Kalau ada acara di MAEPS Serdang jer mesti mama teruja nak pergi. Fuhh pada tahun lepas mama pernah tengok MAHA 2016 memang gah besar tau kat situ. Untuk tahun ini pula, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah mengadakan Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan 2017 di Malaysia Agro Expo Park Serdang (MAEPS) dari 28 September 2017 - 1 Oktober 2017.
Ini merupakan kali pertama mama datang untuk melihat lebih dekat lagi expo HPPNK 2017. Kemeriahan untuk expo ini tak ada lah besar macam MAHA 2016 tapi bagi mama kira besar jugak la. Jenuh juga mama nak tawaf semua tempat. Fuhh.. Bayangkan mama sampai jam 8.00 pagi kat sini tau. Nampak tak kegigihan mama nak datang sini. Hehehe.. Excited betul mama.
Untuk pameran dan jualan bagi HPPNK 2017 kali ini hanya terletak berhampiran dengan kawasan utama di Hall A, B, C dan D. Cuma jualan buah-buahan dan anak-anak pokok di sebelah bawah. Korang tak der la nak pusing sangat di MAEPS ni.
Yang paling menarik di sini, bagi ibu bapa yang membawa anak-anak korang boleh la bawa anak masing-masing ke Petting Zoo di bahagian bawah. Terdapat haiwan seperti arnab, ayam, itik dan angsa di Petting Zoo ni. Anak-anak pasti teruja dapat melihat lebih dekat haiwan ini dan mama yakin pasti mereka gembira di sini. Untuk masuk ke Petting Zoo ini hanyalah percuma so korang boleh jer masuk untuk pegang haiwan ni yer.
Selepas itu, mama pulak ke bahagian jualan buah-buahan dan bunga-bunga di sini. Hahh bagi pengemar buah-buahan tempatan seperti durian, pisang, kelapa, nangka, dragon fruit dan macam-macam lagi bolehlah korang datang ke sini. Siap korang boleh kendurian kat sini tau. Walau mama tak makan durian tapi mama tengok jer kengkawan makan. Kemahin semua happy dapat makan durian. Hehehhe..
Tadaaa durian D24.
Air jus buah-buahan pun ada.. sedap sangat. Fresh betul!!!
Selain daripada Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan 2017 terdapat program terbaru iaitu Malaysia Food Festival 2017 (MFF2017) untuk menarik minat para pengunjung yang hadir untuk memeriahkan expo ini. Antara festival makanan dan pertanian terbesar kali ini terdapat 600 gerai dipanggil mini MAHA.
Terdapat pameran makanan laut segar, unik dan terkini seperti ikan tuna laut dalam, udang laut, lemang sushi, kuro prawn, churros lekor, satay tune, ikan bakar garam "snow fish" dan lain-lain lagi. Mungkin kita jarang melihat pameran sebegini, jadi inilah peluang kita untuk melihat makanan yang telah diberi nafas baru untuk makanan laut di zaman serba teknologi.
Kuro Prawn
Kemudian kami juga berkesempatan untuk singgah ke booth Peneraju Industri Nanas Malaysia, Orkid dan Hasil Pertanian Unik, Agro Bazar dan Jabatan Perikanan Malaysia.
Pelbagai produk dijadikan oleh Nanas
Orkid yang sangat cantik
Buah-buahan tempatan
Dah penat berjalan apa kata korang cuba air Jus Bob Nanas dari Negeri Sembilan. Hahhh memang sedap sungguh air jus Nanas ni dan rasa kepekatan air jus yang sangat segar tanpa bahan pengawet. Harga sebotol RM5.00 sahaja. Lepas minum terus rasa hilang dahaga. So korang terjah booth Jus Bob Nanas di bahagian Pavillion Negeri Sembilan
Booth Jabatan Perikanan Malaysia. Siap ada serunding tuna dan ketam la.
Sedap tau satay ikan ni. Rasa macam satey ayam jer tau..
Booth Agro Bazaar
Nak beli secara online pun boleh.
Madu kelulut dalam bentuk pearl. Sedap la. memula risau nak rasa. hahahah
Sup Burung Walit.
Sarang Burung Walit sangat terkenal untuk dijadikan sebagai satu minuman kesihatan awet muda dan berfungsi sebagai penawar penyakit. Ini pertama kali mama mencuba sup burung walit di Booth Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Rasa sup tu tak ada la tak lalu tekak sangat. Mama rasa lebih kurang macam kuah sizzling. Sedap tau. Dari Sarang burung Walit ini telah mengeluarkan pelbagai produk dalam sachet dan jus serta supplement.
Siapa kaki makan boleh lah terjah ke Empayar Makanan di sini. Terdapat lebih 401 jenis makanan yang dijual di atas food truck dengan dibahagi 4 kategori seperti #NostalgicFood, #HipsterFood, #ViraliciousFood dan #FoodGasm. Kat sini korang nak makan makanan melayu ada, barat ada, seafood ada dan macam-macam lagi lah. Cuma korang sediakan perut dan duit ajer. hahhh gituuuu
Jus pegaga ni sedap juga. Rugi dapat minum satu cawan jer.
Apa tunggu lagi jom datang beramai-ramai hujung minggu ini ke Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan 2017 di Malaysia Agro Expo Park Serdang (MAEPS) dari 28 September 2017 hingga 1 Oktober 2017, bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Jom memeriahkan expo HPPNK untuk tahun ini.
Untuk maklumat lanjut dan promosi mengenai HPPNK boleh layari media sosial di :-
Facebook : www.facebook.com/HPPNK2017
Instagram : www.instagram.com/HPPNK2017
Twitter : twitter.com/HPPNK2017