Product Review

Spray 8 | Penawar Penjagaan Luka Semulajadi Kulit

8:00 AM

Spray 8 | Penawar Penjagaan Luka Semulajadi Kulit - Sebagai ibu bapa mama akan pastikan ada sebotol penawar untuk penjagaan luka semulajadi kulit dalam kotak kecemasan di rumah. Spray 8 merupakan pengganti ubat di kala anak-anak mengalami luka kecil di rumah. Spray 8 adalah spray penjagaan luka semulajadi untuk pemulihan yang pantas. Ia adalah ramuan semulajadi untuk rawatan yang tidak meninggalkan sisa pada kulit. Ia mengandungi bahan bioaktif dari ekstrak kulit manggis yang mempunyai fungsi anti-inflamasi dan ekstrak neem yang mempunyai fungsi anti-fungal, analgesic dan anti bakteria.


Yang menariknya Spray 8 ini adalah diperbuat daripada bahan-bahan yang semulajadi. Untuk pengetahuan semua Spray 8 ini merupakan produk penjagaan kulit dan ia bebas daripada SLS, Paraben, Dioxanes, Agen Peluntur, Phthalates, Acrylics, Suplhates, Steroids dan Antibiotik. Spray 8 juga telah mendapat pensijilan HALAL oleh dari pihak JAKIM serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pensijilan HACCP & GMP. 


Dengan mengandungi formula dari ekstrak tumbuhan herba ia boleh digunakan untuk merawat luka terbakar, cepat mengurangkan keradangan, meningkatkan pertumbuhan semula sel dan menyokong mekanisme defensif kulit terhadap radikal bebas disebabkan oleh aktiviti antioksidan tinggi bahan-bahan semulajadi. Spray bebas kimia ini sangat sesuai digunakan seisi keluarga dan boleh digunakan dimana-mana sahaja.


Cara penggunaannya sangat mudah. Hanya sembur di bahagian yang luka dan biarkan ia meresap ke dalam kulit. Untuk mendapat keputusan yang cepat boleh digunakan 3x sehari. 

* Amaran : Untuk kegunaan luaran sahaja
  1. Merawat parut
  2. Luka
  3. Kesan terbakar / melecur
  4. Ruam-ruam
  5. Gatal- gatal
  6. Mengurangkan keradangan dengan cepat
  7. Mendorong percambahan fibroblast
  8. Menyokong mekanisma pertahanan kulit daripada radikal bebas 
Selain itu, Spray 8 boleh juga digunakan untuk masalah kulit seperti :
  • Luka Diabetik
  • Luka Varikos
  • Alergic
  • Ekzema
  • Kudis / Sel mati
  • Melecet
  • Luka pembedahan / bekas jahitan
  • Calar
  • Kulit rapuh



Terdapat 2 botol Spray 8 iaitu 50 ml dan juga 100 ml. Untuk harganya amatlah berpatutan dan mampu dimiliki setiap keluarga. Harga untuk sebotol 50 ml berharga RM35.00 manakala 100 ml hanya RM50.00 sahaja.

Bagi yang ingin dapatkan Spray 8 ini boleh dapatkan secara online yang mama detailkan di bawah. Untuk dapatkan diskaun sebanyak RM10.00 boleh guna coupon code ---> MAMAJUE-FBIO

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :-

Telefon : 03-8724 3280 / 79
Email : support@furleybio.com

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook