Food Review

Makan Dalam Cafe | Citarasa Melayu Dalam Makanan Barat

3:48 PM

Pada Sabtu malam baru-baru ni, mama dengan beberapa orang blogger dapat jemputan food review + gathering adik beradik di Makan Dalam Cafe yang terletak di Banting Selangor. Terima kasih tak terhingga kepada Yazid iaitu pemilik cafe dan juga blogger Food Hunter Ina Ainaa sebab sudi menjemput kami semua. 

Apa yang menariknya di Makan Dalam Cafe ini dengarnya makanan yang dihidangkan di sini adalah citarasa melayu dalam makanan barat. Cafe ini di ilhamkan oleh anak muda yang bernama Yazid serta dengan ahli keluarga beliau. Kira ini family business la. Hahh kalau korang dengar Makan Dalam Cafe jangan la korang bajet cafe bertaraf banyak bintang tau. Sebabnya Makan Dalam Cafe ini terletak di Kampung Sungai Lang Tengah Banting. Agak dalam jugak itu lah namanya Makan Dalam Cafe. Tapiiii kalau dah mencuba makanan di sini korang akan berbaloi-baloi datang sini untuk menjamu selera.


Antara hiasan dalaman Makan Dalam Cafe. Nice. 

Kalau nak duduk di bahagian luar pun boleh. Open air gituuuu

Antara menu-menu di Makan Dalam Cafe


Kalau korang nak cuba air Haus Boom korang boleh cuba minum di Makan Dalam Cafe ni. Air Haus Boom ni adalah air buah-buahan berkarbonat gitu. Sedap air buah Haus Boom ni dan tak terlalu kuat gas dia. Kira just nice bebudak pun boleh minum. Untuk harga air Haus Boom ini sebotol hanya RM5 sahaja.


Bagi penggemar nasi lemak di sini juga turut terdapat Nasi Lemak Sliced Beef. Kalau korang tengok nampak biasa jer kan tapi kalau korang makan nasi lemak dengan sambal dan juga daging blackpepper tu memang mengancam. Nasinya pula memang seroi abis dan rasa santan. Untuk nasi lemak ni memang sangat popular di Makan Dalam Cafe. Harganya pula RM15.90 sahaja.


Yang mana pula tak nak makan nasi jangan risau kat sini ada juga makanan western tau. Hahh korang ingat cafe kawasan kampung takder makanan barat.. haipp ada ok.. Ini pulak Chicken Grill Blackpepper Sauce RM7.90. Tengok harga dia murah tak uolls.. mana nak dapat western food dengan harga macam ni. Dengan portion yang besar siap ada fries dengan coleslaw lagi ok. Sauce blackpepper sedap takder pedas sangat memang sesuai la makan dengan chicken grill ni.


Ini Lamb Chop RM12.90 still harga dia memang murah. Ini anak mama boleh habiskan tau lamb ni. Sedap jugak walau mama sempat makan bahagian tulang jer. Sauce blackpepper tu yang buatkan lamb chop ni lagi sedap tau. Korang datang sini boleh cuba ok. 


Makanan viral iaitu Pisang Cheese Makan Dalam. Pertama kali mama mencuba makan pisang cheese ni. Agak sedap memang gabungan melayu + barat sangat kena dengan hidangan Pisang Cheese ni. Ini kami ambik Pisang Cheese Super Remix RM16.00 sahaja. Perisa yang terdapat untuk pisang cheese ini adalah strawberry, chocolate, oreo, peanut, nestum, pandan dan oren.


Di sini juga ada makanan special seperti Sup Kambing & Roti. Harga RM5.90 sahaja untuk set ini. Yang ni mama tak sempat nak makan just rasa sup tu saja. 


Menu terbaru di Makan Dalam Cafe adalah Zinger Burger. Hahhh korang nampak kan set burger ni siap dihidang dengan fries. Isi ayam yang ranggup dimakan dengan kuah blackpepper ni memang mengancam habis. Korang tak perlu sos cili dah. 


Ini pilihan anak bujang mama Cheezy Meatball RM6.90. Satu pinggan ni korang leh dapat 10 biji meatball dengan kuah blackpepper & cheese meleleh diatas meatball tersebut. Ini bukan kata sebiji jer masuk mulut kompom berbiji-biji sebab sedap. Mama dah falling in love dengan kuah blackpepper ni tau.

Mushroom soup + Garlic bread RM5.50. Ini pun korang kena cuba jugak.. Nampak biasa tapi awesome!!.. mana nak dapat mushroom soup tengah kampung ni weh.. Harga pun murah giler!!!

Last sekali apa lagi pencuci mulut la. Dessert Sagu Longan. Dah makan macam-macam penutup kena dessert sejuk macam ni korang masuk kereta terus lena beb. Memang syahdu jer perut korang. 

Gambar kenangan antara blogger dengan owner muda terabad ini Yazid. Terima kasih menjemput kami semua dan semoga maju jaya untuk Makan Dalam Cafe. 

Kalau korang tersesat ke Banting ker atau ada lalu nak pergi ke Morib boleh singgah ke Makan Dalam Cafe tau. Untuk ke sini korang hanya waze "Makan Dalam Cafe" atau "Gunting Karat Babershop". Untuk info lebih lanjut boleh tengok detail di bawah ini. 

MAKAN DALAM CAFE
Lot 1671, Kampung Sungai Lang Tengah
42700 Banting, Selangor

014-725 7366 / 017-652 2365


Waktu Operasi :
Isnin - Sabtu (6.00 pm - 12.00 am)


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook