Kolam Air Panas Sungai Lalang Hotspring Semenyih

12:25 PM

Ahad lepas balik makan kenduri dari Dengkil tu ingat nak pergi tengok kapal terbang dekat LCCT.. Tapi tengok panas jer hahh malas la pulak.. En papa cakap jom kita mandi kat Sungai Tekala. Ehh boleh jugak kan.. Sampai jer rumah terus tukar baju dan sesiap pergi ke Tekala. Gigihkan mama.. Mandi kat sana dekat sejam lebih jer sebab semua pakat sejuk gedi hahaha.. Mama jer tak mandi rendam kaki jer. 

Masa lalu ke Tekala tu nampak dah Kolam Air Panas Sungai Lalang ni. Sebelum ni tak pernah tahu kewujudan tempat ni. Hahah ini pun Kak Laila yang share gambar kat sini kalo tak haremmmm sampai sudah tak tahu. Bayangkan selama ni nak mandi air panas sampai Selayang nu hahh perginya.. Jauh giler dari Beranang ke Selayang. Padahal dekat Semenyih pun ada. Kahkahkah.. tepuk dahi.


Untuk pengetahuan korang, kolam air panas Sungai Lalang ni tepi jalan selepas Nirvana Semenyih. Ada signboard yer so korang jangan la laju sangat. Hahaha.. Masuk sini kena bayar tau dan dibuka setiap hari. Cuma dia akan tutup dari pukul 10 pagi hingga 4.30 petang. time tu kan panas matahari pehtu panas air kolam lagi sapa nak mandi kang melecur satu badan. hahahah

Take note ya.. 

Hahh ni harga masuk kolam air panas ni tau.. 

Kat sini kalo korang lapar ada jer hahh warung kat sini. Mama ritu siap bedal nasi lemak. sedap tau..

Kebaikkan mandi air panas.. Nak rendam kaki pun tak boleh. hahahah

Di sini ada 2 kolam air panas. Yang sebelah depan ni kurang skit panas tapi yang kolam belakang tu lagiii panas. Mama tak pergi pulak kat sana sebab ada bebudak tahfiz duk mandi. Mama ni dengan seluar tight bagai kang dia tengok keja mengucap jer. kahkahkah.. Masa mama rendam kaki mama ada bau macam telur rebus tau. tak tau la sebab apa.. tapi memang mama dengan papa bau telur rebus. kekekek.. Yang hairan tu ada mat salleh boleh berendam sampai nampak kepala jer.. tak panas ker.. mama nak rendam kaki pun tak leh tahan. hahahah


Ni kolam yang ke 2.. nampak tak perigi tu lagi air dia panas. 

Tempat ni untuk sewa BBQ.. Mama tanya jugak berapa harga untuk sewa.. dia cakap sewa tempat ni RM500.. macam mahal jer.. huhuhu

Toilet disediakan untuk tukar baju.

Yang kelakarnya air paip dekat toilet ni pun air panas. Hahaha.. kesian Qeram masa nak cebok, dia nagis mama tolong air panas.. hahaha.. aduiii lawak betul. Macam mana nak basuh kalau air panas kan.. jenuh menahan sambil basuh. kekekek.. 

Mama rendam kaki pun main-main sebab tak tahan panas..

Lepas ni boleh repeat lagi datang Kolam air panas ni. En papa jer berkubang mandi.. kita orang tak sanggup.. huhuhuhu

Kolam  Air Panas Sungai Lalang Hotspring
Jalan Sungai Lalang
43200 Semenyih
Selangor
Telefon : 012-682 3342


Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

  1. Nice info. Semalam lalu... Tp x terjah. Next trip will be.

    ReplyDelete

Like us on Facebook