Absolute Natural Beauty 1618 | Primer & Foundation Yang Best Di Pakai Setiap Hari

2:17 PM

Sebenarnya mama sangat obsess dengan foundation tau. Tak kira la foundation tu jenama local, drug store atau jenama yang dikenali di pasaran mesti mama akan beli dan cuba. Foundation sangat-sangat memain peranan penting bagi mama untuk lebih berkeyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai. Tak kesah la orang kata hanya cantik dengan bermekap ke apa tapi dengan foundation dapat menutup cela-cela pada wajah mama. Ok kali ni mama nak review primer dan foundation terbaru yang berada di pasaran iaitu Absolute Natural Beauty 1618.


Jenama Absolute Natural Beauty 1618 ini telah diilhamkan oleh 2 orang iaitu Mior Ghazi dan Sharifah Jasmine kerana apabila kedua ibu serta ibu saidara mereka sangat gemar membeli kosmetik yang berasaskan organik. Dan dari itu mereka sering DIY membuat skincare sendiri seperti serum, mist, sabun yang menggunakan bahan-bahan semulajadi. Jadi dengan mendapat inspirasi mereka telah menceburkan diri dalam bidang kosmetik untuk berkongsi dengan pengguna mengenai kosmetik yang berkualiti, tanpa bahan toksik yang berbahaya kepada kulit, harga berpatutan dan menggunakan bahan semulajadi.

Oleh itu, mereka juga berhasrat untuk membuat kosmetik yang bebas dari bahan kimia atau bahan toksik yang biasanya terdapat pada kebanyakkan sabun, talc, krim dan produk penjagaan kulit lain yang secara tidak sengaja menyumbang kepada barah. Jadi mereka begitu komited untuk memberikan yang terbaik dari segi perkhidmatan dan kualiti produk mereka. 

Dengan menggunakan nama "ABSOLUTE NATURAL BEAUTY -1618" adalah daripada dua elemen iaitu Absolute menggunakan bahan-bahan semulajadi dan 1618 pula adalah nisbah emas (Golden Ratio) di mana semua formula, ramuan dipilih dengan teliti untuk menghasilkan produk terbaik. Istimewa produk jenama Absolute Natural Beauty ini adalah bebas toksik, bukan komedogenik, diformulasikan dengan 100% minyak Rosehip tulen dan vitamin semulajadi yang memberikan manfaat kepada kulit. Selain itu, Absolute ini juga mesra vegan dan bebas wudhu.


Absolute Natural Beauty telah didaftarkan di bawah Akta Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, Regulation 18 A (2), Pengarah Khidmat Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga mengikuti Garis Panduan Kawalan Dadah Dan Kosmetik (NPRA) di Malaysia. Jadi, korang tak perlu risau mengenai primer dan foundation Absolute ini. 

Menariknya Primer dan Foundation Absolute ini adalah menggunakan 100% minyak Rosehip. Ramai yang tahu kebaikkan minyak Rosehip kepada kulit iaitu ianya dapat mengurangkan penampilan garis-garis halus, melembapkan kulit secara mendalam. Selain itu, minyak Rosehip ini penuh dengan vitamin yang membantu meratakan warna kulit secara keseluruhan. Dengan mengandungi Mica Gold iaitu mineral semulajadi yang digunakan dapat membantu meningkatkan kulit lebih sempurna.

Antara kebaikkan minyak biji Rosehip :
  • Anti penuaan
  • Antioksidan tinggi
  • Anti-radang
  • Menghidrat kulit
  • Mengurangkan parut

ABSOLUTE PRIMER SERUM (NOT190504247K)

Primer merupakan salah satu base makeup yang bersifat sebagai pelembap. Selain itu, primer juga digunakan sebagai lapisan pelindung kulit agar tidak bersentuhan dengan makeup serta memberikan makeup tahan lebih lama. Jadi pentingnya sebelum memulakan makeup mama akan pastikan sapu primer dahulu. 

Absolute Primer Serum ini mengandungi bahan aktif seperti 100% minyak Rosehip asli, stem cells dan Vitamin E yang dapat membantu meningkatkan seri wajah, menyihatkan kulit. Primer ini cepat meresap ke dalam kulit serta SPF30 dapat melindungi kulit daripada penuaan dan kesan sinar UV. Selain itu, primer ini dapat mengawal kulit yang berminyak dan sangat sesuai untuk semua jenis kulit.


Kebaikkan Absolute PRIMER SERUM
  • Berasaskan mineral
  • Tekstur yang ringan
  • Membantu melembapkan kulit
  • Tahan lama
  • Merawat dan memperbaharui sel kulit
  • Menyegarkan
  • Mudah dibasuh - mesra wudhu'
  • Mudah dipakai
Penggunaan sangat senang boleh digunakan ketika sebelum memakai makeup di wajah. Picit sedikit serum ke atas jari kemudian calit pada wajah dan sapu sehingga serum meresap dan kering di muka.

