Siapa tak nak cantik kan? Rasanya semua wanita nak cantik, muda dan kulit cerah berseri. Mama pun tak terkecuali nak kulit cantik dan sihat dari sebarang masalah kulit wajah. Bukan setakat minum collagen sahaja untuk merawat kulit dari dalaman tapi mama juga menjaga kulit luaran dengan menggunakan produk terbari dari Safi Youth Radiance dengan formulasi terkini khas untuk wanita Asia.
SAFI sekali lagi memperkenalkan SAFI YOUTH RADIANCE merupakan jenama rangkaian produk anti-penuaan pertama yang menggabungkan teknologi Saffron Gold dengan kombinasi manfaat ektrak herba mewah Saffron, Nano Gold, Beetox dan Lipo Vit-C dalam produk Safi Youth Radiance ini. Setiap satu produk ini berfungsi melawan masalah penuaan kulit dari faktor luaran, mengurangkan gari halus, mengecilkan pori serta mengekalkan kelembapan kulit sekaligus meremajakan kulit agar cerah berseri.
SAFI YOUTH RADIANCE menawarkan dua jenis produk iaitu :-
- SAFI YOUTH RADIANCE ANTI-AGING & WHITENING ESSENCE dengan Nano Gold 24K & Saffron
- SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER dengan Nano Gold 24K dan Saffron.
SAFI YOUTH RADIANCE ANTI-AGING & WHITENING ESSENCE
SAFI YOUTH RADIANCE ANTI-AGING & WHITENING ESSENCE dengan Nano Gold 24K ini diperhebat dengan manfaat nutrisi mewah ekstrak saffron, Beetoc dan Lipo Vit-C. Formulasi berasaskan air essence ini diperhebat dengan Asid Hialuronik yang mengunci lembapan dengan lebih mendalam. Jadi ia mampu mempertingkatkan kadar kandungan air di dalam kulit sekaligus mengembalikan keanjalan kulit muka kita.
Produk 2 dalam 1 ini memberikan penghidratan yang pantas, mengecilkan pori serta membantu untuk menyerap manfaat produk ini kepada kulit wajah. Diperkaya dengan Saffron Gold serta membantu mencegah masalah penuaan luaran dari dalam lapisan kulit, membaiki struktur kulit dengan mencerahkan kulit sekaligus melambatkan proses penuaan.
SAFI YOUTH RADIANCE ANTI-AGING & WHITENING ESSENCE mengandungi kombinasi nutrisi ramuan mewah kecantikan kulit seperti :-
- Ekstrak Saffron : Memperbaiki dan mencerahkan kulit wajah
- Lipo Vit-C : Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV dan pencemaran
- Hialuronik Asid : Menghidrat dan mengunci kelembapan kulit sehingga 24 jam
* Produk ini diuji secara dermatologi
CARA PENGGUNAAN :
Tuangkan dengan kadar mencukupi ke telapak tangan. Sapu dan ratakan essence ini ke seluruh wajah. Urut lembut dengan hujung jari secara bulatan sehingga meresap sempurna. Untuk hasil optimum, gunakan produk bersama SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER.
Tuangkan dengan kadar mencukupi ke telapak tangan. Sapu dan ratakan essence ini ke seluruh wajah. Urut lembut dengan hujung jari secara bulatan sehingga meresap sempurna. Untuk hasil optimum, gunakan produk bersama SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER.
HARGA : RM55.90 (100ML)
Review Mama : Hampir seminggu mama guna essence SAFI YOUTH RADIANCE secara konsisten. Pertama mama sukakan bau dia dari madu lebah yang lembut. Essence ni sangat lembut tekstur dan ringan. Cuma lambat menyerap sampai mama kena duduk depan kipas. Kulit muka jadi lembut, melembapkan dan kurang berminyak.
SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER
SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER dengan Nano Gold 24K & Saffron diperhebat dengan nutrisi ekstrak Saffron, Beetox dan Lipo Vit-C. Dirumus khas untuk menjadi ringan, tidak melekit dan tidak berminyak bagi penyerapan cepat ke dalam kulit.
Serum ini menyerap lebih mendalam bagi merawat dan melembapkan kulit. Gel krim ini bertukar menjadi butiran serum kristal serta memberikan kulit lembut, licin dan lembap.
Serum ini menyerap lebih mendalam bagi merawat dan melembapkan kulit. Gel krim ini bertukar menjadi butiran serum kristal serta memberikan kulit lembut, licin dan lembap.
SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER mengandungi kombinasi nutrisi ramuan mewah kecantikan kulit seperti :
- Ekstrak Saffron : Mengurangkan kadar keterlihatan kedutan pada wajah dan menyuburkan lapisan epidermis kulit wajah
- Lipo Vit-C : Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV dan pencemaran
- Vita-B3 : Memperbaiki tona kulit yang tidak sekata mengurangkan garisan halus dan kulit kusam
* Produk ini diuji secara dermatologi
SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER telah terbukti *67% peningkatan kadar keanjalan kulit yang lebih baik, *75% peningkatan kadar pencerahan kulit *Berdasarkan ujian klinikal, dengan penggunaan rangkaian SAFI YOUTH RADIANCE secara berterusan
CARA PENGUNAAN :
Sapukan serum diwajah dan leher. Urut lembut dengan cara bulatan sehingga bertukar menjadi titisan air. Teruskan mengurut dengan lembut sehingga meresap sempurna. Untuk hasil optimum, gunakan serum bersama SAFI YOUTH RADIANCE ANTI-AGING & WHITENING ESSENCE
Review Mama : Serum SAFI YOUTH RADIANCE ni tidak berminyak tapi apabila disapu ke wajah serum gel ini bertukar ke Water base. Mudah meresap ke dalam kulit cuma kulit yang cepat berpeluh macam mama ni mama rasa kulit muka mama berminyak. Tapi penggunaan pada waktu malam sebelum tidur sangat sesuai untuk merawat kulit agar lebih cerah dan tidak kusam.
Dengan penyelidikan dan pembangunan produk penjagaan kulit muka oleh SAFI RESEARCH INSTITUDE iaitu makmal produk penjagaan kulit Halal terbesar di dunia yang beroperasi di Malaysia. Produk SAFI YOUTH RADIANCE ini telah diuji secara dermatologi, BEBAS MINYAK MINERAL, BEBAS ALKOHOL, BEBAS PARABEN serta TIDAK DIUJI KEATAS HAIWAN.
Bagi yang ingin dapatkan rangkaian SAFI YOUTH RADIANCE boleh didapati di WATSONS, GUARDIAN dan AEON WELLNESS seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut mengenai SAFI :-
Website : www.safi.com.my
Facebook : www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram : www.instagram.com/SAFIMalaysia
#SAFIYouthRadiance
#RadiateYouth
#SafiMalaysia
Love,