Ayam Bakar OH-SEMM Kembali Di The Chicken Rice Shop!

9:32 AM

The Chicken Rice Shop (TCRS), yang terkenal dengan pelbagai hidangan yang dicipta dengan keenakan perisa tempatan, sangat teruja untuk mengumumkan kembalinya Ayam Bakar Oh-Semm (ABOS) yang sangat dinanti-nantikan dan hidangan ini akan kekal dalam menu sempena sambutan ulang tahun ke-23 TCRS! Berikutan permintaan peminat yang menggalakkan, hidangan istimewa ini kini boleh dinikmati di seluruh negara sepanjang tahun!


Ayam Bakar Oh-Semm ialah karya kulinari yang dicipta dengan adunan rempah ratus dan dipanggang sempurna untuk menghasilkan aroma yang menggiurkan dan kelazatan yang tak terhingga. Digabungkan dengan ‘Ayam Bakar Oh-Semm Sauce’ yang lain daripada yang lain, hidangan ikonik ini menjanjikan pengalaman santapan yang tidak dapat dilupakan yang pasti membuat anda inginkan lagi.


Demi memenuhi permintaan pelanggan, Ayam Bakar Oh-Semm kini tersedia dalam tiga set berbeza yang sesuai untuk dinikmati secara berkumpulan atau individu. Sama ada anda makan bersama-sama para sahabat dan ahli keluarga atau pun bersendirian, pilihan menu yang tersedia pasti memuaskan citarasa semua.


Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd menyatakan bahawa tahun ini sangat istimewa kerana restoran tempatan tersebut kini meraikan ulang tahun yang ke-23 dalam industri F&B. Untuk menambahkan kemeriahan, TCRS mengambil peluang ini untuk memenuhi permintaan para pelanggan dengan mengembalikan hidangan yang sangat digemari ramai.

“Di TCRS, kami menghargai maklum balas pelanggan dan kami komited untuk menyediakan pengalaman santapan yang terbaik bagi mereka. Permintaan yang memberangsangkan untuk Ayam Bakar Oh-Semm telah mendorong kami untuk menjadikannya sebagai item tetap dalam menu TCRS dan kami sangat teruja untuk mengembalikan hidangan ikonik ini supaya pelanggan kami dapat ‘eat like a boss’ with ABOS,” kata Kah Yong.


Sebagai peminat ayam bakar mama really recommended sangat ayam bakar di sini. Rasanya cukup dengan perapan rempah yang dibakar kemudian makan pula dengan air asam yang pedas, masam, manis memang gabungan cukup sempurna. Rasa ayam bakar tidak kering malah juicy sangat. Kira mengena gabungan ayam bakar oh-semm ni dengan nasi ayam TCRS. So korang wajib cuba sebelum habis ya. 

Sempena sambutan ulang tahun ke-23, The Chicken Rice Shop menjemput para pelanggan untuk mengunjungi cawangan TCRS terdekat untuk menikmati kelazatan Ayam Bakar Oh-Semm. Dengan perbelanjaan minimum RM30 dalam satu resit, anda berpeluang memenangi hadiah menarik dalam peraduan Ayam Bakar Oh-Semm yang sedang berlangsung dari 12 Jun hingga 6 Ogos 2023!


Jom kita sama-sama menikmati warisan masakan tempatan yang pasti menambat hati dan menjamu selera macam bos dengan ABOS di cawangan The Chicken Rice Shop berhampiran anda. Untuk maklumat lanjut mengenai menu dan peraduan Ayam Bakar Oh-Semm, sila layari www.thechickenriceshop.com atau Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/.

Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

  1. Dulu x berapa suka Chicken Rice Shop ni, sbb x berkenan ngan sambal nasi ayamnya. Skrg dh sedap. Pantang nampak mesti nak singgah 🤭.

    ReplyDelete

Like us on Facebook