KULIN SEA Seven Days Later & Puresh | Skincare Halal Dari Korea - Wanita sangat impikan kulit yang licin di wajah tapi nak mencari produk yang sesuai memang susah sebenarnya. Tambah di pasaran banyak produk skincare tetapi setiap kulit wanita sangat berbeza-beza. Macam mama sendiri pun mempunyai kulit berminyak, bekas parut jerawat, liang pori besar dan kulit kusam. Korang tahu ada produk terbaru untuk wanita di Malaysia boleh mengimpikan kulit cantik persis wanita Korea. Produk tersebut baru sahaja lauching di Malaysia iaitu KULIN SEA Seven Days Later & Puresh | Skincare Halal Dari Korea.
Pada Ahad minggu lepas, mama dan beberapa orang blogger berpeluang ke skincare workshop dari Kulin Sea. Untuk pengetahuan semua, ketika mama pergi ke workshop tersebut mama sendiri berpeluang mendengar lebih lanjut tentang produk dari Kulin Sea tersebut. Kulin Sea merupakan syarikat pengeluar serta pengedar set skincare lengkap iaitu Seven Days Later dan Puresh UV Protector yang diformulasi dari Korea.
Seven Days Later merupakan set skincare pertama bagi syarikat Kulin Sea dan produk ini sangat eksklusif bukan sahaja menggunakan bahan semulajadi malah produk mereka adalah Mesra Muslim kerana disahkan HALAL. Set Seven Days Later ini hanya 3 produk sahaja dalam satu set seperti :-
- Seven Days Later Waterful Magic Whitening Essence
- Seven Days Later Premium Multy Essence
- Seven Days Later Fish Collagen Powder
Manakala produk terbaru Kulin Sea adalah Puresh UV Protector yang sangat bagus untuk melindungi kulit dari sinaran UV yang bahaya seperti UVA dan UVB. Bezanya Puresh UV Protector ini ia bukan sahaja sebagai perlindungan UV malah ia boleh dijadikan sebagai BB Cream. Puresh ini juga diiktiraf HALAL oleh GIMDES iaitu Turkey Highest Halal Certification dan ianya disahkan oleh pihak JAKIM.
Pada workshop berkenaan kami diberi taklimat ringkas mengenai kecantikan dan produk dari Mr Iman yang didatangkan khas dari Korea. Beliau menceritakan kebaikkan produk Seven Days Later dan juga Puresh UV Protector khas bagi wanita di Malaysia. Set Seven Days Later ini sangat sesuai khas untuk wanita untuk kegunaan harian kerana set ini lengkap dan mampu merawat kulit serta melindungi kulit daripada sinaran matahari yang bahaya.
Tiga founder Kulin Sea bergabung untuk ceritakan lebih detail bagaimana mereka wujudkan produk Kulin Sea yang Halal dan selamat untuk semua wanita diluar sana. Pada petang tersebut, mereka telah buat satu demo cara untuk menggunakan Set Kulin Seven Days Later dan juga Puresh UV Protector dengan setiap langkah. Kami juga diberi peluang untuk cuba dan bau produk-produk ini. Yang lagi menarik kami diberikan setiap set untuk mencuba di rumah. Kesemua produk ini sangat mudah digunakan dan menjimatkan masa.
Antara produk Kulin dan Puresh yang mama dapat untuk dicuba. Produk yang mama untuk dicuba adalah Set Kulin Seven Days Later, Puresh UV Protector serta produk yang akan dikeluarkan iaitu Puresh Makeup Cleansing Gel, UV Protector, Moisturizing Cream dan Cream Dr+ Biocell. Kesemua produk ini diiktiraf HALAL dan merupakan produk World Class Product of Korea tau. Jadi korang jangan risau tentang produk ni yer. Jom tengok video cara gunakan produk Kulin Seven Days Later dan Puresh UV Protector.
Korang dah tengok kan video pendek yang mama buat tu dan senangkan nak apply kat muka. Hanya 4 produk sahaja kulit dapat dirawat dengan sempurna dan dapat melindungi kulit dari sinaran matahari yang bahaya di Malaysia ni. Nak tahu lebih lanjut tentang kesemua produk ni mama boleh detailkan di bawah ni yer.
Langkah 1 : Kulin Seven Days Later Premium Multy Essence
Untuk langkah pertama ni, selepas korang cuci muka dengan pembersih wajah apa sahaja dan korang spray Premium Multy Essence ni. Kira macam ala-ala toner la tapi dalam Premium Multy Essence ni mengandungi Aloe Vera membuatkan kulit rasa segar dan nyaman. Selain itu, fungsi Premium Multy Essence ini dapat mengekalkan kelembapan kulit daripada kering kerana kerap duduk di di bawah air-cond.
Selain itu, ia juga berfungsi mengembalikan sel kulit yang sihat dan juga merawat kulit yang rosak kerana ia juga terdapat ginko, buah delima, buah tin dan buah mulberry mampu memberi pelbagai manfaat kepada kulit wajah. Dengan kesemua buah-buah ini mampu membuang kotoran dan juga kulit mati.
Penggunaannya hanya spray di seluruh muka, kemudian dap dap dap sahaja sehingga Premium Multy Essence ini meresap ke dalam kulit. Bagi mama memang rasa segar kulit dan sentiasa lembap sepanjang hari. Yang paling penting Premium Multy Essence ini tidak mengelupas kepada kulit.
Langkah 2 : Kulin Seven Days Later Waterfull Magic Whitening Essence
Waterfull Magic Whitening Essence mengandungi bahan utama dari sumber vitamin c yang terkenal di Korea. Ia mengandungi pelbagai khasiat untuk kulit dan terbukti mampu memberikan kulit yang anjal dan cantik. Bukan itu sahaja terdapat khasiat seperti daripada buah delima, buah tomato dan bahan sumber semulajadi serta Snail Slime atau lendir daripada siput yang mempunya banyak manfaat kepada kulit yang bermasalah seperti jerawat dan parut jerawat.
Tekstur Waterfull Magic Whitening Essence ini sangat wangi, tidak melekit, tidak berminyak serta mudah untuk diratakan pada kulit wajah. Untuk produk ini perlu digunakan bersama-sama dengan Fish Collagen Powder. Picitkan Waterfull Magic Whitening Essence kemudian letakkan serbuk Fish Collagen Powder dan ratakan sebelum sapu di muka. Kulit terasa lebih lembap dan kulit nampak kelihatan lebih cerah sedikit dan sangat selesa dipakai sepanjang hari.
Mix kan Waterfull Magic Whitening Essence
Langkah 3 : Kulin Seven Days Later Fish Collagen Powder
Untuk Fish Collagen Powder pulak mesti digunakan bersama-sama dengan Waterfull Magic Whitening Essence. Campur sehingga rata dan dap dap dap sahaja ke wajah sehingga sekata. Korangtahu sekarang Fish Collagen Powder tak perlu lagi kita makan hahh sekarang siap boleh sapu kat muka lagi tau. Kedua-dua produk ini dapat memperbaiki struktur kulit wajah yang rosak dari parut jerawat manakala collagen tersebut berfungsi sebagai penganjal kepada kulit.
Dengan adanya nutrisi fish collagen powder ini dapat menangani masalah kulit yang kusam serta kulit bertambah anjal, cerah dan awet muda. Selepas pakai jer dua produk ni kulit bertambah cerah sedikit dan sangat melembapkan. Yang menariknya jika konsisten pakai liang pori terbuka akan mengecil. Jadi kenalah rajin memakai produk ini dengan secara konsisten.
Langkah 4 : Puresh UV Protector SPF35 PA
Sejujurnya mama paling tak suka pakai UV Protector sebab rasa melekit dan berminyak. Selalu pakai pun masa pergi ke tepi pantai dan mandi kolam sahaja. Tapi selepas mama guna Puresh UV Protector ni memang lain dari yang lain kerana ia Halal dan mampu melindungi wajah dari sinaran UVA dan UVB. Yang paling menarik Puresh UV Protector ni tidak melekit dan tidak berminyak pada wajah. Memang sangat selesa dipakai sebelum memakai mekap di wajah.
Bagi yang gemar memakai UV protector untuk mandi pantai atau kolam, mama sarankan Puresh kerana ia bersifat Water Resistant dimana ia tidak mudah luntur apabila kena air ataupun muka berpeluh. Puresh UV Protector ini selamat digunakan semua peringkat umur tidak kira lelaki dan perempuan mahupun ibu mengandung. Selain itu, Puresh UV Protector ini boleh dijadikan BB Cream tau.
Tektur Puresh UV Protector
Di atas ini merupakan produk terbaru Puresh yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Tapi mama dapat untuk 5 hari penggunaan dari Makeup Cleansing Gel, UV Protector SPF35 PA+++, Moisturizing Cream dan Cream Dr+ Biocell. Yer mama dah guna 5 hari kesemua produk ni yang paling mama suka makeup cleansung gel yang sangat best guna untuk menanggalkan mekap dengan mudah. Selalu kalau guna makeup remover mesti kulit akan kering tapi guna Puresh Makeup Cleansing Gel ni kulit jadi lembap selepas tanggalkan mekap.
Puresh Moisturizing Cream dan Cream Dr+ Biocell ini pula mampu merawat kulit yang rosak dari bekas jerawat dan cela di wajah. Hanya sapu sebelum tidur kulit yang rosak dari jerawat cepat pulih dari sel-sel kulit mati. Moisturizing Cream ini adalah produk world class di Korea, so keberkesanan dia memang telah terbukti dan kesemua produk Puresh yang terbaru ini disahkan Halal oleh GIMDES.
Akhir sekali, mama masih lagu guna produk Kulin iaitu Seven Days Later dan Puresh kerana ia dapat merawat wajah mama dengan menyeluruh. Setiap pagi mama rasakan kulit sangat segar dan seronok tengok kulit muka rasa tegang, anjal dan cerah berbanding sebelum ini. Yang penting produk ini sangat selamat kerana semuanya dari bahan semulajadi. Bagi yang ingin menjadi partner business dalam Kulin Sea boleh hubungi jessica@kulin.asia
Untuk maklumat lanjut boleh layari :
Website : www.kulin.asia
Facebook : www.facebook.com/Kulin-SEA
Instagram : www.instagram.com/kulinsea
Email : hello@kulin.asia
Telefon : +6019-221 6713
0 Comments