Idea Hadiah

Idea Hadiah Untuk Hari Guru

1:39 PM

Hahh korang mesti anak2 korang dah sambut hari guru kat sekolah memasing.. tapi anak mama baru nak buat Jumaat ni.. sebab this week dia orang tengah exam so memang mama ada masa la nak buat gift untuk cikgu-cikgu kelas Qebal.. tanya Qebal nak bagi apa. dia cakap mug, pen, bunga.. alaaa Qebal mama bosan ler benda-benda tu semua.. heheheh see mama yang hover.. so mama tunjuk la nak bagi frame macam dalam 1 blog ni.. tengok SINI.. tapi malangnya mama g Ikea Cheras dah habis la pulak.. sob sob sob.. T___T so mama pun exchange gift lain.. nasib sebelum pergi ikea dah fikir 2 benda ni jer.. heheheh.. 

Gift untuk cikgu kali ni simple but nice.. ecewahhh padahal yang mana boleh jer.. kemahin tau mama siap cari kain organza ler riben la.. wesss diluar bidang kuasa mama nih.. sebab mama tak kreatip hokey.. so untuk bagi Qebal seronok pergi sekolah mama layankan jer.. Baik kann mama walau pun mama korang ni dah macam tiger, tarzan, bee nasib baik tak jadi gorgon.. hahahah 

Korang hanya perlu beli bekas candle comel & candle wangi tu kat Ikea.. harga korang tengok la sendiri kat web Ikea ya..  Selain 2 benda tu korang kena cari kain organza.. hahah pestime mama beli kain ni wehh.. mama ingat mahal ler.. sekali alaa semeter RM5 jer.. hohohoho nampak nau tak pernah ambik port pasal kain nih.. Jangan lupa pulak beli riben & kad comel yer.. 

Siap mama dah buat gift ni.. Ikhlas dari Qebal khas buat cikgu-cikgu yang mengajar anak mama.. 

Zoom skit.. alaaa walau herot petot comel jugak.. hehehe

Tengok la ucapan dalam kad comel ni.. mama malas nak tulis.. taip, gunting & lekat jer lah.. Kerja senang kannn... yang penting blog mama pun ada.. kemahin mama nih.. :p

Banyak lagi idea untuk hadiah hari guru korang boleh google jer.. tak perlu lah barang-barang yang mahal sebab cikgu-cikgu tak nak semua tu. Just hadiah yang simple dan tanda ingatan.. even bagi pen merah pun tak per & tak bagi pun takper.. Mama nak bagi pengalaman buat Qebal. So dia ada moment manis masa zaman sekolah. Kita zaman sekolah dulu pun macam tu jugak kan?? Betul tak??


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook