Inilah 6 Makanan Barat Popular Yang Senang Didapati Dan Dinikmati Di Malaysia

7:39 AM

Malaysia sudah lama terkenal sebagai salah satu negara yang banyak variasi makanannya. Buktinya rakyat Malaysia tidak hanya menikmati makanan tempatan malah turut menerima makanan barat dan sebagainya. Ini bermakna citarasa rakyat Malaysia terhadap makanan tidak hanya tertumpu pada citarasa Asia semata-mata. 


Dari makanan jalanan, makanan segera hinggalah kepada makanan yang terdapat di kafe dan restoran-restoran di negara ini, semuanya ada kelebihan yang tersendiri. Secara tak langsung Malaysia dianggap sebagai salah satu negara ‘syurga makanan’ disebabkan oleh kepelbagaian pilihannya yang sangat banyak.


Trend memesan makanan Barat dalam talian dengan penghantaran secara terus juga turut disukai. Antara pihak yang sering digunakan untuk mencari western food near me sekali dengan servis penghantaran adalah FOODPANDA


Foodpanda sangat mudah dan senang! Hanya dengan muat turunnya di handphone, sudah boleh mula buat pilihan dan pesanan makanan dengan hujung jari. Klik-klik sudah boleh dapat buat pesanan. Makanan tersebut juga akan dihantar secara terus sehingga ke depan pintu premis tak kira untuk makan di rumah mahupun di tempat kerja. 


Bagi yang baru di sesuatu kawasan (mungkin dalam mood bercuti dan sebagainya), boleh saja order untuk dihantar terus ke tempat penginapan seperti homestay dan lain-lain lagi. 


Antara beberapa contoh budaya makanan Barat yang sering menjadi pilihan dikalangan penggemar western food di Kuala Lumpur adalah : 


1. Salad 



Dalam masakan Barat, salad boleh dimakan sebagai makanan pembuka, hidangan utama atau lauk. Salad boleh disajikan dengan pelbagai cara seperti bersama daging salai atau panggang, salmon, ayam dan sebagainya. Dan salah satu salad yang paling disukai ramai adalah salad Ceaser. 


Untuk salah Ceaser ini, ayamnya sama seperti biasa tetapi inti utama salad ini agak berbeza. Selalunya, ia mengandungi bawang putih, mustard, cuka, garam, dan mayonis. 


Sekiranya anda suka mencampurkan Barat dengan Malaysia, berikut adalah beberapa petua untuk menjadikannya lebih sedap. Anda boleh guna Kubis hijau atau merah, menambah kekacang seperti kacang buncis, gajus atau walnut dan meletakkan sedikit perahan limau 


2. Sandwich 



Untuk sandwich, ia sangat mudah untuk dibuat, senang dihantar, murah, dan disukai ramai untuk pelbagai golongan usia. Orang Barat lebih gemar makan sandwich pada waktu pagi atau makan tengah hari. Manakala orang Malaysia suka nikmati pada apa jua ketika mengikut keadaan.


Sandwich dari ayam Turki, sandwich dada ayam biasa, sandwich telur dan alternatif sandwich vegetarian merupakan antara jenis sandwich yang paling banyak dimakan di Kuala Lumpur. Mereka biasanya dihidangkan dalam roti bakar yang dipotong segi empat tepat. 


Selain bahan utama, sandwich turut diletakkan dengan keju, salad, tomato dan timun yang dihiris nipis, mayonis, mustard, atau beberapa produk lain juga sering dijumpai dalam resipi gaya Barat ini. 


3. Wraps (Bungkus)



Wraps memang sangat sesuai namanya kerana ia merupakan sejenis makanan dalam bentuk bungkusan. Rakyat Malaysia turut memanggilnya sebagai ‘tapau’. Tapau atau bungkus makanan apa saja yang disukai seperti mee, tauhu, bungkus nasi lemak, bungkus dada ayam atau peha, dan lain-lain lagi. Cara begini memang memuaskan hati dan sudah cukup sinonim dengan rakyat KL dan seluruh warga Malaysia amnya. 


Umumnya ia disukai pada bila-bila masa sepanjang hari tetapi biasanya pada waktu siang sebagai sarapan dan lunch di tempat kerja. Makan makanan bungkus bersama teman-teman, Ia idea hebat dan menyeronokkan!


4. Pasta



Pasta asal Itali selalu diterima dengan tangan terbuka di Malaysia kerana jenis mi sudah ada dalam masakan Malaysia. Membuat pasta juga mudah untuk dimasak dan boleh disesuaikan mengikut citarasa. Bahan dan alternatif sos tidak terkira banyaknya dan dapat disesuaikan dengan setiap diet dengan mudah. Jangan lupa untuk meletakkan keju parmesan di atas pasta semasa makan ketika ia masih panas-panas! 


Antara jenis pasta yang sering mendapat sambutan adalah seperti spageti, ravioli, lasagne, tagliatelle, penne, dan banyak lagi. 


Antara jenis sosnya pula adalah Bolognese (tomato), bawang putih, krim, pesto dan lain-lain. Lapar dan terasa nak makan pasta? Cubalah dan jika tak tahu nak makan pasta yang mana, boleh cuba spageti bersama daging ayam cincang dan cendawan. 


5. Burger



Hamburger gaya Barat secara tradisional disajikan dengan kentang goreng. Memang sudah biasa makan burger bersama kentang goreng dengan paduan sos cili, sos tomato, mayonis, mustard, atau sos barbeque. 

Hamburger yang paling disukai dibuat dengan daging lembu cincang. Keju cair, bawang dan salad juga boleh ditambah untuk menambahkan rasa. Boleh juga nikmati burger bersama daging ikan atau telur. Terpulanglah pada tekak masing-masing, yang pasti burger memang ada banyak pilihan dan sedap dinikmati pada bila-bila masa dengan harga yang berbaloi. 


6. Donat


Donat telah lama ada di Malaysia. Kuih donat yang disalut dengan gula halus merupakan salah satu kuih tradisional di sini. Tetapi, donat gaya western juga turut mendapat tempat di hati para penggemar makanan Malaysia. 


Perbezaan donut gaya barat yang boleh dinikmati bersama coklat, karamel, buah-buhan, krim dan sebagainya membuatnya donat ini kelihatan sangat menarik sebagai salah satu pencuci mulut yang paling disukai rakyat Malaysia. Ia sememangnya pilihan nombor satu, terutama bagi pencinta pastri. 


Jenis yang paling biasa adalah cincin, lubang, dan diisi. Ia adalah sejenis doh goreng, baik dibuat biasa atau dengan pelbagai jenis topping. 


Itulah antara enam makanan barat popular yang senang didapati dan dinikmati di Malaysia. Sebagaimana yang telah diperkatakan tadi, jika terasa nak makan, di mana saja dan pada apa jua ketika, tanpa perlu bersusah payah untuk pergi beli sendiri, guna saja servis penghantaran makanan western dari Foodpanda.


Dengan adanya servis begini, urusan encari makanan Barat terbaik di Kuala Lumpur menjadi mudah! Terdapat banyak item yang tersedia mengikut citarasa hanya dengan satu klik sahaja! Nak pesan makanan Barat dalam talian dengan penghantaran, Foodpanda sentiasa ada di sini untuk memberikan khidmatnya untuk anda!

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook