Cabaran 30 Hari Dengan Collagen Drink Malaysia 'JeanC Hydrolyzed Collagen'

10:35 AM

Apabila seseorang wanita meningkat usia, maka collagen pada kulit wajah seseorang akan berkurangan. Ini akan mengakibatkan proses penuaan berlaku sebelum usianya. Yer mama akui dan mama tengah mengalami masalah ini dengan kulit muka tidak sekata, parut jerawat, muka kusam dan kedutan halus di wajah. Tak boleh jadi ni mama kena cari penyelesaian sebelum masalah wajah mama semakin teruk.


Sebulan yang lepas mama telah menyahut cabaran 30 hari minum collagen drink Malaysia dari JeanC Hydrolyzed Collagen Drink dari JeanC Malaysia. Untuk pengetahuan semua, collagen JeanC ini baru dilancarkan pada October 2019. So mama pun telah mencuba selama 30 hari dan akan review produk ini samada collagen JeanC ini sesuai dengan kulit mama ker tidak.


Menariknya JeanC Collagen ini mengandungi 30 sachet dalam satu kotak. Yeah of coz la minuman collagen ini untuk sebulan penggunaan. Sebenarnya susah nak jumpa minuman collagen untuk penggunaan sebulan tau. Selalu yang kita jumpa collagen di pasaran hanya mengandungi 15 sachet sahaja tapi dengan collagen JeanC ni korang tak perlu risau nak beli banyak kotak.

Kepentingan collagen dapat membantu memberikan struktur kepada kulit dan saling bekerjasama dengan protein yang dipanggil elastin untuk memberikan fleksibiliti yang diperlukan apabila kulit meremang serta kembali kepada kedudukan asal. 


JeanC Hydrolyzed Collagen Drink + Astaxanthin Malaysia ini merupakan produk keluaran Malaysia dan ianya Halal dengan GMP dan Mesti serta bebas gluten dan GMO. Antara bahan-bahan yang terkandung dalam JeanC Hydrolyzed Collagen Drink ini adalah :-
  • 3000mg Marine Collagen Peptides
  • 100mg Vitamin C
  • 10mg AstaReal Astaxanthin
  • 4 Superfood Formula [Lingonberry, Acai Berry, Baobab, Amla] 
Mama sahut cabaran 30 Hari Dengan JeanC Hydrolyzed Collagen Drink ini pada 6 November 2019. Kalau perhatikan kulit muka mama terdapat tona kulit tidak sekata, kulit kusam dan parut jerawat di sekitar pipi dan dagu. Pengambilan JeanC collagen ini sehari sekali samada siang atau sebelum tidur. Bancuh dengan air suam atau sejuk 150ml dan kacau sehingga sebati. 

Day 0

Setelah 10 hari pengambilan JeanC Hydrolyzed Collagen Drink ini mama dapati kulit mama semakin cerah dan kulit menjadi lembab. Cuma masa 10 hari pengambilan JeanC ini muka mama naik jerawat skit. Hehehe maybe collagen ini bertindak balas dengan kulit wajah mama. Itu tak jadi masalah yang pasti mama suka dengan kelembapan kulit. 

Dari segi produk collagen ini mama suka akan rasa air collagen ini rasa Berry yang sedap dan bau Berry. Manakala warna air collagen ini warna merah yang menyelerakan. So far air collagen ini sangat sedap jika diminum sejuk yer dan tak perlu risau bau yang kurang menyenangkan. Yang pasti korang boleh telan minum la. 

Day 10

Untuk hari ke 20 setelah minum collagen JeanC ini kulit muka mama sekejap rasa ok sekejap rasa tak ok. Maybe disebabkan hormon bulanan wanita, kulit muka rasa tidak stabil. Tapi liang pori wajah semakin mengecil dan jerawat di bahagian atas kening semakin hilang. Cuma ada sedikit parut pada bahagian tersebut. Heheheh itu normal la kan. 

Untuk perubahan yang lain mama rasakan kulit lembap dan tak rasa kering. Kadang mama rasa kulit seperti berminyak tapi sebenarnya kulit muka mama lembap. Cuma parut jerawat memang ambil masa yang lama untuk hilang sepenuhnya. Jadi mama kena sambung minum collagen ini untuk dalaman dan konsisten menggunakan produk skincare untuk luaran. 

Day 20

Akhirnya setelah sebulan penggunaan korang boleh nampak tak perbezaan dari sebelum mama mengamalkan collagen dan juga selepas. Kalau yang perasan kulit muka mama nampak cerah dan kulit tidak kusam lagi. Untuk parut jerawat yang dah berzaman tu masih ada lagi tapi semakin pudar. So mama kena sambung minum collagen ini untuk dapatkan muka lagi cerah dan parut jerawat hilang.

Paling mama suka kulit mama semakin lembut dan liang pori semakin mengecil. Jadi nampak la kulit muka berkilat glowing gitu. Sebelum ni kalau mama mekap pun masih nampak mekap kusam disebabkan liang pori terbuka. Sekarang kalau mekap pun mama lebih konfiden. 

Day 30

Before & After

Untuk pengambilan JeanC collagen ini sangat mudah. Korang boleh amalkan pada waktu pagi atau malam. Hanya bancuh 1 sachet setiap hari dengan air suam atau sejuk 150ml dan kacau sehingga sebati. Minum dengan segera ok. Mama sarankan minum JeanC Collagen ini ketika sejuk memang sedap rasa macam jus buah Berry je tau. Tapi korang kena pastikan minum air kosong banyak untuk pastikan collagen sebati dalam badan korang. 


Bagi yang berminat untuk mencuba boleh terus dapatkan JeanC Hydrolyzed Collagen Drink ini di link berikut http://jeancmalaysia.refr.cc/jueliza. Mama yakin korang puas hati dengan JeanC collagen ini kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan untuk sebulan penggunaan. Mana nak jumpa collagen untuk 30 hari dengan harga RM89.00 betul tak. 


Mama sangat puas hati dan akan sambung minum JeanC Collagen ini setiap hari untuk dapatkan kulit wajah yang sihat dan bebas dari masalah. Bukan mudah yer nak cantik ni so kita kena jaga dari dalaman dan juga luaran agar kulit wajah sihat, tegang dan muda dengan minum JeanC Hydrolyzed Collagen Drink. 

* Keberkesanan produk ini bergantung kepada kesesuaian individu seseorang. Jadi setiap hasil dari penggunaan adalah berbeza bagi setiap individu. Produk ini tidak sesuai bagi alahan makanan laut manakala bagi ibu mengandung dan menyusu sila dapatkan nasihat doktor untuk minum collagen ini. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Website : https://jeanc.my 

Love,
/>

You Might Also Like

2 Comments

  1. Alhamdulillah.Membuahkan hasil.Moga berterusan supaya mendapat kesan yang berterusan.Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...Semoga istiqamah akk ya...hihihi... :)

    ReplyDelete

Like us on Facebook