Rindu yang menyakitkan...

5:38 PM


Aku tak berhenti rindu..
Aku cuma berhenti mencari kerana 
aku tahu tempat aku bukan lagi di situ.

Kadang-kadang yang perlu 
kita lawan bukan rasa rindu,
tapi keinginan untuk kembali kepada
orang yang sudah tidak
lagi menunggu.

Sedar diri itu juga
sebahagian daripada mencintai.
Kalu dia sudah memilih 
hidup tanpa kita,
belajarlah untuk merindui
tanpa mencari.

Paling sedih apabila hati
masih memanggil namanya,
sedangkan hidupnya sudah 
tidak menyediakan ruang 
untuk kita.

Kadang ingin bertanya khabar,
tapi bila ingatkan balik,
aku ni siapa?

Rindu ini ada, cuma aku tahu
ia bukan untuk disampaikan.

Rindu pada yang 
bukan hak kita ini
memang sakit.
Kita nak dekat, tapi 
kena sedar diri.
Kita nak bertanya khabar,
tapi takut menganggu.

Kalau dia sudah
bahagia tanpa kita, 
jangan jadikan rindu 
sebagai alasan untuk 
masuk semula
dalam hidupnya.

Sedar diri ya.
Dia mungkin masih 
ada dalam hati kita,
tapi kita sudah
tidak ada dalam
hidup dia.


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook