Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru
pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah
berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk
menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco
Youth (TEY) 2017. SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di
peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco
Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan.
Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk
setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips
menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan.
Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata,
"Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik
kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan
cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."
"Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra
bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah
RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk
mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh
keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan
jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-
langkah yang dicadangkan oleh kami."
Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar.
Love,![]() |
Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan |
Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik
Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat.
![]() |
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik |
![]() |
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan |
Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar.