CHIANG HENG Jewellery Menawarkan Emas Yang Berkualiti Dengan Harga Yang Murah!

1:27 PM

Emas dan wanita tidak dapat dipisahkan. Dengan Emas juga la membuatkan seseorang wanita nampak lebih muda dan berkeyakinan tinggi apabila memakainya. Mama sendiri pun suka sangat pakai rantai, gelang, cincin emas ni. Tapi nak beli emas masa sekarang ni almaklum la harga emas memang melambung tinggi di pasaran. Sebagai pengguna yang bijak kita boleh mencari emas yang berkualiti dengan harga emas yang murah dari pasaran. Jadi pilihan kedai emas mama sekarang adalah Chiang Heng Jewellery.


Kedai Emas Chiang Heng sangat terkenal dengan "Harga Emas Terendah di Seluruh Malaysia". Ini kerana kedai ini bukan sahaja menawarkan barang kemas emas pada harga yang menarik malah memberi ganjaran dan tawaran istimewa kepada pelanggannya. Pelbagai promosi menarik yang diadakan di 19 cawangan Chiang Heng Jewellery di seluruh Malaysia.

Selain menawarkan harga emas yang terendah kerana ianya tidak perlu mengambil kira kos pemasaran seperti sewa di pusat membeli-belah, kos iklan dan sebagainya. Menariknya kedai Emas Chiang Heng ini menghasilkan rekaan sendiri, penjimatan kos pengedaran borong, serta mengawal sepenuhnya kos pembuatan dari caj harga upah hingga harga emas. Maka pelanggan dapat membeli emas dengan harga yang paling murah dan berpatutan.



Antara barangan emas yang membuatkan mama suka adalah subang mutiara, cincin emas, rantai leher, rantai tangan dan banyak lagi. Disebabkan mama dah ada semua so mama cuci mata di kedai emas Chiang Heng yang terletak di Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Memang rambang mata la tengok semua emas ni sampai tak tahu nak pilih. Yang paling suka of coz la harga yang ditawarkan memang menarik. 


Antara kelebihan Servis selepas pembelian di sini selepas 7 hari adalah membenarkan pelanggan memulangkan atau menukar saiz perhiasan emas yang dibeli dalam tempoh 7 hari, dengan syarat tidak ada kerosakan. Emas Chiang Heng juga menawarkan perkhidmatan membaiki dengan percuma dalam tempoh 30 hari (kecuali jika perhiasan tersebut memerlukan penambahan emas) dan servis membersihkan emas percuma seumur hidup, termasuk perkhidmatan rekaan emas menggunakan laser.

Sebagai jenama kukuh yang telah berada dalam pasaran selama 37 tahun, Emas Chiang
Heng telah menerima pelbagai anugerah dan mendapat sokongan daripada pelanggan setia. Pada tahun 2020, Emas Chiang Heng mencatatkan rekod yang membanggakan dengan 117 siaran langsung dalam satu hari, memecahkan rekod The Malaysia Book of Records. Dengan usaha yang telah dilakukan selama ini seiring dengan reputasi yang baik yang terbina, Emas ChiangHeng kini telah membuka cawangan ke-19, simbol platform yang mempunyai kredibiliti dan keterjaminan.



Jadinya, mama mencuba cincin berbentuk Love ni sumpah mama berkenan sebab designya yang simple tapi menarik. Yang penting tak terlalu over sangat. Harga cincin yang mama cuba ni dalam sekitar RM700 lebih macam tu dah cukup murah. Kalau korang nak tengok cincin design lain pun ada yer semuanya design up to date. Korang jangan risau boleh jer pilih yang mana cantik dan yang berkenan di hati. 



Mama sangat recommended bagi sesiapa yang tengah nak cari emas yang kualiti dengan harga menarik ni boleh jer terjah ke kedai Emas Chiang Heng yang berdekatan dengan korang. Oh ya jangan tak tahu kedai Emas Chiang Heng ini juga jualan secara atas talian di laman sesawang serta di Shopee dan juga TikTok. Siapa yang beli secara atas talian dan pelbagai harga diskaun menarik turut disediakan. Lagi mudah korang tak perlu datang kedai dan tunggu jer di rumah pihak Chiang Heng akan buat penghantaran terus ke rumah korang. Jimat kan tak perlu keluar bersesak, habiskan minyak, tol dan parking untuk ke kedai Emas  Chiang Heng ni kan. Berbaloi-baloi!



Kalau ada yang tengah mencari barang kemas dengan harga yang menarik boleh la datang ke kedai Emas Chiang Heng. Senarai outlet Emas Chiang Heng adalah :
  1. Butterworth, Pulau Pinang (HQ)
  2. Jelutong, Penang
  3. Bukit Jambul
  4. Bukit Mertajam
  5. Alma, Bukit Mertajam
  6. Sungai Petani, Kedah
  7. Taiping, Perak
  8. Alor Setar
  9. Ipoh
  10. Kepong
  11. Puchong
  12. Cheras
  13. Seremban
  14. Kuchai Lama, KL
  15. Kota Laksamana, Melaka
  16. Muar
  17. Kluang
  18. Johor
  19. Bukit Tinggi, Klang

Untuk lebih info pada setiap topik berkaitan dengan emas, boleh klik pada mana-mana pautan klik yang berkaitan.

*Mula labur emas kat Kedai Chiang Heng Tips untuk Pelabur:

*Macam mana nak jual emas kat Chiang Heng?

*T&C Apply


[Platform Jualan Chiang Heng Jewellery]
  • Laman Web:https://chiangheng.com
  • TikTok : https://www.tiktok.com/@chianghengjewellery 
  • Shopee: shopee.com.my/chianghengjewellery
[Media Sosial]
  • Facebook: www.facebook.com/ChiangHengJewellery
  • Instagram:@chiang_heng_jewellery 
  • Youtube:https://youtube.com/@chianghengjewellery3423 
  • Tiktok: @emaschiangheng @ChiangHengJewellery
#ChiangHengJewellery #EmasChiangHeng #ChiangHeng #EmasAsli #Emas916 #Emas999 #HargaEmasPalingRendah #TheMalaysiaBookOfRecords #BangKemasEmas #PajakGadaiEmas #pelaburan

Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

  1. Takut nak lalu berdekatan dengan kedai emas ni .. nanti kne paw dgn wife hahaha :P
    btw beli emas pun ok untuk long term investment kan..

    ReplyDelete

Like us on Facebook