NARINAR T-Series | Minyak Terapi Bayi Yang Selamat & Semulajadi - Anak-anak yang sihat memang satu kebahagiaan buat mama dan papa. Tapi sekali mereka tak sihat mulalah hati seorang ibu akan gundah gulana sampaikan mama sendiri tak akan tidur malam fikirkan kesihatan anak. Yang paling kerap anak kena selesema dan batuk. Walau penyakit ini nampak biasa tapi kita sebagai ibu bapa kena ambil perkara ni serius sebab dari selesema dan batuk lah boleh mengakibatkan penyakit yang lebih serius seperti bronchitis dan pnemonia atau radang paru-paru. Korang tahu ada satu produk terbaik dari NARINAR T-Series | Minyak Terapi Bayi Yang Selamat & Semulajadi.
NARINAR T-Series | Minyak Terapi Bayi Yang Selamat & Semulajadi |
NARINAR adalah minyak Terapi Bayi Pertama di Malaysia dari bahan 100% semulajadi dari pati tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan yang diformulasi serta digabungkan dengan teknik terapi urutan atau sentuhan bagi melegakan penyakit seperti, selesema, batuk, kembung dan lain-lain lagi khusus untuk bayi. Narinar Group Sdn Bhd telah memperkenalkan 3 produk terbaik Narinar iaitu
- NARINAR FT FLUtheraphy
- NARINAR TT Tummy Therapy
- NARINAR ST Sleep Therapy
Antara kebaikkan produk Narinar T-Series ini adalah :-
100% Semulajadi dan Bebas Bahan Kimia
Narinar T-Series diformulasi dari pati tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan yang segar lagi asli dan tanpa bahan kimia seperti Lavender, Lemon, Pudina, Gam Arab, Orange, Chamomile, Lemongrass, Sandalwood , Aloe Vera dan Peppermint. Jadi, korang jangan risau sebab semuanya sangat semulajadi dan tanpa bahan kimia. Memang elok sangat untuk bayi yang baru lahir tau.
Wangian Aromaterapi
Bau wangi pada setiap produk dapat membantu proses pemulihan dengan natural kerana pati tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan segar serta semulajadi. Dengan wangian aromaterapi ini juga memberi ketenangan dan kesan positif apabila menghidu wangian daripada pati tumbuhan dan juga bungaan. Kira macam aromaterapi bergerak la kalau kita sapu kat badan kita. Bestkan!!
Selamat Untuk Digunakan
Minyak Terapi Narinar ini telah lulus ujian oleh Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) untuk memastikan tahap keselamatanya. Korang jangan risau Narinar ini telah mendapat kelulusan KKM dan ia terbukti selamat untuk digunakan oleh bayi, kanak-kanak dan juga orang dewasa. Kalau ada kelulusan KKM tu korang tak payah risau lagi ok.
Panduan Teknik Terapi
Bagi yang tidak mahir dengan teknik urutan terapi ini korang jangan risau kerana pihak skuad Narinar akan membantu korang sama ada datang ke rumah, secara video atau sokongan daripada whatsapp. Dengan teknik urutan yang betul minyak Narinar terapi ini dapat membantu penyerapan yang betul dengan sangat cepat dan berkesan untuk bayi korang tau.
Macam Qeisya ni semenjak dia lahir dia memang susah nak demam. Kalau selesema tu memang selalu sebab dia tak boleh tidur dalam keadaan yang sangat sejuk. Mulalah hidung dia tersumbat susah nak bernafas. Kesian sangat tengok dia bernafas melalui mulut. Sebelum ni memang mama ada sapu minyak panas tapi kulit Qeisya jenis sangat sensetif sampai naik biji-biji ruam kat dada dia. Lepas mama cuba guna minyak terapi dari Narinar FT mama nampak kesan cepat kering selesema dia. Alhamdulillah mama puas hati dengan minyak Narinar FT ni dapat melegakan dengan cepat.
NARINAR FT FLUtherapy untuk membantu mengurangkan simptom selesema dan batuk. FLUtherapy ini diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu gabungan minyak pati asli seperti lavender, lemon dan pudina serta gam arab yang mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan. Mama paling suka dengan Narinar FT ini sebab bau minyak sangat wangi dan sedikit berangin serta sangat sesuai untuk kulit Qiesya yang sensetif ni. Qeisya ni kalau sejuk sangat jer memang dia cepat selesema dan mulalah meleret sampai berhari-hari. Dengan FT ini sapu sedikit pada hidung, dada dan tapak kaki kemudian buat urutan Vitaflek untuk minyak FT ini meresap ke dalam kulit. Dalam tempoh beberapa hari jer selesema cepat jer kering dan tak jadi lendir hijau.
