Resepi Noxxa

Meatball Mozzarella Baked Noxxa

9:12 AM

Morning semua.. huaarghhh ngantuk la.. tu la layan lagi hindustan sampai kui 1 pagi sapa suruh.. pagi ni mata berat sampai tak larat nak bukak mata.. >___< bebudak 2 orang semalam pun kalut la nak tgk hindustan jugak.. kacau mama jer tau nak feeling2 nyanyi lagu hindustan yang best2 tu.. heheheh... 

Ok hari ni nak share resepi meatball yang aku masak dalam noxxa.. ni gara2 orang share video kat FB lah.. dah terguda tahap teringat2 beb!!.. nak buat tu nak kena beli bahan2 yang susah sangat.. ni pun meatball tak cukup bahan.. hahahhaha.. buat yang mana ada jer.. yang tak letak hot itallian sausage, garlic powder, bread crumbs & parsley.. sebabnya tak jumpa.. ngeee.. alaa apa ada hal aku buat jugak walau tak cukup bahan.. hahahah.. en papa terkejut 3 barang aku beli prego, mozzarella & parmesan dekat RM60.. alaaa pa biasa la bahan2 makanan macam ni mahal.. kalo makan kat luar i is tak puas hati dapat skit.. baik buat sendiri dapat banyak & makan sampai kenyang kan.... Jom la tengok bahan2 dan cara2 buat meatball mozarella baked..

Bahan-bahannya :-
• 1 botol sos prego 
• Mozzarella dipotong dadu 
• Beef cincang 
• Hot itallian sausage .
• ½ tsp garlic powder 
• 2 tsp salt 
• 1 tsp black pepper 
• ¼ cup bread crumbs 
• ¼ cup parmesan 
• 2 eggs 
• ½ cup whole milk 
• ½ cup parsley

Cara-caranya :-

Masukkan kesemua bahan2 kecuali mozzarella & sos prego... Gaul hingga sebati.. ni tak cukup bahan aku kena kurangkan la sukatan tu yer.. kang terlembik jangan salahkan aku.. aku dah bagitau kat sini ok.. 

Setelah sebati.. letakkan mozzarella dadu dan bulatkan

Siap bulat2 yang comel ni.. adunan aku is terlembik.. hahaha abis la tak jadi nih!!!

Masukkan sos prego dan susun meatball ke dalam periuk noxxa.. tutup periuk noxxa dan tekan low pressure selama 20 minit..

Setelah siap.. nampak mozzarella cheese tu melting tau... sedap ya amat walau tak cukup bahan.. 

Pagi ni rebus macaroni dalam noxxa 4 minit jer.. boleh makan dengan meatball mozzarella baked ni.. yummy lah.. save duit breakfast & lunch tau... 

Selamat Mencuba


Regards,
/>

You Might Also Like

8 Comments

  1. letak le resepi ni dlam *resepi periok noxxa
    tak leh nak copy pula...tq

    ReplyDelete
  2. sana sini orang dok cite pasal noxxa ni
    cam nak grap jugalah...hehe

    anyway meatball tu buat saya lapo lah
    hulur sini sikit =)

    ReplyDelete
  3. tak pandai nak buat..kalo rasa nak makan beli kat domino je..huhu

    ReplyDelete
  4. wow! terbaik.
    sib baik aida baru jap tadi makan sosej gebu.
    baca entry ni tak ler terliur sgt :)

    ReplyDelete
  5. Sedapnya nampak meatball. Nmpk sedap sis

    ReplyDelete

Like us on Facebook