Product Review

Shapee Sassy Nursing Bra | Mudah Untuk Penyusuan Susu Ibu

5:20 PM

Penyusuan susu ibu sangat mudah jika seorang ibu bersedia dari segi mental dan fizikal. Ini kerana salah satu persediaan yang amat penting dalam penyusuan susu ibu adalah bra menyusu atau nursing bra. Ini amat memudahkan ibu-ibu menyusu anak tanpa perlu membuka bra seperti bra harian yang biasa kita pakai. 

Kenapa mama kata nursing bra ini amat penting? Ini kerana ianya memudahkan penyusuan dan juga mengepam. Manusia suka sesuatu yang mudah bukan. Jadi ianya sangat berguna untuk para ibu rasa selesa semasa menyusu anak. Bagi mama since ada baby terus mama tukar bra sebab mama memang 100% direct menyusu baby sepenuhnya. Jadi mama sangat pentingkan keselesaan semasa menyusu baby di mana sahaja.

Baru-baru ini mama telah diperkenalkan satu nursing bra terbaru di pasaran iaitu Shapee Sassy Nursing Bra. Shapee merupakan satu laman web online yang menjual produk pakaian dalam wanita seperti Nursing Bra, Shaping Tights, Waist Shaper, Long Arm Shaper dan lain-lain lagi.


Untuk Shapee Sassy Nursing Bra ini didatangkan dengan 2 pilihan warna iaitu Black dan Pink. Yang manariknya Sassy Nursing Bra ini sangat lembut diperbuat daripada material nylon & spandex dan nursing bra ini tiada wired. Jadi mama suka sangat pakai rasa selesa, menyerap peluh dan tak sakit ketika tidur. Bagi mama rasa macam pakai sport bra gitu tau. 

Kelebihan Sassy Nursing Bra :
  • 3D seamless design (non-wired)
  • 360' comfortable support
  • Improved non-slip straps for maximum support
  • Innovation nursing clip design for convenience + flexibity
  • Greater adjustability for versatile
  • Removable bra pad for easy replacement
  • Full cup design to fit comfortably
  • Made by breathable material (nylon and spandex)
  • Free extender hook
Clip memudahkan untuk menyusu baby dan disertakan dengan extender hook

Getah yang lembut

Removable bra pad boleh ganti


Untuk size nursing bra ini terbahagi kepada S, M, L & XL. Korang boleh rujuk size carta di atas ini. Kalau macam pening ok takper mama boleh bagi details size nursing bra di bawah.

  • S - 32B/32C/32D/32E/34B/34C/34D/34E
  • M - 36B/36C/36D/36E/38B/38C/38D/38E
  • L - 40B/40C/40D/40E/42B/42C/42D/42E
  • XL - 44B/44C/44D/44E/46B/46C/46D/46E
Lepas ni yang mana tengah pregnant dan nak cari nursing bra untuk memudahkan penggunaan penyusuan susu ibu mama sarankan korang beli nursing bra Shapee ni ternyata sangat selesa dan recommended!! Mama puas hati dengan nursing bra ni uollss.. Boleh la lepas ni mama nak tambah lagi nursing bra jenama Shapee. 

Sassy Nursing Bra
Harga : RM55.00

Untuk sebarang pembelian dan keterangan lanjut boleh hubungi :



Love,
/>

You Might Also Like

2 Comments

  1. nad pun dapat..best sangat bra ni..macam sport bra..getah..ee..bestla..hahaa

    ReplyDelete
  2. Ok...simpan untuk baby akan datang... :)

    ReplyDelete

Like us on Facebook