Resepi Noxxa

Jagung Rebus Susu Noxxa

2:02 PM

Uhuii orang dah lama viral tapi mama baru nak cuba buat. hahaha giler teringin masa dalam pantang ritu. Balik dari Cameron baru-baru ni mama ada la beli jagung skit. Terus mama nak bikin buat jagung rebus susu. Macam biasa mama buat dalam Noxxa lah. Gigih la mama kerat jagung tu tau. hahahaha.. penat ya ampun nasib pisau tak kena jari mama kalooo tak berdarah la..  Nak tahu bahan-bahan dan cara-caranya meh sini..

Bahan-bahan :-

* Jagung - korang letak 5 pun boleh mama letak 3 jer
* 1 tin susu cair
* 3 sudu besar susu pekat
* 1 cawan air
* 4 sudu besar planta
* Secukup rasa gula & garam - mama letak garam jer

Cara-caranya :-

- Masukkan semua bahan-bahan di atas ni ke dalam periuk Noxxa. HP selama 3 minit. 

- Setelah siap release wap dan buka tudung noxxa. Dah siap apa lagi makan la.. Giler mudah!!

Macam ni la bentuk dia.. Alaa macam sweet corn orang jual tu. Tapi ni jenis ketul-ketul. Kalo korang tak nak pesyen ni korang ambik biji jagung yang orang jual tu rebus. Rasa macam bubur jagung tapi jangan selalu sangat kang kencing manis. hahahah. 

Qebal suka jagung rebus susu ni. Tapi tak boleh selalu sebab manih meleting. Heheheh. Mama suka jugak rasa lemak manis dari jagung & susu cair tu sangat sedap.. 
Selamat Mencuba


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook