Satu tren terkini dalam dunia kosmetik dan kecantikan iaitu batu permata berharga yang kian mendapat tempat dan digunakan dalam produk-produk kecantikan kulit kerana strukturnya yang kaya dengan mineral yang boleh menghasilkan kulit menjadi lebih berseri. Meeracle adalah jenama pertama di Asia yang memperkenalkan produk kecantikan kulit yang berasaskan formula berinovasikan batu permata dengan menggunakan ekstrak berlian, rubi dan mutiara. Dengan ekstrak unik campuran tiga bahan batu permata ini yang disumberkan daripada France dan dengan formulasinya yang dicipta khas, menjadikan kulit lebih berseri, muda dan mulus.
Keajaiban batu rubi merah memulihkan kesihatan dan keserian kulit kerana ianya membantu memulihkan, mendetoksifikasi dan menyucikan jangkitan kulit, memperbaiki peredaran darah serta menyuburkan kulit menjadikan kompleksi tona warna kulit kelihatan merah jambu. Kemujaraban dengan sinarnya yang bergemerlapan, pearis mempunyai banyak kebaikan melembap, anti-penuaan dan mencerah juga boleh membantu menjadikan kulit lebih anjal dan rata.
Diasaskan oleh Meera Nordin dan dikeluarkan oleh Edelsteen Sdn Bhd, rangkaian produk penjagaan kulit Meeracle dicipta hasil kajian selama beberapa tahun oleh kumpulan kajian farmaseutikal. Produk yang baharu yang ditambahbaik, ringan dan senang meresap, Meeracle Facial Serum dalam botol 30ml yang dijual dengan harga RM79 sebotol juga mempunyai 23 bahan aktif semula jadi yang menunjukkan perubahan yang ketara pada jangka masa yang singkat.
Produk Meeracle Facial Cleanser dalam botol 50ml yang dijual dengan harga RM49 sebotol pula mempunyai malakit, satu lagi batu permata yang membantu mengawal minyak berlebihan dan mempunyai bahan anti-bakteria untuk memulihkan masalah jerawat. Pencuci ini juga mempunyai bahan yang terbukti kesegaran aloe vera serta teh hijau anti-penuaan, menjadikan kulit lebih tulen dan segar selepas mencuci. Meeracle Facial Serum dan Cleanser ini sesuai untuk semua peringkat umur dan jenis kulit.
Ketika pelancaran tersebut, Pengarah Urusan Edelsteen Sdn Bhd, Raja Mohd Nasrullah Haziq b. Raja Abdul Rashid juga telah merasmikan EMPOWERING YOU, program tanggungjawab sosial korporat syarikat yang mensasar dan membantu golongan wanita yang mempunyai masalah kewangan dengan memberikan mereka peluang untuk memperbaiki kehidupan mereka.
“Kami percaya dengan melabur dalam R&D, kami dapat memberikan hasil produk yang berkualiti tinggi dan selamat untuk para pengguna. Kami mengambil masa selama 2 tahun dalam pembangunan produk untuk Meeracle Facial Serum sebelum membuat pelancaran, dan kami juga menghabiskan banyak masa untuk mencipta formulasi terbaik untuk pencuci muka dengan malakit kami yang telah pun dilancarkan tahun lepas," kata Meera Nordin.
Love,