[Review]
Pertama kali guna Absolute Primer Serum ni memang love gileh sebab jenis liquid mineral yang mudah meresap ke dalam kulit wajah. Primer yang sangat wangi dan ada biji-biji emas dalam primer tersebut. Selepas pakai wajah lebih lembut, lembap, sejuk dan tidak kering. Manakala liang pori wajah nampak tertutup. Yang penting makeup wajah tahan lama. 

Harga Absolute Primer Serum (30ml) : RM65.00


ABSOLUTE FOUNDATION MINERAL SUPERLIGHT (NOT190504224K)

Foundation pula merupakan menyeragamkan dan meratakan warna kulit serta menyamarkan kekurangan pada wajah. Juga dikenali sebutan alas bedak dan terdapat pelbagai jenis foundation seperti cecair dan krim. Dengan foundation juga kulit lebih flawless dan tona kulit warna lebih sekata.

Absolute Superlight Mineral Foundation ini mengandungi bahan aktif termasuk 100% Rosehip Oil asli, titanium dioksida, isononyl isononanoate dengan kilauan semulajadi dari mineral mosovite mica. Yang menariknya foundation ini sangat ringan selepas sapu pada wajah dan mempunyai SPF60 dapat memberi perlindungan UV serta dapat meningkatkan kelembapan semula jadi kulit agar kulit lebih anjal, muda dan berseri. 


Kebaikkan Absolute SUPERLIGHT MINERAL FOUNDATION
  • Pantas menyerap
  • Alat solek berasaskan mineral
  • Mengawal minyak
  • Melambatkan proses penuaan
  • Melindungi dari sinar UV
  • Tona kulit sekata dan mencantikkan kulit
Foundation ini terdapat penuh nutrien untuk kulit dan membolehkan kulit bernafas, merawat dan menyihatkan kulit wajah yang rosak. Dalam masa yang sama foundation ini boleh dicuci dengan mudah - mesra wudhu. 

[Review]
Untuk foundation ni mama guna code colour medium yang sesuai dengan kulit wajah mama. Dan paling best foundation ni sangat ringan dan rasa seperti tidak pakai foundation yang tebal. Mudah di sapu pada wajah dengan jari mahupun sponge. Coverage foundation ini pula hanya medium coverage untuk menutup cela wajah mama. Jika untuk coverage menutup semua cela wajah mama perlu tambah foundation lagi pada bahagian parut di muka. Manakala foundation ini tidak kering malah lebih melembapkan kulit selepas pakai seharian. 

Harga Absolute Superlight Mineral Foundation (30ml) : RM65.00

Untuk melihat lebih detail boleh tonton video ini ya.


Jangan tak tahu walau produk ini adalah buatan Malaysia tapi Absolute Natural Beauty 1618 ini telah disenaraikan di Halalstreet.Co.Uk bagi pasaran UK di bawah program e-perdagangan Matrade. Bukan itu sahaja terdapat banyak ejen di seluruh negara dan akan menembusi pasaran Asia melalui Pameran Halal (Brunei & Duha). Sebagai rakyat Malaysia kita perlu rasa berbangga dengan kejayaan anak-anak muda dan marilah kita menyokong produk mereka ini dengan membeli primer dan juga foundation Absolute Natural Beauty. 


Sekarang ni makeup harian mama semestinya mama menggunakan primer dan foundation dari Absolute Natural Beauty. Bukan sahaja dapat merawat kulit bermasalah malah makeup wajah tahan lebih lama dengan effect glowing. Pakai foundation pun tak perlu tebal dan kulit terasa ringan rasa macam tak pakai foundation pun. Itu yang best pakai primer dan foundation Absolute Natural Beauty 1618 ini. Sempena promosi Absolute Natural Beauty 1618 ini harga combo primer dan foundation hanya RM110.00 sahaja. Untuk order dan pembelian boleh dapatkan di atas talian Absolute Natural Beauty di Instagram, Facebook dan juga di Lazada Malaysia.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :


Love,
/>

You Might Also Like

3 Comments

  1. Saya pakai foundation sampai habis..pastu baru cari yang lain...andaikata beli, pastu tak ngam colour...kalau cerah sikit bagi adik, kalau gelap sikit bagi kakak...hehehe

    ReplyDelete
  2. nieyl kalau keluar ke g keje ke..
    faundation mmg wajib pakai...
    nieyl mmg suka..

    ReplyDelete
  3. Wah first time dengar brand ni. Thank you for the info! :D

    ReplyDelete

Like us on Facebook