Setiap kali musim perayaan, mama memang tak sabar menantikan iklan menarik sempena perayaan di Malaysia. Tak lama lagi negara kita akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina 2017, mesti ada iklan yang menarik akan ditayangkan pada kali ini. Korang dah tengok iklan Chinese New Year 2017? Mama pun baru jer tengok di youtube. Ok yang mana belum tengok lagi meh tengok iklan perayaan Chinese New Year 2017 dari Tenaga Nasional Berhad. Jom kita tengok iklan ni kat bawah.
Tahun baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di seluruh dunia kerana ia menandakan kelahiran tahun baru mengikut kalendar lunar. Selain itu juga, Tahun Baru Cina merupakan masa untuk keluarga dan mengenepikan segala perbezaan dan merapatkan semula ikatan persaudaraan yang renggang.
Oleh itu, setiap ahli keluarga yang hadir untuk makan besar adalah jauh lebih penting daripada apa yang terhidang di atas meja. Dengan ini sikap masing-masing mungkin menjadi punca pertelagahan di musim perayaan, apatah lagi dalam keluarga yang ramai. Sepatutnya perbezaan harus diraikan malah bukannya diketepikan. Setiap tahun seperti hidangan Tahun Baru yang dihidangkan dengan beraneka jenis saiz, rasa dan rupa seperti ibarat begitulah juga ahli keluarga kita.
Kalau korang saksikan filem iklan "Table of Harmony" ini atau erti kata lain 'Makan Besar' merupakan hari yang sangat penting kepada orang Cina. Pada malam tersebut, ahli keluarga akan berkumpul dan makan malam bersama-sama. Ini merupakan simbolik eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni. Dalam filem iklan ini telah menunjukkan bahawa hidangan yang terhidang tidak kira la sedap atau tidak tapi jika dihadiri dengan ahli keluarga membuatkan suasana bertambah ceria dan harmoni.
Burnt Skin Chicken
Sempena Chinese New Year tahun ini, jom korang menyertai "Mystery Dishes" ini untuk mengetahui hidangan misteri anda sekarang. Pilihan "Mystery Dishes" mama adalah Burnt Skin Chicken. Ini menunjukkan bahawa mama seorang yang berhati cekal dan tiada siapa yang boleh menjatuhkan mama.
Semoga perayaan tahun Ayam pada Chinese New Year 2017 kali ini akan membawa seribu warna, kegembiraan, keceriaan dan keharmonian sekeluarga. Jadi marilah bersatu kita teguh dan bercerai kita roboh agar kebahagiaan tercipta apabila kita semua bersatu hati dan mesra antara satu sama lain. Happy Chinese New Year!!
Love,