Korang suka beli barang-barang elektrik selalunya dekat mana? Macam mama suka beli barang-barang elektrik di Senheng. Korang tahu tak Senheng Elektrik merupakan salah satu rangkaian kedai terkemuka di negara kita yang menjual pelbagai barangan elektrik dan elektronik. Senheng telah beroperasi lebih 100 kedai di seluruh Malaysia khas untuk pelanggan seluruh Malaysia dan di mana sahaja.
Pada setiap 1 hari bulan setiap bulan bermula pada 1 Disember 2016 dan seterusnya, di Senheng ada buat satu kempen W-Day khas untuk pelanggan setia Senheng. Apa itu W-Day? Nanti mama citer kat bawah ok.
W-Day merupakan "Waranti Eksklusif" untuk hari promosi sahaja hanya 1 hari pada setiap 1 hari bulan setiap bulan. Promosi ini bermula pada 1 Disember 2016 awal bulan ini dan akan berlanjutan pada awal bulan setiap bulan akan datang. Sempena W-Day ini kepada pelanggan yang membeli barangan elektrik di sini akan menikmati 2 tahun waranti tambahan secara PERCUMA untuk barangan peralatan elektrik, peralatan rumah dan gadget.
Manakala pembelian barang perkakasan kecil pula akan dapat satu penggantian jaminan dengan harga RM1 sahaja. Menarik kan!! Tetapi promosi ini hanyalah untuk kepada ahli PlusOne sahaja. Jadi kepada pelanggan yang belum menjadi ahli korang kena jadi ahli dahulu untuk dapatkan promosi ini. Untuk menjadi ahli Senheng PlusOne setiap pelanggan hanya perlu membayar RM12 sahaja.
Manakala pembeli barangan elektrik dan elektronik kini boleh memilih untuk membeli plan program penggantian "1 to 1 Replacement Program". Apa program tu jom baca di bawah ini.
"1 to 1 Replacement Program" merupakan plan eksklusif kepada setiap pelanggan yang membeli mana-mana produk jaminan penggantian di cawangan Senheng. Pihak Senheng akan menerima barang baru sebagai pengganti untuk pembelian jika didapati tidak rosak dalam tempoh jaminan selama dua tahun.
Antara perkakasan kecil untuk "1 to 1 Replacement" dengan hanya RM1
*Tertakluk Pada Terma & Syarat
Selain itu, penggantian sangat mudah dan memastikan pelanggan menjimatkan kos dan masa kerana mereka tidak lagi perlu menunggu lama untuk produk yang rosak untuk dibaiki atau membeli barang yang baru. Jadi korang lepas ni tak perlu lagi khuatir barang elektrik yang rosak untuk dibaiki lagi kerana di Senheng telah menawarkan waranti ini khas buat pelanggan setia mereka. Mama jamin dengan adanya promosi seperti ini dapat memudahkan kita sebagai pelanggan untuk membeli dan yakin akan penggantian jika berlaku kerosakan barang tersebut. Jom kita shopping di Senheng berbaloi-baloi!!
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi,
Hotline : 03-9285 4544
Website : www.senheng.com.my
Love,