UV Porcelain+ SOS | Penyelesaian Kulit Kusam Dari Sinaran UV - Untuk memiliki kulit yang cerah memang menjadi idaman bagi wanita di luar sana. Tapi bukanlah cerah putih sangat cuma kalau dapat cerah dari parut jerawat pun syukur sangat tau. Memang untuk merawat parut hitam yang degil memang mengambil masa yang agak lama untuk hilang sepenuhnya. Dengan pengambilan vitamin untuk dalaman adalah satu alternatif untuk mendapatkan kulit yang cantik.
Hampir sebulan mama telah mencuba satu vitamin iaitu UV Porcelain+ dari SOS (Science On Skin). UV Porcelain+ With Collagen ini dikeluarkan di Amerika Syarikat dan disahkan oleh FDA AS serta terbukti secara klinikal. Vitamin ini dirumuskan untuk penjagaan kulit wajah, mencerahkan kulit, melindungi dari sinaran UV, merangsang pengeluaran kolagen dan elastin serta meningkatkan keanjalan kulit.
Sekotak UV Porcelain+ ini dengan mengandungi 30 biji kapsul untuk penggunaan satu bulan. Setiap kapsul mengandungi 750mg dari bahan saintifik untuk mengawal pigmentasi dan menghalang melamin serta mencerahkan dan memutihkan kulit wajah.
Bahan-bahan terbukti secara saintifik :-
- L-glutathione - menghalang pengeluaran melanin untuk kesan pemutihan kulit
- Aplha porselin - membolehkan bahan-bahan aktif untuk mengekalkan manfaat pada kulit
- Vitamin C - mengelakkan tanda-tanda penuaan dan membantu mencerahkan kulit
- Fernblock - memberi perlindungan yang berkesan daripada sinaran UV
- Peptida kolagen - membantu meremajakan sel-sel kulit, mengurangkan garis-garis halus dan meningkatkan keanjalan kulit
Cara pengambilan UV Porcelain+ ini sangat mudah hanya ambil sebiji sehari pada perut kosong atau 30 minit sebelum terkena matahari. Minum air kosong untuk kapsul bertindak balas dengan kulit. UV Porcelain+ ini sangat sesuai untuk kulit normal, berminyak, berjerawat, combination dan juga kulit kering.
Mama memang mengalami kulit tidak sekata, jerawat dan parut jerawat di wajah. Kalau pakai mekap pun masih lagi nampak parut kelihatan. Semenjak makan UV Porcelain+ kulit bertambah lembap dan parut jerawat hitam nampak pudar. Memang kena konsisten berterusan dengan UV Porcelain+ untuk hilangkan parut jerawat di wajah. Nampak kan sekarang kalau mekap pun dah tak nampak parut tu kalau tidak mekap pun still nampak parut hitam degil tu tau.
Harga UV Porcelain+ : RM399.00 untuk 30 kapsul. Boleh didapati hanya di klinik terpilih, dermatologi dan klinik aesthetics terpilih sahaja
Untuk maklumat lanjut boleh layari :-
Website : www.sos-skin.com
Facebook : www.facebook.com/ScienceonskinSG
Instagram : www.instagram.com/scienceonskin