Bekam

Fear Factor - Bekam Muka

9:51 AM

Hari Jumaat hari tu lepas interview, aku pergi bekam kat Jalan Reko Bangi.. Dah lama nak bekam tapi takuttttt.. dek kerana jerawat batu yang naik giler2 kat tempat yang sama di muka ni.. en papa kata jom kita g berbekam jugak.. huwaaa aku pun ok berserah la.. perghhh takut memang takut.. tapi kena cekalkan hati nak bagi baik kan.. aku ingatkan depa cucuk2 jer.. sekali depa toreh skit kat muka.. hmmm toreh ok toreh.. habis muka aku.. cisss nyesal beb nyesal... rasa berbisa2 jer muka ni.. huhuhuhu.. Jom kita tengok apa maksud bekam, kebaikan serta penyakit apa yang boleh ubati dengan berbekam ini...

Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk ummat Islam. Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang merbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara 'detoksifikasi' yang sesuai dan selamat bagi ummat Islam.

Kebaikan Berbekam 
  • Membantu menghilangkan pening dan migrain. 
  • Membantu membuang angin dalam badan,melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan. 
  • Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam,
  • Membantu memulihkan ketegangan urat leher,belikat, pinggang dan urat sendi di kaki, 
  • Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar. 
  • Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat 
  • Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas. 
  • Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur 
  • Membuang darah bertoksik. 
  • Membuang segala gangguan makhluk halus. 
Penyakit yang boleh di ubati dengan Bekam : 
Migrain, Sakit Pada Kepala, Sinusitis / Alergic, Masalah Pada Mata, Kolestrol Tinggi, Masalah Angin, Masalah Sakit Gigi, Masalah Asthma / lelah dan paru paru, Batuk, Hati / Liver / Hepatitis, Pundi Hempedu, Pankreas / Diabetis, Masalah Sakit Pinggang,Masalah Lengoh Paha / Betis, Buasir, Masalah Kaki Kebas, Sakit Tumit, Masalah Sakit Jantung, Masalah senggugut / Haid, Lenguh Pada Bahu, Betis, Batu karang, Sembelit, Sakit lutut, Sakit Kepala / Jerawat Banyak, Lemah Tenaga Batin, Stroke, Masalah Buah Pinggang, SIHIR dan lain lain masalah penyakit.

Aku g bekam kat sini.. lepas ni nak buat kat belakang badan plak.. 

Tengok la 5 cup kat muka aku.. pedih okeh.. abis muka kena toreh.. 3,4 hari gak la nak ok balik.. berderemen muka oiii... 

So kena la ber"mask" macam ni kemana saja sampai la muka ni elok balik.. 

Lepas ni nak buat kat belakang badan, leher & atas kepala.. hope migrain, hormon, jerawat hilang lah.. 


/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook