Resepi Noxxa

Apam Balik Noxxa

9:30 AM

Petang kemarin dalam keta fikir nak makan apa.. tapi macam malas nak masak nasi.. nak makan luar pun tak nak.. godek2 fon tengok ada resepi apam balik noxxa.. hmmm dah baper lama peram dalam fon tak tahu la.. hahahah kalo ikan kita peram leh buat pekasam kan.. ni dalam fon leh berat memory fon jer.. ahakkk.. tak lawak pun.. mama pun gigih buat tau.. padahal mama tak gemar sangat apam balik sebab ada kacang.. biasalah aku tak leh makan kacang.. asal makan mesti naik jerawat.. so kalo buat sendiri tak payah letak bukan.. Qebal tengok mama masak dia tegur mama masak apam balik macam kat pasar malam ehh.. yer lahh tengok mama lah.. huhuhu dia makan siap cakap sedap la mama.. macam kat pasar malam.. 1 keping dia abis makan okey!! Dah mama jangan melalut yer.. jom kita tengok bahan2 & cara2nya.. 

Bahan-bahan :-
* 2 cawan tepung
* 1 cawan gula
* 1 1/2 cawan air
* 1 biji telur
* 1 sudu teh baking powder
* 1 sudu teh soda bikarbnat
* Sedikit pewarna kuning

Bahan tabur :-
* Gula
* Kacang Tanah hancur
* Jagung krim
* Coklat rice

Cara-caranya :-

Blend semua bahan-bahan sehingga sebati dan rehatkan adunan selama 1 jam.

Tekan stir fry, panaskan inner noxxa. Sapukan butter pada permukaan inner.. masukkan sesenduk adunan dan biarkan sehingga permukaan adunan jadi berbiji2 kecil macam dalam gambar diatas. Taburkan gula & letakkan jagung krim. Setelah masak lipat apam balik.

Boleh juga taburkan coklat rice.. 

Tadaa siap apam balik noxxa.. walaupun rupa out skit.. hahahah jadi la 5 keping untuk makan malam..

Selamat mencuba

Regards,
/>

You Might Also Like

8 Comments

  1. nie yg buat rase mcm nak beli noxxa nie..byk sgt kegunaannye..

    ReplyDelete
  2. fav ni tp tk pernh wat..suka jagung ltk byk2 hehe

    ReplyDelete
  3. Salam, owhhh noxxa tu nama alat dia rupanya ya..ingatkan ape td..haha nampak sedap juga! nyum2~

    ReplyDelete
  4. Rajinnya mama diorang masak..hihi
    Cik akak kuih apam memang fav

    ReplyDelete
  5. masak atas dry pan je ye..macam kita buat lempeng tu kan..
    boleh try hihii

    ReplyDelete
  6. Wah apam balik ada chocolate rice... nanti nak try

    ReplyDelete
  7. Hahaha. Sis! Samalah kita ni haa. Resepi berketoi dalam nset. Konon nak buat tak terbuat-buat. Sampai nset bagi warning. Hahaha

    ReplyDelete

Like us on Facebook