Resepi Noxxa

Kek Pisang Noxxa

11:59 AM

Dah lama keteringan kek pisang.. ritu beli lah kat tesco yang jenis panjang tu.. sekali hadap jer makan 4 beranak.. ni ada lebihan pisang boleh la cuba buat.. biasa la penyakit M sedang bermaharajalela dalam diri ni.. so nak masak nasi yang 7 minit pun al kemalasan acer ner.. sanggup tak makan boleh gitu?? hahahah.. Jom tengok bahan2 & cara2 buat kek pisang noxxa.. yang penting boleh la makan kan daripada pisang tu akan masuk tong sampah plak nanti.. hehehhe...

Bahan-bahannya :-
* 4 biji pisang
* 4 biji telur
* 1 cawan tepung gandum
* 1 cawan gula ~ boleh kurangkan
* 1 cawan minyak
* 1 sudu kecil baking powder 
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* 1 penutup esen vanilla

Cara-caranya :-

Blender pisang, minyak, gula, telur & esen vanilla hingga hancur semuanya.

Masukkan ke dalam bekas. kemudian masukkan tepung, baking powder & soda bikarbonat dan kaup balik hingga rata.

Masukkan ke dalam inner noxxa. tutup penutup periuk noxxa dan steamkan selama 28 minit. Make sure tombol ke arah steam ya.. kalo berbunyi bip bip bip just abaikan..

Setelah 28 minit.. sejukkan dan terbalikkan ke atas pinggan.. 

Selamat mencuba...

Regards,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook