Okey ini bukan cubaan tapi ini betul betul terjadi kat diri mama. Aduyai benda ni memang tak sangka macam mana lah boleh terjadi kat bibir. Rasa macam malu pun ada nak berdepan dengan orang ramai. Kalau naik tang kaki tangan takper mama sendiri operate buang atau guna ubat farmasi jer tapi boleh pulak naik tang bibir.. ohheemmgeeee memalukan.. Fikir Allah nak uji mama tu jer..
Selfie pun kena buat gini.. huwaaa sedihhh
Macam mana boleh jadi ketuat tu?? Korang tak tahu apa ketuat korang google sendiri malas mama nak taip.. hehehe mama nak citer pengalaman mama jer.. kalo korang rasa ia mengelikan korang terus pi pangkah kat X sebelah kanan atas tu ya..
Ok benda dia berlaku macam ni.. 2 bulan lepas ada macam jerawat kecil naik kat bibir. haishh kalo kecil pun dah rasa macam something wrong kat bibir ini pulak dah jadi besaq!! mama letak ubat jerawat kat situ tapi still tak kecut.. sampai jadi ada ayaq bisa. mama apa lagi pantang nampak terus ambik jarum cucuk. erkk
Tak percaya ni hahhh stress tengok!!
Kemudian makin lama makin besar.. dari sekecil biji sawi sekarang sampai besar tak tau nak habaq besaq biji kacang soya gitu.. mama heran jerawat pebenda ni. last2 mama pergi klinik dan doc cakap this is ketuat.. hahhh ternganga melopong jugak la time tu.. patut la kalo tersentuh terkopek ter ter lah asyik berdarah non stop.. Tapi memang musykil naper naik tang bibir. so doc suggest kata kena laser sebab nak matikan akar dia..
Dengar jer laser mama teruih google cari pasal ketuat ni. ehhh giler engko nak laser tang bibir. tempat sensetif dan lembut kot. kalo bibir pecah dah sakit ini tah laser.. memang agak takut jugak la.. padahal mama pernah laser satu muka masa buat review klinik mana ntah. Dek kerana hasil google tu ada yang pernah pengalaman buang sampai berlubang.. mama lagiiiilah takutttt..
Pergi klinik duk tutup mulut gini.. adehh
Sampai satu tahap tak boleh jadi rasa macam dah merebak. so semalam mama terus pergi klinik dan doc tu buat laser. huhuhu sakit ker tak?? Sakit gak laaa.. tapi sakit beranak lagiii sakit.. cuma mama sereyau jerrr.. Jangan tanya naper mama tak selfie ker apa ker.. giler nak laser bibir boleh ajak doc welfie siap buat peace kot. hahaha.. mama nak buat cepat2 abis jer dalam kepala otak ni.. seremmm
Serem sejuk tengok.. aduii terpaksa serah diri jugak
Memula doc suruh mama baring dan dia masukkan kapas ker kain kat bahagian dlm mulut dan mama kena kemamkan. kemudian time doc nak cucuk ubat kebas, mama dah pejam mata.. time tu mama dah seram sejuk rasa macam darah dah tak ada jer. hahaha.. lepas jer doc cucuk ubat kebas rasa mcm nak pegang tangan doc suruh stop la la tu jugak. wehhh sakittt.. lepas dia cucuk yang kedua bibir mama dah keraih tak rasa apa dah.. sakit jugak la tapi tak la sakit nak matey..
Lepas tu mama buka mata sebelah tengok apa doc tu buat.. doc duk cakap apa benda fosep la kosep la ishhh mama pun tak pasti yang pasti nak cepat abis jer. Masa doc laser mama dah tak rasa sakit yer lah kan dah kena ubat kebaih 2 cucuk sampai bengkak la bibir macam angelina jolie.. hahaha.. dengaq tap tap tap sampai bau hangit. adudududu.. time tu mama pejam mata tak bukak langsung. rasa gak la darah macam mengalir tapi tak banyak sebab doc dah matikan darah kat kawasan tu. tu kata doc la mama tak tau yer.. hahaha
Habis jer laser ada la dalam 15 minit jugak prosedur laser tu, bibir mama rasa bengkak. huwaa siap doc cakap dah siap nanti makan ubat bla bla bla. letak ubat sapu bla bla bla.. uhukk camner nak makan nak minum. hahaha.. yang tu jer mama ingat kang mama lapaq.. sian Qeisya tak dapat minum susu..
Hahhh menatang ketuat tu dah tanggal dari bibir!!
Doc pun tunjuk la menatang ketuat tu. huhhh teruih mama snap gambar.. aduii lepas jer laser mama berdiri rasa kepala pusing macam nak pitam. Settlekan ambik ubat dan bayar rawatan laser kat klinik terus balik rumah.. Harga laser tu RM150 jugak la tapi nak buat macam mana harus wajib kena buang jugak. doc cakap ketuat sangat bahaya.
Ubat-ubatan dan ubat sapu oral aid.. bedasah la asalkan jangan sakit lepas laser ni sudah!!
Mudah-mudahan lepas ni dah tak ada lagi si ketuat itu.. Aduii memang entri ni menjadi memori yang sangatttttt pahit dalam hidup mama. Terima kasih Doc Mani di Klinik Damai sebab laserkan bibir mama.. habis la berparut di situ.. sob sob sob.. Doakan bibir mama sihat kembali mungil balik yer. Sekian entri panjang dari Mama.
Love,