Cara penggunaanya :-
- Titiskan 2 - 4 titis Narinar FT di tapak kaki menggunakan teknik Vitaflex, dada dan belakang badan. Lakukan teknik urutan Vitaflex di tapak kaki dan fokuskan pada point sinus dan paru-paru.
- Ulang setiap 15 hingga 30 minit untuk 2 jam sekali. Selepas simptom berkurang, boleh jarakkan kekerapan. Narinar FT ini perlu disapu dengan kerap kerana ia mudah diserap oleh tubuh.
- Lakukan teknik tepukan Percussion/Cupping untuk melonggarkan mukus.
- Calit nipis di hidung jika tersumbat.
Narinar TT Tummy Therapy sangat sesuai untuk bayi yang mengalami simpton ketidakselesaan perut seperti kembung, cirit birit dan sakit perut. Diperbuat dari gabungan minyak Bidara, Aloe Vera, Lemongrass, Peppermint dan Lemon dapat memberikan ketenangan kepada perut bayi. Bagi bau Narinar TT ini sangat wangi dan sedikit berangin dapat menenangkan serta melegakan perut si manja dengan segera. Qeisya kalau dia susah nak membuang jer mama sapu jer Narinar TT ini dan urut secara pusingan arah jam bagi memudahkan usus lancar dari dalam. Lepas tu apa lagi banyak la najis dia hehehe.
Cara penggunaanya :-
- Sakit perut / kembung : Titiskan 2 - 4 titis Narinar TT di perut. Urut lembut.
- Sembelit : Titiskan 2 - 4 titis Narinar TT dan urut lembut perut membulat pusingan arah jam.
- Cirit-birit : Titiskan 2 - 4 titis Narinar TT dan urut lembut pertu membulat pusingan lawan arah jam
- Lakukan teknik pusingan sun & moon untuk kelegaan perut yang cepat.
Narinar ST Sleep Therapy pula dikhususkan untuk memberi ketenangan pada bayi dan anak-anak kecil. ST ini digabungkan dengan 100% pati semulajadi dari ekstrak lavender, epal hijau, oren, bunga chamomile dan bidara. ST sangat berkesan digunakan bersama teknik urutan di titik tertentu bagi menenangkan anak kecil yang tantrum dan mudah tidur lena sepanjang malam. Selain itu, boleh juga digunakan pada ibu bapa untuk melegakan tekanan stress kerana aromanya yang segar dan tenang sangat membantu hormon dalam badan seimbang. Ini antara minyak yang sentiasa ada dalam handbag mama sebab Narinar ST ini bukan sahaja untuk mudahkan Qeisya tidur tapi nak bagi dia tenang kalau tetiba dia mengamuk pun boleh. Calit-calit jer dah nampak dia ok tau.
Cara penggunaannya :-
- Titiskan 1-2 titis Narinar ST di tangan
- Sapukan di titik nadi pergelangan tangan dan juga belakang telinga
- Urut lembut di bahagian tengkuk
- Sapukan juga di bahagian tapak kaki
Faedah-faedah Urutan Bayi :-
- Melegakan pernafasan, peredaran darah dan penghadaman
- Menjadikan bayi tidur lebih nyenyak dan kurang merengek
- Melegakan tekanan, kesakitan dan keresahan
- Merangsang pengaliran oksigen dalam badan bayi
- Membantu meredakan kesakitan apabila kurang sihat
- Membantu proses pemulihan dengan memudahkan penghadaman
- Menghilangkan selsema dan batuk bayi
- Menggalakan perkembangan minda dan koordinasi anggota badan
- Menjadikan bayi lebih peka dengan sentuhan kasih sayang
- Membantu bayi yang mengalami masalah kulit kering
- Membantu merangsang perkembangan di dalam otak yang amat penting untuk aktiviti fizikal
Tapak kaki bayi terbahagi kepada beberapa zon yang memberi ketenangan & keselesaan kepada bayi
Tutorial Urutan Terapi
Setelah 2 minggu penggunaan secara berterusan Qeisya semakin aktif dan sihat setiap hari. Paling mama suka dengan Narinar ST mudah sangat nak kawal emosi dan tidurkan dia. Yang lagi best kalau Qeisya susah nak membuang sapu jer, mama sapu Narinar TT dan buat urutan pada perut, kemudian dia kentut-kentut jer buang angin. Dengan set Narinar T-Series mama tidak risau lagi anak tidak sihat. Jadi set Narinar t-Series ini wajib kena ada dengan mama dimana saja.
Sebotol Narinar mengandungi 10ml. Untuk harga sebotol Narinar RM59.00 sahaja. Manakala untuk harga combo 3 botol Narinar T-Series hanya RM159.00.
Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh hubungi :-
Website : www.narinar.com
Facebook : Narinar Malaysia - Terapi Bayi
Instagram : Narinar Malaysia