Product Review

Review Xiaomi Redmi 4A | Boleh Dapatkan Di LAZADA

9:06 AM

Hi korang. Sabtu baru-baru ni mama ada jemputan ke Pelancaran Redmi 4A anjuran Involve Asia dengan kerjasama Lazada Malaysia. Jenama Xiaomi ini bukan jenama calang-calang lagi di Malaysia, malah jenama ini telah mendapat perhatian ramai dengan design, model serta camera yang sangat berkualiti tinggi. Redmi 4A ini telah berada di pasaran Malaysia semenjak Januari 2017 lagi.


Untuk pengetahuan korang Xiaomi Redmi 4A ini sangat nipis dan ringan dengan seberat 131.5g dan tebalnya hanya 8.5mm sahaja. Redmi 4A ini mempunyai paparan screen bersaiz 5 inci yang sangat mudah dipegang. Redmi 4A ini didatangkan dalam 2 warna yang menarik iaitu warna Red Rose dan Gold



Bagi mama Redmi 4A ini dikatakan telefon pintar yang sangat berkualiti kerana mempunyai prosesor Quad core dengan Snapdragon 450 1.4GHz. Selain itu, bateri Redmi 4A ini berkapasiti 3120mAH dan ia mampu bertahan selama 7 hari. 

Redmi 4A ini dilengkapi dengan 2GB RAM dan tambahan 16GB ROM serta mampu menampung sehingga 128GB ROM. Yang menariknya telefon ini terdapat 2 slot untuk simkad dan satu slot untuk memory kad untuk korang simpan gambar dengan banyaknya. 


Setiap telefon pintar mesti korang akan tengok kualiti kamera dia bukan. Mama suka sangat dengan kamera Redmi 4A ni tau. Untuk model ini mempunyai kamera depan 5MP dan kamera belakangnya pula 13MP dengan fungsi Beautify dan Pro untuk mereka yang kaki selfie. 

Hasil gambar dengan menggunakan Redmi 4A


Bagi pengguna yang hendak cari telefon pintar dengan mengakses dua akaun Whatsapp seperti personal dan kerja, mama sarankan korang perlu ada telefon ini kerana telefon ini boleh mengakses dua akaun Whatsapp, Instagram, Facebook dan macam-macam lagi. 


Masa pelancaran tersebut mama ingatkan harga Redmi 4A ini mahal tau. Tapi harga yang ditawarkan hanya RM459 sahaja. Murah giler!! Bagi mama yang mana jenis nak bateri tahan lama, dengan kualiti camera yang ok dan boleh akses dua akaun Whatsapp dalam satu masa, ni hahhh Redmi 4A memang sangat sesuailah untuk korang. 


Korang kalau nak beli Redmi 4A dengan harga murah macam ni korang boleh dapatkan di Lazada. Sebab mama dah cuba compare harga dengan kedai luar memang jauh beza harganya. Kalau korang nak tengok dengan lebih lanjut mengenai Redmi 4A ini boleh tekan link di bawah ini. 



This Lazada x Mi event was organized by Involve Asia. Lazada voucher sponsored by ShopCoupons.

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook