sedap dari Arab. Hahh mana nak jumpa kat pasaraya lain ok. Di Lulu Hypermarket jer ada hahh harga pun murah jer. Sesiapa yang teringin nak merasa boleh datang ke sini dan beli ok. Mama dah rasa dessert Arab ni memang sedap dan fresh jer. Ok tengok gambar bawah pulak tengok la bahagian ni semua mak-mak tak boleh tahan godaan sebabnya macam-macam ada dari kekacang, rempah ratus, kismis, kurma dan macam-macam ada. Paling best kan korang boleh beli berapa banyak yang korang nak.
Bahagian ikan, ayam dan daging pun semuanya segar-segar ok. Mama yang datang kejap hari tu pun boleh termenung nak beli apa. Hahahaha sebab ayam, daging dan ikan semua segar-segar. Nak pilih pun sampai rambang mata jugak la. So mama pilih untuk mama makan jer lah. Kang ambik banyak-banyak membazir pulak yer tak.
Air buah fresh ni korang kena WAJIBBBB beli dan minum sebab sedap yakmat!!
Hahh mana yang kempunan nak makan pizza beli jer hahh kat sini & then balik bakar kat rumah. nasib mama tak beli sebab tangan mama dah penuh barang shopping yang lain. Takper next time boleh beli lagi. heheheh
Lagi sebulan nak Raya kan korang dah prepare ker beli baju raya anak-anak? Mama hanya tinggal jeans dan baju melayu bebudak jer lepas tu settle. Hehehe. Bagi yang tengah mencari baju raya dekat Lulu Hypermarket ni bukan menjual barang-barang dapur jer tau. Ni hahhh baju lelaki, wanita, kanak-kanak dan bayi pun ada jer. Semuanya under one roof uolls. Giler best!!..
Untuk jenama baju yang terdapat di sini adalah dari jenama antarabangsa seperti Kent & Crew, Valino, Loius Philippe, Sero, Peter England, John Louis, Tag Basic, Marco Donatelli, Cortigiani, SIN, River Blue, De Backers, Eten, Allen Solly, Oxemberg, Twills, Sunnex. Hahh tudiaa mama senarai semua jenama-jenama yang terdapat di Lulu Hypermarket ni. Sempena sale Raya dari 15 Mei 2018 - 1 Julai 2018, korang akan dapat diskaun sehingga 70% tau.
Baju kemeja lelaki. Boleh beli kat en papa nanti ni.. Kain pun best.
Ni hahh blazer, vest & pant pun ada jual. Ehh harga pun takder la mahal mana.. Kira kalau ada terdesak nak beli datang jer hahh beli kat sini. Warna blazer biru macam ni lawa jugak kan. Stylo jer.
Kan hensem jer model yang pakai blazer ni. Sekali pandang dah macam YB Saddiq pulak. ehh..
Bagi jenama baju-baju wanita pula seperti Eten Women, Arezzo, Cortigiani, Louis Phillipe, John Louis, Shiromy, Maggie Koo, Esse One, Adik, Hurriya, Zariya, Wayfarer, Tag Basic, De Backers, Twin Birds, Marco Donateli, Modernform dan Moss.
Baju tradisional pun ada ni. Jenama Puan.
Ni pulak jenama Zariya.
Untuk jenama kanak-kanak pula Pureen, Anakku, Disney Anakku, Fiffy, John Louis Baby, Boboiboy, O'Dear, Pirelli, SpongeBob Square Pant, Batsup, Lawang Biz, Ruff, Tag Basic, John Louis, Arezzo, Cortigiani, De Backers, Marco Donateli, Anakku Stroller, Disney, Nuk dan Baby Love.
Ini bukan mama jer rambang mata!! Mak-mak yang lain confirm rambang mata jugak ni.
Dress kanak-kanak perempuan pun cantik-cantik. Allahu terabak purse kalau macam ni.
Untuk budak lelaki pun ada. Tu mama dah nampak jeans budak laki. Yea boleh beli kat sini jer. Lepas tolak diskaun lagilah murah.
Kasut lelaki jenama Cortica
Kasut Wanita jenama Cortica
Bahagian paling mama suka di Lulu Hypermarket ni adalah Lulu Celebrate. Kalau dari luar tengok kat dalam ada banyak jenis sari yang jual di sini. Sebenarnya kain Sari ni bukan sahaja untuk merayakan Deepavali sahaja tau. Kita yang nak menyambut Raya pun boleh beli kain Sari dan tempah di sini. Hahh dah la lawa-lawa kain Sari ni harga pulak lepas diskaun pun murah weh. Lepas ni kalau nak beli kain Sari datang jer sini senang sangat!!.
Kan dah cakap boleh buat baju kurung lagi.
Baju kurung dari kain Sari. Cantik kan.
Di bahagian paling atas pula ada promosi Bazar Raya yang menawarkan diskaun sehingga 50% untuk barang elektronik, elektrikal, peralatan rumah, kelengkapan rumah dan bagasi. Pelbagai jenama besar yang jual di sini seperti Philips, Panasonic, Sony, Samsung, LG, Sharp, Tefal, JBL dan banyak lagi. Untuk promosi ini terletak di ruang promosi, Ground Floor dan juga di Level 2. Inilah masanya untuk tukar barang baru sempena Raya yang bakal tiba nanti. Jangan lepaskan peluang yer.
Jenama terkenal Philips pun ada promosi. Tengok blender tu RM95 jer. ok murah sangat ni. Nak kena beli baru lah blender dekat rumah dah rosak. Heheheh..
TV besar pawagam mama panggil. Besar gilerr..
Jenama ni adalah best offer yang sangat laku keras di Lulu Hypermarket
Luggage bag pun ada.. Siap pelbagai size lagi.
Di bahagian Home Style pula korang boleh la beli barang kelengkapan rumah seperti Carpet, Langsir, hiasan rumah, kelengkapan dapur seperti periuk, bekas kuih raya, jug, cawan dan lain-lain lagi. Mama yakin bahagian ni mak-mak confirm rambang mata hehehe.
Woww carpet warna warni
Ini pun best jugak. hahaha..
Sempena sambutan ulang tahun ke 2 Lulu Hypermarket di Malaysia, pihak Lulu Hypermarket mengadakan peraduan Shop & Win sehingga 31 August 2018. Hadiah-hadiah ditawarkan seperti 2 buah kereta Perodua MYVI dan hadiah menarik yang lain seperti motorsikal Yamaha Lagenda 115z, smarphone dan Lulu Voucher.
Untuk menyertai peraduan Shop & Win ini korang hanya perlu berbelanja RM50.00 dan ke atas dalam satu resit di Lulu Hypermarket & Department Store dari tempoh peraduan, kemudian boleh dapatkan kopun cabutan bertuah. Korang hanya perlu isi detail peribadi, masukkan ke dalam kotak cabutan bertuah dan korang berpeluang untuk memenangi hadiah yang menarik ini. Untuk cabutan bertuah ini akan diadakan 2 sesi pada 14 Julai 2018 dan 8 September 2018.
Apa tunggu lagi jom lah shopping raya di Lulu Hypermarket Kuala Lumpur dengan tawaran diskaun yang menarik dan jangan lupa menyertai peraduan Shop & Win juga yer manalah tahu rezeki korang dapat sebuah kereta Perodua MYVI.
Untuk maklumat lanjut boleh layari :
Website : www.luluhypermarket.com
Facebook : www.facebook.com/LuLuHypermarketKL