Blogger Review
Manjakan Diri Dengan Rawatan Sulam Bedak Di The Beauty Expert Academy Spa Cheras
7:22 AM
Jadi wanita ni sangat complicated tau. Semuanya kena fikir dari segi nak jaga kesihatan, jaga rumahtangga, jaga anak dan sampaikan jaga diri pun boleh terlupa. Terfikir juga bila kali terakhir mama pergi spa. Manalah nak cari facial spa sekitar Kajang yang betul-betul teliti dan berkesan. Hmmm rasanya tahun lepas kot buat facial muka ni hahahah memang tak ingat dah. Tapi sekali diberi peluang pergi spa rasa macam "me time" pulak untuk diri sendiri walau dalam kepala teringat anak-anak dekat rumah. hahahaha. mak mak sangat kan!!
Pada Jumaat lepas mama berpeluang pergi buat spa di The Beauty Expert Academy Spa Cheras. Sebenarnya nak buat rawatan full massage. Memandangkan mama malas nak buka baju bagai so mama pilih buat rawatan spa "Sulam Bedak" yang tengah hot di Malaysia. Sebelum buat rawatan Sulam Bedak ni mama study dan google juga macam mana rawatan ni dan apa kebaikan untuk kulit muka.
Di The Beauty Expert Academy Spa Cheras ini merupakan spa muslimah Cheras dan juga Kajang yang menawarkan pelbagai servis seperti :-
- Face Treatment
- Body Treatment
- Body Shower
- Lady Boss Treatment
- Massage Treatment
- Postnatal Package
- Exclusive SPA Package
- Bridal SPA Package
- BB Glow Treatment
Sebelum mama datang mama dah buat appointment dengan pihak spa ni seminggu awal tau. Lepas jer mama masuk spa ni ya ampun mama rasa duduk dalam spa paling best di Cheras. Dengan bau yang wangi dan muzik yang sungguh mengasyikkan. Lepas tu minum tea wangi apa ntah. Fuhh syahdu sangat tau. Boleh hilang segala stress yang bertimbun atas kepala mama ni. Memandangkan kita semua wanita jadi tempat ni adalah spa muslimah terbaik di Alam Damai Cheras.
Sebelum mulakan rawatan spa mama sempat melihat kawasan spa ni. Decoration spa cukup nice tak crowded dengan barang memang sesuai sangat buat perkhidmatan servis spa terbaik di Alam Damai Cheras. Bagi yang berdekatan dengan spa korang boleh la datang buat rawatan spa, mama gerenti berbaloi sebab rawatan spa area Cheras. Nampak mama siap buat OOTD lagi tau sebab tempat ni cantik!!
Rawatan "Sulam Bedak" merupakan rawatan tanpa suntikan dan torehan yang berasal dari Korea. Rawatan ini diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lalu dan ianya amat terkenal di Indonesia. Kini fenomena Sulam Bedak ini mendapat perhatian di Malaysia. Jadi mama memilih Sulam Bedak BB Glowing Shine. Oh ya bagi yang risau tentang Sulam Bedak ni halal ker haram mama boleh explain pasal ni yer.
Rawatan Sulam Bedak ni halal kerana cara rawatannya tidak memasukkan dan hanya menggunakan serum bedak asas malah digunakan serum organik yang original ke lapisan luar atas wajah agar kelihatan bersinar dan lembut pada muka kita. Rawatan ini menggunakan micro needle untuk polish pada wajah agar dapat hasil yang lebih cepat dan berkesan supaya kulit menyerap khasiat serum tersebut. Jadi mama sarankan bagi yang ingin buat rawatan spa boleh jer datang sini untuk buat sulam bedak Cheras yang popular.
Pengalaman pertama bagi mama buat rawatan Sulam Bedak ni jadi mama akan cerita langkah demi langkah apa yang terapist spa ni lakukan dekat wajah mama. Sebelum tu tengok la tempat baring ni memang best jer dan lampu akan dipadamkan. So korang jangan risau bab ni sebab semasa rawatan korang wajib berkemban. Kemudian korang boleh la tidur ketika rawatan di lakukan. Tapi mama tak boleh tidur sebab mama penggeli so asyik tergelak-gelak jer dari mula spa ni. Hahahah.
Langkah pertama terapist spa akan mencuci segala mekap diwajah menggunakan cleansing milk. Kemudian wajah akan di scrub menggunakan scrub diamond. Time ni korang relax la. Hehehe cuma mama jer rasa tak boleh duduk sebab geli orang urut muka tapi hati nak buat spa facial macam ni. Aduii bertabah mama sebab nak cantik kekdahnyakan. Selepas itu muka akan diberi steamer ker apa benda ntah wap panas di wajah untuk memudahkan liang pori wajah jadi besar. Siap sedia step seterusnya terapist spa akan picit segala jerawat, blackhead dan whitehead yang ada dekat muka tu.
Selepas muka dah bersih segala mekap yang ada.
Kemudian terapist spa akan massage muka, bahu dan kepala. Time ni akan relax dan rasa lega skit. Hilang lenguh-lenguh di bahu mama. Selepas tu barulah buat rawatan sulam bedak dekat wajah. Memula takut juga katanya menggunakan micro needle dan tidak sakit. Yer betul memang tak sakit langsung ketika terapist spa ni polish muka mama. Terapist bagitahu kulit muka mama tebal dengan sel kulit mati, jadi dia hanya polish 1 layer sahaja sebab risau kulit mama akan mengelupas selepas rawatan. Selepas rawatan sulam bedak, wajah akan di sapu cream pearl mask yang sangat sejuk dan hot stone diletakkan pada bahagian leher. Feeling relax pada wajah dan warming pada leher.
Gambar rawatan sulam bedak dari Google. Maaf tak dapat tunjuk sebabnya masa rawatan lampu dipadamkan dan mama tengah berkemban. hahahha.
Kelebihan Rawatan Sulam Bedak :-
- Meneutralkan radikal bebas
- Memudarkan pigmentasi kulit, bintik hitam, bekas parut jerawat dsb
- Mengurangkan kandungan melanin dalam kulit sebelum atau selepas pancaran UV
- Mengembalikan warna kulit
- Mengurangkan masalah tona kulit tidak sekata
- Tidak menutup pori-pori kulit seperti memakai foundation atau BB Cream
- Rawatan ini tidak sakit, tiada kesan kemerahan, tiada downtime dan hasilnya boleh terus kelihatan glowing selepas rawatan
See the result. sebelum tu kulit muka mama tebal dengan sel kulit mati. selepas rawatan kulit muka bertambah shining jer. Ini baru sekali rawatan kalau banyak kali confirm muka cantik dan glowing lah. Terus rasa nak repeat setiap bulan buat rawatan sulam bedak ni.
Jom tengok video pendek ni.
Review mama | Rawatan Sulam Bedak ni seriously sesuai dengan wajah mama dan terbukti berkesan walau hanya sekali buat. Tidak menyakitkan tapi selepas rawatan kulit muka mama akan sedikit mengelupas. Cuma waktu malam kulit rasa sedikit gatal dan mama sejukkan dengan memakai mask sheet bagi mengurangkan gatal tersebut. Keesokkannya muka lebih lembut dan make up di wajah tambah smooth serta glowing. Puas hati dengan The Beauty Expert Spa Cheras dengan layanan terapist spa yang baik.
Bagi wanita yang mencari facial murah di Alam Damai Cheras bolehlah datang ke The Beauty Expert Academy Spa Cheras dan merasai rawatan yang sangat best di sini. Lepas ni mama nak repeat lagi la buat rawatan sulam bedak memang best betul. Fuhh duit turunlah dari langit. Heheheh. Betul la orang kata kita bukannya tak cantik tapi ada duit confirm cantik.
Untuk maklumat lanjut dan promosi boleh layari :-
THE BEAUTY EXPERT ACADEMY SPA CHERAS
No 14B, Jalan SuaDamai 1/2
Bandar Tun Hussein
43200 Cheras Selangor
Instagram : @thebeautyexpertcheras