Khas Buat Lelaki Yang Lasak Wajib Cuba Dashing Adventurer 2.0

Hampir 9 tahun mama kawin dengan en husband, satu jer kesukaan produk wangian dan deodorant kegemaran dia iaitu Dashing. Dari lah dulu sehingga sekarang asyik Dashing jer. Sampai mama tanya dah takder jenama lain ker nak pakai. Dia jawab Dashing ni dah la murah, wangi & sangat sesuai untuk lelaki lasak macam dia. Hehehe dah macam duta produk pulak dia jawab. 

Kenapa dia cakap diri dia lasak? Sebab en husband ni hari-hari kerja atas motor. Kalau atas motor kompom korang tahu macam mana panas dan peluh kan. Dengan adanya haruman dan deodorant dari Dashing en husband tak perlu risau lagi jika dia terkadang-kadang busuk untuk jumpa dengan client. 

Baru-baru ini, mama ada dapat satu set Dashing terbaru untuk en husband review. Alhamdulillah untung la en husband kan. Kalau sebut jenama Dashing ni dah sangat terkenal dengan kualiti serta wangian tahan lama. Oleh itu, Dashing membolehkan setiap lelaki moden meluahkan perasaan dan keyakinan mereka pada rangkaian harga yang berpatutan.

Set Dashing Adventure Edge 2.0

Untuk pengetahuan korang, Dashing telah mengumumkan pelacaran semula koleksi ADVENTURER yang merangkumi Deodoran, EDT dan wangian Roll-On. Wangian baru yang dirumus khas mampu bertahan lebih lama dan memberikan kesegaran sepanjang hari, terutamanya mereka yang aktif. 2 variasi produk ini dinamakan sebagai BOLD 2.0 dan EDGE 2.0. 

BOLD 2.0
  • Haruman beraroma akuatik yang segar dan menarik. Wangian ini menjadikan lelaki lebih maskulin, gerah dan mengasyikkan. Bold 2.0 sangat sesuai bagi para jejaka yang ingin kembara dalam kehidupan mereka. Keyakinan dalam diri meraka dan Dashing kini hadir untuk membebaskan semangat yang terpendam itu.
EDGE 2.0
  • Lapisan citron, kupasan lemon dan daun lemon yang penuh kesegaran bergabung dengan haruman ringan yang terbit dari geranium yang sangat menyamankan dan memberikan kesegaran kepada si lelaki. Edge 2.0 adalah lambang lelaki sejati di peringkat belia yang mengidamkan lebih pengembaraan dalam kehidupan dan kesegaran pada setiap masa.
Set yang en husband dapat dan cuba adalah Dashing Adventurer Edge 2.0 seperti deodoran roll-on, deodoran spray no gas dan wangian EDT. En husband memang suka sangat dengan haruman Dashing ni dan memberikan en husband rasa segar sepanjang hari.


Deodoran roll-on Edge 2.0 - wangian baru yang pasti kesemua lelaki sangat sukakannya. Dengan perlindungan 7 dalam 1 iaitu wangian kekal, cegah bau, tiada kesan putih, kesegaran unggul, anti-bakteria, cepat kering dan anti peluh. Yang bestnya deodoran ni mampu bertahan selama 60 jam perlindungan bau badan.


Deodoran Body Spray 2.0 - Deodoran semburan badan yang mempunyai teknologi baru ini adalah TANPA GAS. Semburan deodoran ini dapat bertahan selama 2 bulan kerana semburan TANPA GAS ini mengandungi pati deodoran tulen yang mampat dan boleh memberi sehingga 750 semburan setiap botol. Dengan adanya teknologi pengeringan segera akan memberikan rasa kering pada kawasan bawah lengan dan boleh mengelakkan pertumbuhan bakteria serta di samping memberikan kesegaran sepanjang hari.


Eau De Toiletter Edge 2.0 -  Wangian baru ini juga memberikan setiap lelaki akan sentiasa kesegaran dengan haruman lapisan citron, kupasan lemon daun lemon yang segar serta haruman ringan dari geranium dan tumbuhan hijau, nuansa kayu cedar menambahkan sifat "woody". Dengan haruman ini mereka akan bertenaga ke paras tertinggi sekaligus membolehkan mereka memulakan hari baru mereka dengan wangian Edge 2.0.

Rangkaian DASHING ADVENTURER yang terdapat di pasaran :-

Deodoran Roll-On 40 ml 
3 variasi iaitu BOLD 2.0, EDGE 2.0 & PURE ENERGY
RM 6.50 termasuk 6% GST

Semburan Deodoran "NO GAS" 150 ml
3 variasi iaitu BOLD 2.0, EDGE 2.0 & PURE ENERGY
RM 18.90 termasuk 6% GST

EDT 50 ml 
2 variasi EDGE 2.0 & EXTREME
RM 18.90 termasuk 6% GST

EDT 100 ml 
3 variasi BOLD 2.0, EDGE 2.0 & PURE ENERGY
RM 34.50 termasuk 6% GST

Menarik bukan? Apa tunggu lagi jejaka di luar sana cepat-cepat dapatkan set rangkaian Dashing terbaru di pasaran dengan harga yang sangat berbaloi. Dengan set Dashing Adventurer ini membuatkan jejaka di luar sana menjadi lebih menarik, maskulin dan semangat baru dalam keyakinan diri anda. 


Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

Website Dashing : www.dashing.com.my
Facebook Dashing : www.facebook.com/Dashing.MY
Instagram Dashing : www.instagram.com/dashing_my


Love,

Amez Care | Tuala Wanita Herba Yang Sangat Selesa

Sekarang ni kalau sebut je jenama tuala wanita memang banyak pelbagai jenama di pasaran. Mungkin tidak dinafikan dengan pelbagai jenama ini sama ada yang baik atau ada yang kurang baik. Setiap wanita perlu membuat pilihan yang bijak untuk memilih jenama tuala wanita yang terbaik, bersih, keselesaan dan kesihatan dibahagian Miss V. 

Amez Care Bio Herbal adalah satu syarikat baru yang mewujudkan tuala wanita herba yang bukan sahaja meningkatkan tahap keselesaan wanita malah mengoptimumkan kesihatan wanita semasa haid. Produk-produk yang dicipta oleh Amez bukan sahaja selamat bahkan Amez Care merupakan produk feminin pertama yang berada dipasaran dan ia boleh setanding dengan tuala wanita jenama lain di pasaran Malaysia.


Amez Care telah mengeluarkan tiga jenis tuala wanita iaitu Amez Care Pantyliner, Amez Care Day dan Amez Care Night. Kesemua tuala wanita yang dihasilkan oleh Amez tidak mengandungi bahan kimia yang memudaratkan. Oleh itu, proses pembuatan tuala wanita Amez menghalang sisa racun daripada terkena pada produk tuala wanita tersebut. 

Ramuan herba yang terdapat dalam Amez Care adalah :-
  • Aloe Vera
  • Peppermint
  • Tea Plant
  • Chamomile 
  • Lavender
Kenapa korang kena memilih Amez Care ini adalah :-
  1. Tuala wanita Amez direka khas dengan cuff kaki 3D yang sangat unik dan selesa
  2. Permukaan atas tuala wanita sangat lembut dan berlubang yang membolehkan untuk penyerapan optimum
  3. Mempunyai lapisan perlindungan di bahagian permukaan tuala wanita yang direka khas untuk melindungi habuk 
  4. Kertas gam yang melekat pada bawah permukaan tuala wanita sangat kuat, kalis air dan memberikan keselesaan yang tinggi pada si pemakai
Amez Care Pantyliner - 30 pcs | RM 11.90

Amez Care Pantyliner boleh digunakan pada setiap hari dan membolehkan agar anda kekal segar dan bersih daripada keputihan malah boleh digunakan pada penghujung datang bulan. Liner hijau yang terdapat di tengah permukaan pantyliner tersebut adalah herba daripada ramuan seperti Aloevera, peppermint, tea plant, chamomile dan lavender. Yang mana pakai pantyliner akan rasa macam berangin jer pada permukaan Miss V anda. Pantyliner yang paling terbaik dan tiada lagi bau kurang enak sepanjang hari.

Amez Care Day - 12 pcs | RM 12.90

Manakala bagi Amez Care Days pula direka khas untuk penyerapan yang cepat dan selesa pada siang hari. Salah satu ciri utama adalah jalur hijau di permukaan tuala wanita ini merupakan Nano Silver Ion dan Ion Sinar Infra Merah atau lebih dikenali far-infared rays. Nano Silver Ion ini dibina untuk membantu wanita dalam melegakan ketidakselesaan ketika haid. Bagi Far Infrared Ray Ion sangat pakar dalam mengoptimumkan peredaran darah. Kalau korang perasan tuala wanita ni sangat nipis tapi percayalah ia boleh menampung aliran darah anda pada siang hari.

Amez Care Night - 10 pcs | RM 12.90

Bagi Amez Care Night telah direka khas untuk para wanita yang ingin keselesaan pada waktu malam agar dapat rehat dengan selesa dan tidur lebih baik. Selain dari gejala kekejangan dan kembung perut ketika haid, dengan Amez Care Night mampu mengelakkan dari kebocoran pada sebelah malam. Lapisan sayap dan saluran anti kebocoran untuk menghalang kebocoran di sisi, depan dan belakang agar para wanita boleh bergerak dengan selesa apabila ketika tidur kelak. 

Ok dah detail kan penerangan mama pasal Amez Care kan. Yang mana mahu mencuba boleh dapatkan tuala wanita jenama Amez Care di kesemua pasaran seluruh Malaysia seperti Aeon, Giant, dan juga rangkaian farmasi berhampiran anda. Oleh itu, setiap wanita wajib menjaga miss v daripada jangkitan kuman serta perlu menukar tuala wanita pada waktu tertentu agar anda rasa selesa dan segar sepanjang hari. 


Untuk sebarang pembelian atau mengetahui produk Amez Care dengan lebih lanjut boleh layari :-

Facebook Amez Care : www.facebook.com/AmezCare
Instagram Amez Care : www.instagram.com/amezcare
Website Amez Care  : www.amezcare.com


Love,
 
♥ Copyright © 2010 - 2016 reserved to MamaJue Story's's|Template Edited by sHaRiNa eLyaNa